Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Monday, 24 March 2014

JJCM Cibiuk Bangi

last week sempat jugak ber JJCM kat Cibiuk bangi, kitorang pegi ber 4..

 dah lama nak gi sini sebab dengar orang kata sedap aritu dengan hubby ada gak singgah tp time cuti  raya haji mmg tutup la

last week tu dalam plan2 nak pegi makan kat tempat lain last2 alang-alang dah opismate bawak kete, takan nak makan kat alamanda jer, kitorang kuar makan jauh skit ikut selera tuan punya kereta katanyaa!!

dengan aku rushing nak balik nilai ptg tu kena bawak si anak dara sorang tu cek-up 1 thn 9 bulan, gigih jugak nak mengekor diorang.... :) last2 suruh hubby ambik aku kat Cibiuk tu, dekat jer pun ngan tmpt keje dia

target nak gi situ nak makan pisang cheese tu.. aku mmg suka kalau tmpt ada dessert best2 skrg ni tekak mcm tak puas jer makan kalau tak de benda manis...


*
*

aku order ni nasi goreng kambing RM14.90

sbb officer aku ckp sedap... mmg sedap kambing dia lembut jer pastu bnyk giler isi dalam tu, nasi goreng dia pun sedap  



order teh botol ni RM5.50





ni kwn aku order nasi goreng ayam RM10.90

 pun dia kata sedap


 yang ni kwn aku order nasi timbel komplit ayam bakar RM14.90

ngan air es jeruk yang sedappp 3.90

lepas rindu makan kat bandung katanya




sorang lagi order bakso tak de dalam gambar meatball dia sedap gilllsss


nak lagi pedas???  dia ada sediakan satu kiosk untuk ulam-ulam n segala jenis sambal ada 10 jenis kot sambal semua sedap-sedap dan pedas serius puas hati bagi sapa yang makan pedas






utk dessert kitorang ambik pisang cheese RM10.90 

boleh share 4 org kot tp kitorang share 3 org 

portion sangat besar ni dalam pinggan makan yang besar tu, sblm tu kwn aku nak order 2 nasib baik tak ambik duit... tamak melampau tau!!! :p



bagi aku puas hati la makan kat sini sbb sedap2 makanan dia rocommended can beat wang solo plus ada dessert lagi dessert es durian dia pun nmpk menarik pavlova dia pun org ckp sedappp ehhh semua sedap la senang citer ;-)

total 75.30 tak silap utk 4 orang tak de tax....



Wednesday, 5 March 2014

jjcm ~ wadihana bangi

balik dari swimming class bella sabtu aritu, kitorang singgah makan kat wadihana bangi , bukan la kedai baru, dah lama dah kedai ni cuma aku jer yang tak pegi.... office mate mmg rajin makan kat sini aku baru 2 kali jer kot datang sini mmg tak tau nak order apa, tnya diorang ckp semua sedap..jadi marila kita makan sini....


dessert wajib try..

panacotta = RM9.90... kot lupa dah

pada aku sedap la lagi sedap dari yang aku try tempat lain sebelum ni




si kecik ni sibuk nak ambik buah cerry  tu tak sempat aku nak snap gambar dah tercalit dah hiasan coklat tu budak kecik ni punya keje :)




aku order lamb shoulder = RM20.90

sedap tp portion dia mashaAllah mmg tak habes la kan... 3 keping kot lamb tu



hubby order macaroni n cheese = RM13.90

pun sedap


 untuk bella pun kitorang order kan 

mac n cheese dalam kids menu = RM6.90

, bnyk jugak dia makan, ni pun portion mcm dewasa punya dah aku plak yang tolong abeskan.. tp mmg sedap mac n cheese dia



pasta dia sedap2 kot kat sini, officemate pun cakap pasta kat sini sedap.. next time datang nak order kids menu ni jer la hihihi... 


Monday, 17 February 2014

.:Jalan-Jalan Melaka :.

holiday yang tak dirancang namanya ni masa cuti CNY aritu mmg tak plan nak kemana pun hari jumaat tu baru hubby ckp survey2 la hotel mana2 kita pegi melaka esok..... lorrr last minit dah la CNY mmg full la semua hotel kalau tak full pun mahal nak mamposss semua nya mmg tka booking pun sudahnya

sabtu kitorang gerak dlam kul 9 cam tu dari rumah ok jer jalan tak jam pun kitorang pun jln slow2 jer otw nak pegi tu baru la aku call hotel skit2 call A famosa bilik semalam 450 ngan 650 rasa cam tak berbaloi plakdah la jauh dari bandaraya melaka nak jalan2 melaka lagi kang kejap je dok bilik nya

call bayview la holiday inn la semua full last-last booked kat shah beach resort kat pantai klebang sampai2 tu dah tengahari dah kitorang pegi makan asam pedas kat area dataran pahlawan tu jer mmg aku pun tak survey pun kat mana sedap memandangkan kereta banyak kat pusat bandar jadi malas nak cari2 tempat jauh2, before tu nak pegi zoo tp tengok kereta yg Q nak masuk parking fuhhhh terus tak jadi ckp kat papa nanti balik perak kita pg zoo taiping jer la :)

sementara menunggu nak cek in tu kitorang sempat la naik menara taming sari, bawak bella naik beca, seronok sangat la skrg ni beca kat situ bertema hello kitty plak abes semua hias ngan hello kitty


jom layan gambar

*
*
*

posing-posing sblm pegi





 tengah tunggu turn kat menara taming sari





dalam menara, bella tak reti diam aku dah rasa gayat dah dia relaks jer diri kat depan cermin tu jerit2 nampak air dari atas



dah mcm polis pencen dah hubby muka serius cam tu :p







 turun dari menara, naik beca sbb bella mintak2 nak naik kitty jadi naik la kitorang dari menara sampai ke bazar depan kapal tu, RM25 boleh laaa



MIL pun ikut sama


kat bazar nenek shopping kitorang try2 spek :)



 sebelum cek in singgah dulu layan coconut shakeaku 1st time sampai sini actually punya la ramai beratur nak tapau kan dasyat sungguh





 

MIL ngan bella tak turun pun bella masa ni tido, MIL tunggukan dalam kereta so aku ngan hubby jer la melayan berdua 


sampai resort ni terus bella tak sabar nak terjun pool kalau biarkan kat situ gak nak bukak baju



masuk jer bilik papa ajak lepak kat bawah pokok tepi pantai, bella siap2 dah ngan swimsuit nya nak terjun pool





Papa & Bella



Mama & Bella




Malam tu kitorang pegi umbai makan seafood gambar tak ambik pun sibuk gigit ketam :) balik dari umbai terus balik bilik nak ajak pegi jonker walk mengenangkan town jam hubby malas.. 

next time nak pegi cari hotel kat town katanya ... ok baiklahh :p

sok pagi2 buta bella dah bangun dah sedar2 dia dah tak de rupanya lepak kat tepi pantai ngan nenek, pastu terus pegi breakfast, gambar tak ambik tp breakfast dia sedap semua berasa walaupun tak banyak choice tp puas makan



rambut pun kembang lagi pagi2 dah nak terjun pool




sebelum balik sempat la singgah beli ole2 untuk opis n family 

holiday kali ni mmg purposely untuk relaks2 kitorang pun tak jalan mana sangat bnyk lepak bilik bella pun ok la tak penat dia suka mandi pool jer ...


Friday, 14 February 2014

.: makan-makan @ Thai Tom Yam Kung Precint 15 :.


makan-makan ni sempena farewell boss aku, yang dah pencen tu Bahagian buat pulak, aku pun tak penah makan kat sini ok jugak la dia ada bilik khas untuk sambut apa2 mcm ni






makanan banyak sangat sampai tak abes semua makan walaupun ramai sbb semua dah kekenyangan sangattt

 aku suka ikan tu sedap sangat keje aku mengabiskan kerabu mango atas ikan tu... 






sebahagian dari staff office Bahagian Pembangunan




sedap makanan kat sini aku bagi 8/10 semua sedap-sedap aku suka  harga tak pasti berapa :)

Wednesday, 29 January 2014

.: JJCM Nilai ~ Restoran Warisan Kota Seriemas :.



orang-orang nilai or yang tersesat kat nilai kalau tak tau nak makan kat mana meh sini aku tunjukkan :p nak kata sedap beria tu tak la antara yang mcm kalau nak try boleh la... 

macam restoran warisan ni aku suka lagi yang kat kuala pilah, lebih selesa kot kt seriemas ni kecik jer rupanya aku pun 1st time try, yg kat kuala pilah tu slalu la singgah MIL suka singgah situ berenti minum2 sebelum balik kampung


yang kat seriemas ni aku la saje ajak hubby test, sama je masakan dia, cuma kitorang tak la ambik menu yg lauk pauk kitorang ambik nasi goreng jer... menu lauk pauk dia agak mahal tau aku penah mkn sampai RM200 

tapi kalau mkn nasi goreng2 jer standard harga dlm RM7.00-9.00 cam tu jer

 



suasana kedai dia agak menarik ada pondok2 buluh




tepi tu ada tasik buatan, tapi part ni aku tak berapa suka sangat sebab banyak nyamuk :P




 



sambil kita makan dihiburkan dengan musik gamelan



sirap selasih dengan keropok FOC 




aku order air apple asam boi




 order masak lemak cili padi daging salai





 nasi goreng kerabu, hubby order nasi goreng cili padi


 


ada menu western jugak.... sedap jugak makan kat sini sapa nak suasana ala2 romantik skit boleh la datang sini

Tuesday, 28 January 2014

.: JJCM nilai ~ restoran Nogori Delights Enstek :.

actually kedai ni dekat Enstek tapi kira dekat la jugak ngan nilai, dia adalah cawangan kedai makan tepi kubur yang kitorang selalu makan tu , ptg tu dah lewat kitorang keluar lunch sampai-sampai kat kedai tu tutup plak, papa la terlajak tido pastu nak rush ke swimming class bella plak, aku asyik ckp tak sempat kot papa nak pegi enstek tapi papa kalau dah teringin nak makan tu tetap jugak nak pegi.....

terus dia ckp bawak siap2 swim suit bella n semua nnti terus pegi dari sana, aku pun ikutkan jer la.... 


order air sirap selasih bella suka air ni dia ckp 'fish' kat dalam air tu :p 




ikan parang asam pedas, daging salai masak lemak cili padi sotong kicap, ulam




total RM33

gambar kedai aku lupa plak nak ambik tapi kedai ni kat shop lot baru atas lagi dari Akedemi Audit Negara

sapa suka pedas sure puas hati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...