Followers

Thursday, 27 September 2012

.: bella progress :.


bella progress ~ 3 months

 
my lil' cupcake :) 



  •  sangat suka tengok tv, pastu gelak n senyum sorang-sorang, mcm paham je kann

  • suka warna merah, pantang nmpk benda merah dia senyum n tegur2 sakan, aritu tgk AC mizal dalam TV pakai baju merah tetiba senyum sorang-sorang haihhh la anak mama ni kena beli mainan merah nampaknya... mama suka pink la bella :(

  • masa lahir 2.49kg, panjang 47cm, cekup masa 1months berat 3.5kg panjang 51cm, cek-up masa 2 months berat 4.6kg, panjang 59cm cekup 3 months semalam berat dah 5.5kg panjang  58cm anak aku mengecut ke apa?? tak paham nurse salah ke apa

  • dah pandai meniarap masa umur 2 bulan 3 minggu, tido pun kadang-kadang nak meniarap, tido mengiring mata pejam tapi tau-tau dah meniarap 

  • skrg dah tak nak baring-baring sangat atas tilam dia, dia nak duduk or diri jer letih la sapa jaga anak aku tu, ingat dia besar sangat kot padahal baru 3 bulan 1 minggu jer

  • dah pandai gelak berdekah-dekah, kadang-kadang rasa kelakar tengok dia gelak mcm tak percaya dia dah pandai gelak mcm tu

  • dah pandai pegang botol susu sendiri kadang-kadang, walaupun dia tak nak menyusu botol sangat.. ngehhh ngehh pandai pegang n genggam barang-barang dah

  • dah tarik-tarik baju dia bawak masuk mulut, mama dia dok bebel2 la asyik je angkat baju nmpk abes segala spentot dia :)

  • suka kalau bawak pegi jalan-jalan (ikut mama dia la) pantang nmpk mama nya pakai tudung je senyum-senyum dah tau org nak bwk dia jalan-jalan la tu even kadang-kadang kitorang bawak pegi tesco yang sekankang kera dari rumah tu dia dah senyum n gelak-gelak sakan dah dok dalam stoller 

  • anak aku ni terlebih peramah ngan semua orang dia nak senyum n tegur sampaikan orang tu tak agah dia pun dia senyum gak.. gedikksss (langsung tak sama ngan mama dia yg muka ala2 sombong gitew... tp hati baik hahaha) 

biasa la lain baby lain progress nya, tp alhamdullilah aku happy sangat ngan progress Bella....

"cepat-cepat jalan tau sayang tak sabar nak kejar-kejar bella " :)


Monday, 24 September 2012

.: saat melahirkan kamu bella :.

 entry ni dah tertangguh lama dah anak pun dah masuk 3 bulan entry ni... bukan pe entry ni pun untuk tatapan bella bila dia besar nanti biar dia tau jerit perit mama nya ni menangguh kesakitan melahirkan dia tapi tu la syukur alhamdullilah semuanya selamat kan

aku start ambik cuti bersalin awal seminggu sbb mmg dah tak terdaya dah nak bawak perut masa tu so last day aku keje on 15 June 2012, pagi tu aku pegi last cekup for 39 weeks lepas cekup tu aku pegi toilet aku tengok kat pantiliner aku mcm ada mcm stain darker dari biasa, pastu call hubby ckp rasa mcm lain je dan soh dia stanby if anything happen, tp aku still keje sampai ptg tengok tak de apa plak tanda-tanda,


Day 1 


hubby sampai tido2 la kat situ sambil tunggu aku




posing-posing bagai mentang2 aku sorang conquer bilik ni masa ni....


mintak tukar kelas 1 ikut kelayakan,  wad biasa sangat serabut banyak sangat pesakitnya nasib baik de kosong :)


16 June 2012

malam tu aku tido lena mcm biasa tak de rasa sakit ke apa, tp pukul 1 pagi aku bangun pegi toilet nmpk ada lagi stain tu kali ni bnyk dari siang tadi, hubby keluar lepak minum masa tu, aku call ckp kat dia then dia balik aku ckp tgk dulu siang nanti mcm mana sbb tak de rasa sakit langsung, kul 7 pagi hubby nak pegi keje aku tgk stain tu bertambah banyak, hubby pegi gak keje just standby je kalau aku call ke apa, MIL dah siap2 dah soh aku pegi Hospital aku ckp nak biar dulu, kul 11 hubby balik aku still tak nak pegi hospital sbb tak rasa sakit, MIL ngan Mak aku dah suruh2 pegi dah, kitorang boleh lepak2 tgk tv sume buat mcm tak de pape sbb ramai ckp kalau kuar tanda darah tp tak sakit lmbt lagi nak bersalin... tp sbbkan masing-masing dah bising dan ni anak 1st so kitorang pun pegi gak hospital seremban tghari tu dalam kul 1, sampai hospital pasang machine la apa la, dia seluk baru 1cm sakit giler kena seluk tu..malam tu stay kat hospital dpt katil 4 org tp aku sorang je dlm tu 3 katil kosong sib baik la mlm tu tak pikir pape aku tau tido je nyenyak sampai la nurse dtg check jantung baby



Day 2





 
peneman setia.... walaupun asyik tido jer :-p
 
 
 
segala mcm magazine aku mintak hubby belikan sbb boring, yela tak sakit boleh la baca2 magazine lagi time ni, kalau time sakit tu aku rasa sume benda aku nak campak hihi



17 June

still tak sakit n bersenang lenang kat wad hubby dtg tgk pagi petang, malam tu dah ada geng sembang2 dah dalam bilik tu, tak la rasa boring sgt, tp siap mintak kat doc nak balik lg sbb tak sakit doc je tak bg takut aku terberanak anytime sbb tanda tetap ada kuar jugak..mcm biasa rutin cek tekanan darah n cek jantung baby 3, 4 jam sekali

18 June 

siang mcm biasa still tak rasa sakit sampai hub pujuk2 baby mintak dia kuar cepat2 papa n mama dah tak sabar nak tengok dia..... senja tu mak aku dtg dari perak, malam tu aku dah rasa sakit sikit-sikit start kul 8 mlm mcm tu, mak aku bawak air penawar suruh minum, mula-mula tak minum tapi bila dah kul 10 mlm cam tu aku minum lepas je minum air tu sakit bagai nak giler seriously tak tahan sampai aku tak leh tido tp bila seluk still 1 cm nurse tnya aku ada minum air selusuh tak aku ckp ada, terus semua bising suruh aku bukak penutup botol air tu, sume bising2 ckp tu sbb aku sakit sangat tp laluan tak bukak lagi.. aku masa tu rasa menyesal giler minum air tu, tgh malam tu kul 3 pagi air ketuban aku pecah masa tu nak panggil nurse pun tak larat bangun tekan bell sbb sakit sangat aku usaha jugak bangun n pegi bilik air mandi air panas nak bagi kurang sakit aku sms hubby mintak standby pagi tu, 

19 June

kul 7 pagi lepas doc seluk still 1 cm aku tak tahan dah tanggung sakit dari malam td dok berjalan kehulu kehilir nak bagi cepat bersalin sambil menahan sakit yg teramat bila doc seluk tp still 1cm aku dah start nanges dah masa tu hubby sume dah sampai tunggu kat luar... tahan sakit lagi sampai kul 9 aku mintak doc cek sbb tak boleh tahan dah masa tu dah 4 cm n syukur doc soh nurse tolak pegi labour room, igtkan abes kat situ je rupanya dalam labor room lagi la sakit sampai aku mintak ubt tahan sakit boleh la lelap skit sampai kul 12 lebih lepas tu still tak bersalin hubby punya tangan jadi mangsa genggaman aku... kul 1 lebih baru 5 cm aku dah tak sanggup dah setiap kali sakit dtg aku dah mcm nak meneran dah walaupun doc tak bg sbb takut koyak, masa tu dah tak peduli dah yg aku tau aku nak kuarkan baby ni, last2 doc induce sbb tgk aku tak tahan dah sakit, masa tu pakai gas la apa la sume tak jalan aku dah menangis2 dah mintak doc buat something sbb aku mmg rasa mcm nak mati masa tu... sampai aku mintak nurse tu czer jer punya tak tahan nurse tu soh aku sabar, lepas je induce tak sampai 10 minit bukaan dah 8cm n sume dah ramai kerumun aku mintak aku push, alhamdullilah with 3 pushes kuar la our lil princess tu at 3.49pm .... masa tu rasa lega yang teramat2 bayangkan 6 jam bertarung menahan kesakitan apa pun bila dapat pegang dia cium dia segala sakit tu terbang melayang masa nurse jahit pun aku dah tak heran dah.... sakit jahit tu cuma 1% je dari contraction tu aku rasa....









ni la princess kami yang kami tunggu 4 tahun 2 bulan :)
 

kalau ingat2 mmg tak sanggup nak bersalin dah... hehehe tp tu la orang kata mcm mana sakit pun mesti lupa n rasa nak tambah lagi anak...:) insyallah kalau ada rezeki kitorang takan tolak


ni gambar sekarang :) 

mama n bella bercamwhore di kedai mamak hehe kejap je dah besar kan? mudah-mudahan my rea jadi anak yang bijak dan baik 




Wednesday, 19 September 2012

.: Kenduri Aqiqah Rea Salsabila :.


ni cerita ceriti Majlis Aqiqah anak dara kami tu...

ada rezeki lebih skit aritu, jadi kitorang terus buat kenduri utk aqiqah dia malas nak tunggu-tunggu dah lagi cepat lagi bagus senang tak yah pikir2 dah mcm aku ni ha dah tua bangka baru dapat buat aqiqah maklumlah org susah, tak mampu nak buat dulu2... hihi

 kitorang buat seminggu selepas raya aritu senang buat time aku tak naik keje lagi tak la penat sangat mcm2 la jugak persiapan nak buat dari aku dalam pantang dah sibuk mengoogle sana sini untuk segala2 dari buai, doorgift, kambing dan segala bagai semua online sajorkkk... sonang.. 




 buaian untuk majlis berendoi, tema pink + biru comel tak ??? :)



ni plak gambar kambing golek yang hubby pilih sendiri kambing nya dalam kandang kambing tu, kuar2 dia pun dah bau kambing dah hehee... gigih okeh but puas hati la ramai puji sedap... 

nasib baik gurl kalau boy 2 ekor pulakk kannn hehe dasat kedekut mak kau ni bella oiii :)

ni gambar sebelum majlis start tidurkan dia siap2 biar tak meragam :)



 mama nya pun nak posing jugak before majlis start





Personalized yassin n mini choc bar
ni door gift untuk group marhaban dan setengah jugak untuk kawan-kawan

 


 kumpulan marhaban

 












sesi cukur jambul, rambut tak de sume orang risau je nak gunting rambut dia last2 sume renjis air mawar je




dengan my MIL








masa ni dah naik buai dah nasib baik sepanjang tu dia diam je siap gelak2 lagi masuk2 je dalam buai terus tido seronok agaknya buai tu huhu

aku lak rasa mcm nak naik je hehe dulu masa kecik-kecik tak merasa kannn...

  






 us


alhamdullilah kenduri berjalan dengan lancar orang yang datang pun ramai, sampai ke senja still ada orang datang lagi bella pun tak banyak ragam sampaikan masa kenduri tu aku tak tau dia kat tangan sapa, lepas sorang-sorang pegang dia nasib baik la dia ok walaupun cuaca panas...

hari ni my little B genap 3 months old :)




Tuesday, 18 September 2012

.: Raya 2012 :.

raya dah nak abes baru berkesempatan letak entry raya hehehe tahun ni terlebih excited beraya satu sbb kami beraya bertiga tahun ni dan tahun ni beraya belah aku kat perak 2 hari sebelum raya dah balik dah kul 4 pagi gerak dari nilai sbb tak nak jalan jam... pagi2 buta dah terconggok depan rumah mak, mak ngan abah pun tak de keluar pegi pasar balik2 terkejut  tengok kitorang dah relaks2 tengok tv hehehe 

mmg mencabar puasa tahun ni dengan fully breastfeed my little B tu lagi nasib baik la susu ok jer cuma ada sehari je aku ponteng puasa sbb susu kurang sangat lil B plak menanges2 tak cukup susu nak tak nak tepaksa ponteng puasa....alhamdullilah berjaya menjalani ibadah puasa tahun ni

tak nak bebel banyak2 aku up gambar raya kami jommm

*

*

 



me n my lil cupcake:)

pagi2 buta masa orang pegi solat raya kitorang yang beranak2 kecik ni dok umah la posing2... 



 my family


 

 mak & abah



 
family yong



Family Nyah


Family Kak Na, Husb dia Kena keje la plak time raya



 adik beradik kami (tak termasuk abang)





 our Happy Family :)


alhamdullilah bella tak banyak meragam sepanjang raya tu raya kedua kitorang dah balik Gemas, N9 plak beraya sebelah mertua aku

mama ngan papa bella la excited kutip duit raya bella, dia raya dia pun dkt 1K excited sungguh la papa dia kira hehe 

raya tahun ni mmg bermakna dengan kehadiran our lil princess tu..

 Alhamdullilah :)



Next entry Majlis berendoi & Aqiqah Bella



.: 1st day keje :.

holla holla.......rindu aku tak?? hehehe 
 
bersawang2 dah blog aku ni 3 bulan ditinggalkan tanpa entry busy ngan anak dara aku sorang tu sampai tak terhupdate2 blog ni haaa.... hari ni 1st day naik keje balik after 3 months bersenang lenang di rumah n 1st day jugak tinggalkan bella with babysitter tak tau la mcm mana si kecik tu, sampai skrg still refuse minum pakai botol , hopefully she can survive...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...