Followers

Friday, 24 September 2010

.: siap gak akhirnya :.

kain yg aku tempah kat tailor dari bulan Mac aritu akhirnya siap jugak menjadi 3 pasang baju akhirnya... ppheewww..first time tmph baju terpaksa menunggu sampai setengah thn baru siap...walaupun agak bengang ngan makcik tu sbb setiap kali aku pg tak siap lagi... tp sbbkan dia buat baju tu sedap aku lupakan la kebengangan aku... konon2 je lepas ni tak nak buat dah kat dia tp buat gak nanti tgk larrr..
jom tgk skit baju2 aku tu...
*
*
    1. baju ni aku beli kat pasar payang masa pegi pulau redang tahun lepas.. dah setahun lebih baru leh pakai...:-(
2. baju ni MIL belikan kain kat Gulatis aritu...:-)

 
3. yang ni plak beli kat opis.. 


dan tghari tadi pegi alamanda... AUSSINO de sale la plak.. smpt la grab 3 bedsheet ni... murah weiiii.. pegi larrr sale sampai ahad ni kot.. kalau tak silap


tak sabar nak pakai mlm ni... aaaauuuuwwww..:-)

Wednesday, 1 September 2010

.:sehari yg memenatkan:.

cuti merdeka smlm kitorang pagi2 buta dah keluar pegi beli keperluan raya.. sbb tak nak jalan jam, tu pun sampai KL dah agak bnyk dah kete.. pusing2 cari kasut pastu gerak pegi PKNS cari baju raya plak.. 
  masa ni tengah tunggu hubby gunting rambut kat X-cut.. kat PKNS rasa cm nak nanges cari baju tak jumpa yg berkenan di hati..aku berkenan kat baju kaftan tu dah try dah customer kat situ pun ckp cntik aku pakai... tp pikir2 balik aku nak beraya kat kg jer kowt cm tak kena la plak nak bermeriah-meriahan di kg tu... lain la beraya kat KL tak pe la gak... tp kaftan tu mmg cntik giler terbayang2 plak.. finally grab baju kat kedai jual kaftan tu jugak... tema grey kitorang dah bertukar menjadi peach disebabkan tak jumpa baju grey yg menarik hati.... kat PKNS beli baju aku je baju melayu hubby ckp dia nak beli kat Jln TAR kat PKNS mahal sgt padahal material sama je ngan kat Jln TAR... so gerak la ke jalan TAR plak... kitorang plan nak berbuka kat INSAF.. tmpt wajib kitorang bila ke jln TAR... baru kul 3 reservation dah full dah... hubby ckp kita minum je nanti pastu baru pegi balik makan kat INSAF kitorang pun pegi sogo dulu, mission nak cari hand bag mak tak jumpa2 dari aritu akhirnya jumpa gak hbag Carlo Rino kat sogo harga pun berpatutan terus grab ..baju abah pun dah beli..baru la lega sementara nak tunggu berbuka kitorang lepak kat food court kat atas sogo tu...finally beli baju melayu hubby kat Sogo kbtln ada color matching ngan baju peach aku....ambik terus... kalau org tgk kitorang mesti rasa cm "bagus nya diorang berbuka ngan air dan 3 bijik kuih je"... org lain nasi bertimbun2 dalam pinggan...hahaha tak tau kitorang menyimpan perut utk makan beriyani kat INSAF... sampai sana org dah penuh beratur kat luar tunggu turn.. sib baik cpt je dpt tmpt... makanan sampai. apa lagi melantak tak hinggat dunia... aku suka air mango dia, rasa mcm dia letak sebijik mango yg besar giler dalam cawan aku tu.... sedapp mmm... alhamdullilah.. siap bungkus bawak balik 1...lepas berbuka ke Ariani plak mencari tudung, smpt jugak singgah di kedai sblm sampai ke Ariani membeli baju utk aku lagi sehelai... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...