Followers

Friday, 28 August 2009

.:menu berbuka hari ke 6:.

sedar2 dah 7 hari kita berpuasa kan sekejap je rasa.. sume dok sibuk letak gmbr hidangan berbuka puasa yg dimasak dgn air tangan sendiri aku pun nak gak letak tp bukan dari air tangan sendiri al maklumlah aku ni kan ke rajin masak huhuhu.... ni gmbr yg sempat di snap kat dapur masa tlg2 MIL menghidang.. ini air tngan omak mertuo den smlm mak masak lauk2 ni dan bnyk lagi lauk ada sambal tumis udang ada masak asam pedas yg lain2 beli je sayur petola.. aku dulu tak makan tp lepas try yg MIL terus mkn tp yg MIL buat je la..


ni masak lomak cili padi ikan apa tah aku tak tau..



tp kerabu mangga ni bukan mak masak ni aku beli kat kedai tomyam dkt ngan rumah, i'm addicted ngan kerabu mangga ni sedap sungguh kalau leh hari2 aku nak pi beli... 

itu saja gmbr nya setakat ni.. nanti kalau aku lak yg masak akan ku upload gmbr2 nya dengan pantas ke dalam blog aku ni yeee..

Monday, 24 August 2009

.:jejalan:.

hari sabtu aritu sehari aku terperuk kat rumah sorang2 MIL tak de balik gemas, punya la boring ptg tu hubby balik keje memasak plak utk berbuka hubby tolong skit2 selebihnya aku buat sorang sampai kul 6.60 baru settle punya la bosan.. so ahad tu aku mintak dia bawak aku kuar pegi jalan2.. dalam kul 11.30 mcm tu kitorang kuar tak tau nak pegi mana sudahnya sampai ke Pavillion.. kat pavillion tu tak ramai org sgt, so tak la pening kepala tgk org ramai hubby tnya nak berbuka kat luar ke tak? aku kesian lak kat MIL berbuka sorang kat rumah sudahnya kitorang pegi sekejap je kul 2.30 dah balik dah tp sempat gak aku shopping pra raya sikit2.. balik tu beli kat pasar ramadhan kat rumah je..

pastu sblm balik aku beli cupcakes kat cupcakes chic ni tetiba rasa teringin sgt biasa la puasa, sume nampak sedapkan.. RM25 for 1/2 dozen aku beli makan sorang2.. sudahnya tak abis pun, tp aku rasa mcm tak sedap sgt la tak tau la kan tekak tak sama... sedap lagi cupcakes kat kak anna, putrajaya

ha perasan tak rantai yg aku pakai tu.. rantai ni bukan sebarang rantai, rantai ni rantai luxor utk kesihatan harga dia RM600 aku dah pakai rantai ni 2 minggu alhamdullilah sakit tengkuk yg aku slalu rasa bila balik kerja sbb slalu tgk komputer dah kurang bnyk dah.. dan sembelit aku dah hilang, dah boleh makan pedas tanpa rasa sakit dah skrg ni..

*

*

ada satu kes tu di kelantan sorang lelaki ni dah 6 tahun terlantar tak leh bangun akibat dari kemalangan masa umur dia 20 tahun skrg dah 26 tahun mak dia jaga sume makan pakai kencing dan buang air besar lepas dia pakai rantai ni selama 16 hari dengan izin Allah dia dah boleh gerakkan tangan kaki dan dah boleh bercakap.. menangis mak dia depan org2 luxor yg datang rumah dia..

Fungsi Dan Kelebihan BioN Cerastone

1. Mengawal pengaliran darah dan menyeimbangi pelbagai sistem tubuh - Sesuai untuk masalah Migrain, Penyakit Jantung, Darah Tinggi, Darah rendah, dan masalah berkenaan kardiovaskular - Membantu mengatasi gangguan pencernaan, susah tidor, asthma, bronkhitis, mengatasi sinusitis dan meningkatkan kemampuan seks 2. Memperkuatkan sistem imun badan kita yang dapat membantu di dalam : - Melambatkan proses penuaan - Meningkatkan keupayaan menentang penyakit 3. Mengurangkan kebengkakan, kesakitan (misalnya otot), kekejangan dan kelenguhan pada bahu dan punggung. 4. Mengurangkan keasidan di dalam badan 5. Menyingkirkan bahan kimia dan toksin yang lebih cekap - Membantu menghilangkan bau badan dengan mengurangkan keasidan badan. 6. Membekalkan kadar metabolisme yang baik untuk menbekalkan tenaga yang lebih tinggi Tenaga yang dapat dihasilkan adalah 3 kali ganda daripada tenaga sebenar seseorang itu. 7. Meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. 8. Membakar dan menyingkirkan lemak.

kalau berminat leh contact aku k..

Monday, 17 August 2009

.:redang day 3:.

hari last tu mmg dah takde apa2 aktiviti dah just b'fast pastu berangkat balik dah kitorang naik speed boat pastu ditransfer naik boat besar sikit... 

 

ni kat dalam speedboat masa balik tu abg boat tu smpt tunjuk kat kitorang penyu tp tak smpt snap dalam air ada la dalam 3 4 ekor berenang2 kat bawah boat kitorang

transfer naik boat ni plak

 
kitorang berkumpul kat area laguna dan redang beach resort ni diorang panggil long beach kat long beach ni mcm2 kedai ada kat sini hapenning skit la siap leh wat temporary tatoo lagi ada kopitiam bagai.. rate aku tak sure 

 

balik tu singgah pasar payang shopping2 skit makan singgah sana singgah sini dalam kul 6.00 jugak dari KT pukul 3 pagi baru sampai nilai... walaupun penat tp berbaloi la percutian yg aku rasa best sgt dpt belajar snorkeling sume.. memang best dan tip top...

:.redang day 2:.

ni view dari chalet kitorang pukul 7.00 pagi.. kat sini aku tak leh nak bangun lmbt rasa mcm rugi bngun lmbt sbb nak menikmati keindahan kat sini :-)




pukul 9.30 pagi masa ni kitorang dah ready dah dalam speed boat utk pegi marine park.. kat marine park ni kena bayar sorang RM5 utk snorkeling tp mmg best isi laut nyer penuh dgn macam2 jenis ikan


 

masa ni yg pompuan cuma aku ngan shida je snorkeling yg lain2 tak pandai lagi...so dok kat tepi2 je sambil diajar oleh husband masing2 aku je hubby tinggal mcm tu je hari first je dia layankan aku sudahnya pandai2 sendiri la sbb tu aku cpt belajar kot sbb kena tinggal hehehe...


masa ni susah payah aku nak sampai ke batu ni yg perempuan 2 org ni je la yg sampai ke tengah pun batu ni kira jauh gak la ketengah masa kat marine park ni aku dah pandai dah berenang dah boleh sampai dah ke mana yg aku nak pegi dari tengah nak ketepi nak ke tengah balik sume aku pegi sorang2 hubby mmg tinggalkan aku sorang 100% ... tp sangat best rasanya bila dah pandai snorkeling tu... 

 
ehh ada plak ikan besar ni tersesat kat sini yg geng2 laki tak abis2 tgk org pakai bikini seksi2 mcm2 jenis ada yg sampai mcm tak pakai pape pun ada...hahaha biarla diorang aku senang je ayat aku tgk la puas2 bukan dpt pun.. 

  coral kat sini pun cantik2 mcm2 warna ada

 


hubby dah kepenatan berenang sampai ke tengah2 ujung dunia
petang tu pukul 2.30 kitorang pegi lak snorkeling kali ke tiga yg last kat laut dalam
yg ni mmg betul2 dalam kalau pikir2 bila tgk ke dasar laut tu mmg aku tak berani bila pikir apa akan jadi if aku tetiba terlemas... mmg sgt2 dalam kat sini tp aku buat2 berani je... sbb mmg terasa satu nikmat yg tak dapat terucap bila tgk coral yg sangat bnyk dan ikan yang sgt bnyk siap boleh pegang2 lagi mcm2 jenis ikan ada ada yg siap nampak anak ikan yu kat sini...

 

hubby bagi ikan makan 


teka which one is mine?? masing2 lepak atas batu je sbb kat sini kws dia luas mmg tak daya nak berenang je so sume lepak kat atas batu ni bagi ikan makan batu ni sgt besar ye kawan2 


tu aku tu... kaki jer nmpk tu la batu nyer gmbr dari bawah mmg sgt2 besar 
 
tgkla hubby aku buat berani plak bukak life jacket sume org bising2 kat dia soh pakai jacket balik dia buat bodo je bukan pe kat sini mmg dalam giler aku rasa kalau dia lemas mmg tak smpt nak buat pape abg boat tu pun tah mana2 tp alhamdulillah tak de pape 
 
nak balik dah rasa mcm tak puas snorkeling mmg rasa nak je snorkeling lagi...



ptg tu balik snorkeling takde wat pape pegi jalan2 je tepi pantai dan lepak2 kat laguna makan air kacang yg sgt mahal its cost me RM8 per bowl

.:redang day 1:.


lately aku sgt malas nak upload blog.. asyik dok melayan facebook je keje nya.. sampaikan gmbr pegi redang ni yg dah berkurun lama nya baru aku nak upload utk tidak menghampakan semua yg nak tgk hahaha konon2 ada yg nak tgk la kan.. 
kitorang budget nak gerak ke KT dari nilai kul 9 ke 9.30 malam hari jumaat tu tp disebabkan oleh hal2 yg tak dpt dielakkan akhirnya terdelay sampai kul 12.30 baru kitorang gerak..kitorang pegi 3 buah kete 10org sume nya.. kitorang berenti kat muazam, kat Paka pastu straight terus sampai ke seberang takir



ni gmbr muka baru bngun tido baru sampai kat kuala terengganu terjaga hari dah cerah dah...best tgk pemandangan sepanjang jalan ada pantai aku first time sampai KT tu sbb jakun skit la kan...
  kitorang terus ke seberang takir dan lepak kat homestay member aby nyer atok ni ..kitorang sampai sini kul 7.30 pagi 
   
lepas lepak2 lelapkan mata sume bangun b'fast makan nasi lemak yg sedap giler nasi lemak dia tak de ikan bilis takde timun tak de kacang bagai.. cuma ada ikan tongkol dah sambal tumis kosong sahaja tp mmg TERBAIIIIKKKK... lah nasi lemak dia...aku siap ambik hubbynyer separuh tak cukup ;p

  kitorang paking kereta kat seberang takir sebelah umah atok member aby tu senang kalau parking kat jetty syahbandar 3 hari nak bayar berapa dah kan lagipun parking kat sini selamat pun selamat tu gmbr kitorang nak ke jeti bot penambang utk ke KT 

  ni la bot penambang nyer masing2 tergelak2 naik bot ni bunyi nya kuat giler dan rasa mcm lawak je bot ni bot ni merupakan pengangkutan air penduduk seberang sini utk ke kuala terengganu... tambang RM1 pegi balik pengalaman baru utk aby aku yg tak penah naik bot mcm ni aku penah je..

 

ni gmbr kitorang baru turun dari bot tu yg bazar warisan kat depan tu adalah pasar payang baru... 

 
muka org tak mandi dari malam smlm ... hahaha
ni kat jetty syahbandar bergambar dulu sementara tunggu feri sampai...masing2 excited giler masa maklumla sume tak penah sampai sana kecuali org terengganu yg berbaju coklat tu je.. 


feri kitorang syahbandar 1 K.Terenggnu - Pulau Redang yg pukul 10.30 tu




ni la feri nya sama mcm feri nak ke langkawi feri ni ambik masa 1 jam 30 min utk sampai ke pulau redang 

 


ni gambar kat dalam feri feri ni panas giler aircond dia tak rasa langsung so kitorang decide utk lepak kat atas open air nyer tmpt




walaupun kat atas ni sgt panas tp angin dia kuat tak rasa sgt la panas dia tp serius tak tahan tu panas giler tgkla hubby aku yg kaki tido ni tetap maintain leh tido kat atas ni ha....

 


after 1 jam stgh tu ingatkan terus sampai ke chalet kitorang tu rupanya kitorang di trasfer pulak naik feri ni seat dia ala2 feri pulau pinang tp versi kecik..naik feri ni dalam 10 minit di trasfer pulak naik speed boat utk sampai betul2 depan chalet kitorang... 

 
ni baru sampai kat mozzana chalet kul 1.30 masing2 dah lapar giler dah terus je melantak makan tengahari... chalet ni biasa2 je tp best sbb sgt privacy cuma ada kitorang dan tak sampai 10 org yg lain masa hari pertama tu..hari seterusnya cuma tinggal kitorang je dan 1 couple yg honeymoon kat sini.. chalet plak betul2 menghadap laut berapa langkah je dah sampai kat air... 
  pastu kul 2.30 terus bersiap2 utk pegi snorkeling yg pertama pada hari pertama ni... sume excited tp sbnrnya takut gak nak snorkeling sbb tak reti tmbh lagi yg perempuan sume tak reti berenang kecuali yg or
g terengganu tu dia mmg dah biasa yg lain2 hampeh.. 
kitorang snorkeling naik bot nelayan tangkap ikan ni aku turun sekejap masa ni sbb tgk shida relaks je terjun pastu aku naik sbb takut rasa mcm kaki nak terpusing ke atas dan kepala masuk dlm air... 

pastu lama2 try imbangkan badan dan ok dah... dah boleh bagi ikan makan best giler ikan siap gigit2 tangan lagi tp diam mcm tu je la masa ni tak reti lagi nak berenang nak pegi naik boat balik hubby yg bawakkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...