Followers

Thursday, 30 January 2014

.: homemade playdough :.

mama rajin?? takde maknanya, sajer je gatai, dalam kete tanya hubby, papa kalau mama nak belikan play doh kat bella boleh tak? tak payah la kang dia masuk mulut, anak awak tu semua nak masuk mulut... ok baiklah


nampaknya lambat lagi la nak bagi anak aku main plastersine ni..... pastu teringat penah baca org buat sendiri, terus la google mencari mcm mana nak buat.... oooo sonang jer rupanya,.... barang pun semua ada kat rumah

maka terhasil la homemade playdough ni


bahan:

tepung (1 cawan)
garam (stgh sudu)
tartar cream (1/3 sudu)
color of your choice (aku buat merah n hijau tu jer yg ada kat rumah )









mula-mula bella cam pelik jer erkkk apa ni mama :p last last dia yang laju main :)




 



roti canai satuuu.... siapppp!!!










 patut la hubby reject bila aku kata nak beli masa main ni pun sempat dia masukkan tepung tu dalam mulut haihhhh


boleh la skali skala nak main nnti dah besar skit baru mama beli play doh tau... bila awak dah tak masuk dalam mulut okeh :)

Wednesday, 29 January 2014

.: JJCM Nilai ~ Restoran Warisan Kota Seriemas :.



orang-orang nilai or yang tersesat kat nilai kalau tak tau nak makan kat mana meh sini aku tunjukkan :p nak kata sedap beria tu tak la antara yang mcm kalau nak try boleh la... 

macam restoran warisan ni aku suka lagi yang kat kuala pilah, lebih selesa kot kt seriemas ni kecik jer rupanya aku pun 1st time try, yg kat kuala pilah tu slalu la singgah MIL suka singgah situ berenti minum2 sebelum balik kampung


yang kat seriemas ni aku la saje ajak hubby test, sama je masakan dia, cuma kitorang tak la ambik menu yg lauk pauk kitorang ambik nasi goreng jer... menu lauk pauk dia agak mahal tau aku penah mkn sampai RM200 

tapi kalau mkn nasi goreng2 jer standard harga dlm RM7.00-9.00 cam tu jer

 



suasana kedai dia agak menarik ada pondok2 buluh




tepi tu ada tasik buatan, tapi part ni aku tak berapa suka sangat sebab banyak nyamuk :P




 



sambil kita makan dihiburkan dengan musik gamelan



sirap selasih dengan keropok FOC 




aku order air apple asam boi




 order masak lemak cili padi daging salai





 nasi goreng kerabu, hubby order nasi goreng cili padi


 


ada menu western jugak.... sedap jugak makan kat sini sapa nak suasana ala2 romantik skit boleh la datang sini

Tuesday, 28 January 2014

.: JJCM nilai ~ restoran Nogori Delights Enstek :.

actually kedai ni dekat Enstek tapi kira dekat la jugak ngan nilai, dia adalah cawangan kedai makan tepi kubur yang kitorang selalu makan tu , ptg tu dah lewat kitorang keluar lunch sampai-sampai kat kedai tu tutup plak, papa la terlajak tido pastu nak rush ke swimming class bella plak, aku asyik ckp tak sempat kot papa nak pegi enstek tapi papa kalau dah teringin nak makan tu tetap jugak nak pegi.....

terus dia ckp bawak siap2 swim suit bella n semua nnti terus pegi dari sana, aku pun ikutkan jer la.... 


order air sirap selasih bella suka air ni dia ckp 'fish' kat dalam air tu :p 




ikan parang asam pedas, daging salai masak lemak cili padi sotong kicap, ulam




total RM33

gambar kedai aku lupa plak nak ambik tapi kedai ni kat shop lot baru atas lagi dari Akedemi Audit Negara

sapa suka pedas sure puas hati

Thursday, 23 January 2014

.: sekali skala balik kampung :.

last 2 weeks ikut mil balik kampung, dekat jer pun 2jam dari nilai kalau bawak relaks2....


aku ni mmg suka kalau balik kampung sbb boleh ajar anak aku macam-macam tak de la terperuk je kat dalam rumah tu pun nasib baik rumah bawah kat nilai tu, boleh la jugak keluar2 jalan petang-petang dalam taman tu..


bila skali skala dapat balik mmg aku biarkan kan je bella nak main apa dia nak, kena gigit nyamuk jangan cakap la biar dia rasa mcm mana orang kampung rasa :p tapi aku cepat2 letak krim dah sebenarnya sebelum dia main kat luar :)


*
*


masa ni bawak tok nyang pegi pasar malam  aku paling risau pegi pasar malam ni, sbb ada satu tempat jual toys dia selalu jer berenti kat situ, tapi dalam kereta dah pesan kat bella bella jangan paw mama ye beli toys hihihihii so sampai sana ok jer dia tak mintak pun cuma tengok je tapi tetap berenti


 





  


*

*

dari kejauhan...

kemain lagi bella berdukung je ngan nek nyang dia, Alhamdullilah nek nyang dia masih larat nak dukung merasa la jugak bella ada moyang 




 aku biarkan jer dia tak berkasut pijak-pijak n lari atas rumput tu....




biar dia rasa rumput tu mcm mana :)





yang ni aktiviti kutip sayur main masak2 hihihih






masa nak masak tengahari tu elok je aku cakap kat dia mana sayur yang bella kutip tadi pegi ambik nak masak, dia pun terkedek2 pegi ambik kat luar hahhaha aku masak btol2 kang baru tau :p




 ni kat jalan nak pegi kebun belakang rumah






menggaru, hahaha 

kena bully ngan mama dia biar la belajar lasak skit bella ni lembik jugak sebenarnya dia kan ala2 gurgurl sangat :)













Tuesday, 21 January 2014

.: aktiviti drawing ~ bella :.

aku smlm EL tak berapa sihat lepas balik dari kampung ahad malam tu, pagi tu masa hubby bawak pegi bfast aku pun menyinggah la kat kedai barang2 alattulis dekat sebelah kedai mamak aku breakfast tu, pikir petang tu tak de buat apa nak layankan bella lukis2 kalau larat, biasa la kalau dah nama untuk anak tu larat jer kan :) petang tu dah redup2 ajak dia lukis2 siap2 salin baju dia n pakai bib ni senang kalau kotor leh cuci....



mcm biasa dia akan bagi aksi macam2 bila aku panggil nak tangkap gambar.... konon mcm comel jer mcm comel jer... :p












yang tulis mama bella tu bukan bella ye... yang tu mama nya bella yg conteng2 tu jer :)










lepas conteng-conteng terus aku masukkan dia dalam pool senang cuci terus satu badan 
tak de la comot mana pun sbb dia ni pun pengeli jugak tgk terconteng skit kat kaki dah "eeeee"," eeee"





dari pool datang balik nak lukis.... haihhh abes basah semua







one thing yang aku perasan bella tak minat sangat melukis.... tak berseni jugak rupanya budak ni... mcm mama ngan papa dia la mmg tak de la bakat seni tu..... kejap je dia nak lukis pastu dia tinggal cam tu je sibuk mintak nak mandi pool 

well at least aku tau dah bella mmg tak minat melukis... 

mungkin boleh pupuk jugak tp tengok la aku akan cuba lagi sekali dua kalau btol dia tak minat aku tak paksa aku nak tengok kecenderungan dia ke arah mana sekarang ni...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...