Followers

Tuesday, 24 September 2013

.: jemputan makan-makan :.

ahad aritu kitorang ke birthday party cucu kawan MIL ni....dekat ngan rumah jer pun

nak kata party sangat tak la... sbb lebih kepada makan-makan

kitorang dtg masa birthday gurl nak potong kek..... birthday-birthday ni yang seronok nya bawak Bella je... kiter pun seronok gak tak payah masak ye dakk... kikiki

sebelum pegi tu mmg dah ckp kat MIL ni kang silap2 org cakap birthday si Bella plak... dia plak yg pakai tutu dress ni.... 
 sampai-sampai mmg iye pun abes semua ckp sapa yang nak potong kek ni... comel sangat baju ni.... hihi 
baju tu dah makin kecik dah so pakaikan je la bila majlis2 mcm ni kan... nak pakai dok rumah adalah tak sesuai :p


jom layan gambar si kecik tu

*
*
*

muka kepochi sangat sibuk tengok kakak-kakak kat situ nak ajak main...



ni birthday gurl yang sangat pemalu... potong kek pun tak nak malu punya pasal



mmg jenuh kena paksa ngan ayah dia... tetap tak nak potong 



sudahnya jadi birthday ayah dia la nampaknya dah anak tak nak potong kan alahai kakak nape malu sangat ni



jangan si Bella, dia plak yang lebih-lebih siap gaya nak tiup lilin pun ada  berapa kali awak nak potong kek sayang oii....


tahun depan plak ye kalau de rezeki lebih kita buat Birthday party lagi :) mama ko mmg suka buat makan2 ni....mama pun konyang...

menjamu orang tu kan satu sedekah mudah-mudahan kiter dimurahkan rezeki :) 
Insha Allah


Rasulullah SAW bersabda :

1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]

2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]

:)

Thursday, 19 September 2013

.: 15 months :.

sedar tak sedar hari ni genap anak aku 15 bulan.... cepat betul masa berlalu

Bella masih dalam proses nak belajar bercakap, ada la certain-certain word yang sangat clear 

antara yang dia dah boleh cakap mcm mama, papa, pah (opah), tok (atuk), mamam, nenen, dok (duduk) , toh (jatuh),  tapi belum sepenuhnya

skrg dok asyik main ngan ball, sibuk sangat nak ball bila tgk kat playground org main ball dia pun join ambik org punya kesian pulak.... belikan la ball murah2 dia kan girl tak nak ajar kearah boy sangat.... 

dah beli ehhh pandai plak la tendang ball tu, padahal masa main aritu kat padang dia tak pandai pun bila mama suruh tendang dia tengok n pegang je rupanya dia perhati kot mcm mana kakak n abg tu main


skrg pantang dapat pen mesti conteng-conteng... aku dah start belikan dia color pencil untuk dia conteng....

on her papa's birthday aku yang pegangkan tangan dia untuk tulis tu.. yg real dia buat cuma contengan kat bawah word tu jer :)



her favorite books so far... dalam tu ada 6 books (2 words, 2 counting, 2 colors) dia mmg suka sangat, dalam tu yang dia pandai tunjuk, ball dengan color purple dia akan sebut pepergh sambil tersembur2 air liur hihihi....so far ABC, 123, dia tak pandai lagi la....




hepi dapat main kat playground... mana ada budak tak happy dpt pegi playground :) sedang berkira2 nak beli slide n swing letak kat rumah tp nenek dia plak ckp takut tak dapat nak buat keje asyik nak kena pantau dia kat luar main benda alah tu... :(

 








ni gambar kelmarin ikut mama pegi opis sbb pengasuh tak de..... alhamdullilah sangat la baik mmg tak menyusahkan langsung dari pukul 8-5





balik-balik dari opish mama terus kejar ball dia... main ball pulakkk tak tau penat agaknya budak ni :p


skrg dah pandai makan sendiri pakai sudu dah kurang bersepah... mmg tak nak dah kita suap tak pe la biar mama penat skit mengemas janji awak happy nak makan dan belajar guna sudu

makan banyak si kecik ni...



her fav toys skrg .... sebab asyik nak korek makeup bag mama so mama belikan awak makeup toys ni.... puas hati



Alhamdullilah, walaupun aritu aku risau bila dia dah tak nak minum pakai botol susu, sampai nangis2 mama risau pikir, tp ada hikmahnya jugak sekurang-kurang nya nanti nak sekolah dah tak payah pikir mcm mana nak berenti botol.... skrg dah boleh terima minum fm dah minum pakai sippy cup, straw cup dan kdg2 cawan kaca jer... 

berat pun dah naik 1kg ++  
Insha Allah tak payah nak refer pakar pemakanan

 

Tuesday, 17 September 2013

.: 1st trial buat sambal hitam pahang :.

 

ni la rupa sambal hitam yang aku buat tak menjadi hitam sangat agaknya belimbing tu tak cukup lama utk hitam kot masa rebus :)




rasa dah lebih kurang sama dah cuma aku nya termasin skitt... terlebih garam kot mihmihhhhh malu tauuu kat orang pahang

1st time rasa sambal ni masa bulan puasa aritu opis mate bawak, MIL dia org pahang, MIL dia buatkan sedap giler... mintak la resepi

aku balik perak mmg buah belimbing ni belakang rumah je try la jugak buat.... tak per try n error lepas ni tau dah mcm mana nak buat kan... :) ayat menyedapkan hati hubby pun ckp termasin n kurang pedas


ni gambar masa rebus belimbing atas dapur tu... masa jadi hitam tu igtkan dah hangus tp cium bau sedap plak bau mcm gula hangus pun ada walhal pakai garam... 




nak buat mcm tak la susah n banyak bahan cuma renyah nya sbb nak rebus belimbing tu la... mau abes gas hoiii lama2 hihihi

ni jer bahan-bahan dia:


belimbing yang dah direbus dengan garam sampai hitam
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
cilipadi

tumbuk2 pastu goreng sampai kering... siapp




 siap makan ngan roti canai lagi...letak kuah dal + sambal ni sedappp




next trial confirm menjadiii.. ngehhhh

Wednesday, 4 September 2013

.: baby 7 bulan meninggal di rumah pengasuh :.


Al-Fatihah buat arwah adik Afif Tajuddin



semalam kami satu office dikejutkan dengan berita anak staff meninggal akibat terjatuh di rumah pengasuh..

kami terima berita jam 12 lebih dan terus pergi melawat jenazah di jabatan forensik Hospital Putrajaya... berat betul dugaan buat ibu bapanya... kami sendiri tak sanggup melihat dan masih terbayang-bayang depan mata aku mayat baby sekecil 7 bulan ditatang oleh ibunya keluar dari kereta polis ke bilik mayat Hospital Putrajaya....


iya mungkin telah takdirnya tertulis begitu... tapi... atas kecuaian orang lain anak menjadi mangsa... 

ini semua pengajaran buat ibu bapa nya, pengajaran buat kami di sini, serta buat kita semua supaya lebih berhati-hati, lebih beringat.... selalu dengar dari berita, surat khabar tapi semalam kami menyaksikan dengan mata sendiri... tak tertanggung rasa sedihnya... apa tah lagi ibu bapa bayi itu....

Ya Allah kau berikan lah kekuatkan untuk ibu bapanya menghadapi dugaan mu ini...

semoga arwah mendapat keadilan sewajarnya jika benar dia meninggal akibat kecuaian pengasuh


** maaf gambar tak dapat diupload untuk menjaga perasaan ibu bapanya  :(


Tuesday, 3 September 2013

.: jamuan raya di opis :.


jamuan raya kitorang ni potluck... cuma satay n SR red velvet kek  je beli yang lain semua masak sendiri

meriah sungguh la opis kitorang dengan makanan last week masing-masing tak nak kalah tunjuk bakat masak-meamsak katanya hahaha

sampai ada benda yang aku tak sentuh langsung...tak boleh nak masuk dah


menu aritu

Nasi briyani + ayam + papadom
laksa johor
lontong
lontong goreng
capathi + kuah sardin
spagethi + homemade bolognese meatball
satay
som tam
nasi impit + rendang
SR red velvet cake
triffle
puding jagung
puding oreo

bnyk lagi aku pun tak igt dah apa benda yg diorang bawak


 ni antara gambar makanan yg sempat di snap


 

Capathi + Sardine




homemade meatballs




  


bergambar dengan my princess dlm kereta sblm hantar dia ke bby sitter (wajib setiap pagi) :)


 sebelum start tu berposing2 dulu la kang dah tambah lemak kang nmpk gumuk plak dalam gamba... kononnyaaaa

 

 









  


bergambar dengan model cilik..... 

#ootd ~ aku pakai baju lama yg beli semata2 utk seminar setiausaha aritu + kain baju raya kedua + shawl beli kt jualan opis + kasut jelly bunny yg super duper selesa 

*

*

*


 







 
hari tu mmg keje makan jer la dari pagi sampai la balik.... perut pun petang dah boncit dah... nak2 plak pakai baju lace yg melekap tu kan.. mmg la nmpk kebuncitan nya... haha...

minggu ni jamuan raya Bahagian plak... lastttttttttt makan2 raya lepas tu semua org nak start diet....

hoiiiiiiii jgn la diet hoiiiii jom teman aku....kita makan2 lagi sampai naik 5 kg :)

Monday, 2 September 2013

.: resepi triffle :.



hari jumaat lepas ada jamuan raya kat opis.... aku as usually bawak dessert jer sonangggg!!

ni aku bagi resepi... 
resepi yg ni banyak dah reka2 sendiri gak resepi asal dari kak nani rostam n blog neenaanuar tp aku ubah skit

 
Bahan-bahan :


Full cream - 1 kotak (nak bagi rasa berlemak mcm aiskrim sila guna susu ni )
tepung custard - 3 sudu penuh
Buah dalam tin (aku pakai peach sbb senang nak potong)
crystal jelly 2 kotak (aku pakai strawberry)
swiss roll (aku pakai pandan sbb nak bagi layer dia color2, bawah hijau, custard kuning, buah oren, agar2 merah)

bahan2 ni boleh buah utk 2 bekas




 cara-cara :

1. potong swiss roll agak2 la jangan nipis sangat penuh kan ruang bawah bekas
2. bancuh 3 sudu tepung dengan susu tu dalam mangkuk dulu bagi rata jangan berketul2 tepung tu, dalam periuk panaskan susu tu satu kotak, masak custard dengan susu full cream tu perlahan2 api kena slow, dan kacau sentiasa . sbb takut custard berketul... letak gula skit agak2 la dalam 2 sudu penuh ke..agak2 dah pekat tuang atas swiss roll tadi
3. susu buah atas custard tu.. tekan2 skit jgn bagi buah terapung bila tuang jelly
4. masak jelly ikut instruction kt kotak... 1 kotak = 400 ml air dah sebati tuang jer atas skali... siap

nak elok cantik boleh potong buah sehari awal dan simpan dalam peti 24 jam... contoh mcm aku nak guna utk jamuan raya opis jumaat so rabu malam aku dah buat... kalau tak nanti tak boleh potong... lembik 



ni rupa bila dah susun buah.... bahan2 td cukup untuk dapat 2 bekas tupperware ni


*
*
*
*
*

ni plak rupa bila dah potong.....

sedappp yummsss... tetiba puji sendiri... haha tapi mmg sedap sila la try pasti tak menyesal :)

 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...