Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label treatment. Show all posts
Showing posts with label treatment. Show all posts

Wednesday, 30 March 2011

.:what shud i do:.





"Ramai yang menyangka berurut dapat membetulkan kedudukan rahim. Berurut pula langsung tidak dapat menjangkau rahim yang terletak jauh terlindung di dalam rangka pelvis, lebih-lebih lagi jika rahim retroverted.

Sungguhpun begitu, tiada halangan berurut bagi mana-mana wanita kerana ia dapat melegakan fizikal dan tekanan minda, asalkan tidak keterlaluan tekanannya kerana ia boleh menyebabkan komplikasi contohnya, pundi kencing pecah dan seumpamanya. Seeloknya wanita membuang air kencing terlebih dulu"


just read tis from google... membuatkan aku bertambah confius... what shud i do???

.:mengharap restu ayah bonda:.

Jumaat ni saya cuti... nak balik Perak... mengharap restu dari ayah bonda untuk meneruskan pembedahan seperti yang di suggestkan oleh Dr. Hamid Arshat...

Last week masa saya dah tekad dan bulatkan hati untuk menjalani pembedahan tiba-tiba mak call, cakap abah  dah 2, 3 hari diam je mungkin pikir tentang pembedahan saya, and finally after 3 days dia menyuarakan pada mak agar saya tak meneruskan pembedahan tersebut....mungkin dia risau... yes saya faham hati seorang ayah dan ibu....tapi.....

saya sangat dillema.... antara tekad, keinginan dan restu ibu bapa....

balik kampung jumaat ni antara agenda utama nya juga adalah untuk berbincang tentang hal tersebut... mudah-mudahan ayah dan bonda di kampung faham akan keinginan seorang anak untuk memiliki anak juga seperti mana orang lain....

wish me luck~

(tetiba ayat skema)

Wednesday, 23 March 2011

.:Rawatan Dr. Hamid Arshat part 2:.

seperti yang dijanjikan...

setelah digoogle-google aku terjumpa blog ni..
problem yang nombor dua tu...
 cuba check sini (tuan blog mintak izin share ye:-) )
yang aku rasa mungkin sama ngan case aku sebab aku pun agak bengap jugak + rasa down giler masa tu, tak pi tanya kat doktor tu apa nama pembedahan atau kaedah rawatan yang aku perlukan...
so semalam doktor suggest aku buat operation, aku tanya tak de cara lain ke? doktor cakap tak de
aku ngan dah meleleh-meleleh airmata ni, doktor pun sadis je kot tengok terus dia kata tak pe awak balik pikir dulu, kalau nak buat just call 2 minggu lepas call boleh terus operate untuk betulkan kedudukan rahim aku yang terkebelakang tu dan letakkan kat depan balik.... lebih kurang mcm tu la kot....

operate kat klinik dia sendiri tak perlu pergi Pantai Medical, operation kat situ ada setiap rabu, sehari selepas operation boleh balik dan MC sebulan...kos untuk operation adalah RM6000



ni result scan tu,  rahim  sepatutnya berada dalam bulatan biru tu, tapi dalam kes aku rahim ada berada di dalam bulatan purple....

 

doktor jugak ada bekalkan kitorang ubat-ubatan dan supplement antaranya 


untuk hubby
*
*


acai berry



speman himalaya


vit E - hovid


Untuk aku
*
*


 obimin
 

folic asid



Fish oil


total bil semalam:-

consultation fee - RM120
scan - RM50
ubat-ubatan - 251
*
*
*


total RM421


doktor ni sangat best, sangat lembut dan sangat memahami kita pun macam tak segan nak share apa masalah kita dengan dia... 

so sekarang kitorang dalam proses untuk berfikir samada nak operate atau pun tak.:-(

Tuesday, 22 March 2011

.:Result dari Dr. yg meruntun jiwa:.



mmmm tak tau nak mula dari mana.... 

mencari kekuatan agar tidak menitis air mata ketika menulis / menaip di sini...
 walaupun berat untuk dishare kan tapi aku rasa mungkin ini satu daripada panduan buat wanita-wanita atau sesiapa saja yang mungkin ada masalah yang sama dengan aku....

 pagi tadi kitorang sampai klinik Dr. Hamid Arshat dalam kul 8.45 aku orang yang ke 4 setelah menunggu lebih kurang setengah jam, sampai la turn kitorang... kitorang dah memang bawak dah result dari Pathlab sebelum ni, which is aku memang tak de problem (check melalui blood test) ...  dan my hubby yang ada problem low count sperm 

lepas doc tgk semua result tu, dia mintak aku masuk bilik untuk buat scan test, sebelum datang memang dah cakap kat hubby untuk buat scan ni sebab macam tak puas hati kalau setakat check darah je.... n the result is kedudukan rahim aku tak betul....terus rasa cam sebak keluar dari bilik scan 

duduk depan doc automatik menangis walaupun aku dah jangka yang aku ada masalah but deep inside am hoping that everything is fine.....tp tu la.... aku punya mslh lagi besar dari hubby rupanya... hubby cuma perlu ambik ubat dan supplement saje..... tp aku memerlukan PEMBEDAHAN.... doc terus hulur tisu... masa ni rasa cam kelakar je nak nangis depan doc tu.... biasa la aku kan pelakon air mata..... HAHAHA

nampak je kuat dan aku rasa dah cukup kuat untuk hadapi semua ni tapi rupanya aku jadi selemah-lemah manusia bila berdepan dengan semua dugaan-Nya....  


next entry aku letak scan result, ubat-ubatan dan jugak kos-kos untuk semua...arini tak bawak usb cable..




Monday, 21 March 2011

.:esok appointment dgn Dr.Hamid Arshat:.


esok aku ada appointment dengan Dr.Hamid Arshat
tetiba rasa cam takut je nak menghadapinya esok.... takut nak pegi check, takut nak tau keputusan nya, takut nak buat treatment seterusnya.....

mudah-mudahan semuanya kan baik-baik saja.... 


uhhhhhh sangat berdebar-debar


Friday, 11 February 2011

.:Buat appointment dengan doktor Hamid Arshat:.


semalam balik rumah soh hubby ckp ngan mak dia balik pasal kitorang nak pegi treatment tu.. sbb aritu mak kata nak sponsor huhuhu...tak la sepenuhnya kot guna duit mak.... kot lar... kalau sepenuhnya pun bagus jugak... hahaha
baru call je pun nak kecoh... hehehe tu pun tak confirm lagi tarikh... nanti diorang akan call balik tetapkan bila kitorang boleh pegi sana untuk first appointment.....  



Wish Me Luck Dear!!!



Tuesday, 9 November 2010

.:ambik darah kat KK Putrajaya:.

ooo lupa nak citer arini aku pegi ambik darah lagi kat KK punya la slalu ambik darah sampai aku yg ajar nurse tu ambik kat tangan belah mana sbb tangan belah kiri slalunya nurse takan dpt ambik darah, tp aku biarkan je dia cucuk dulu tngan belah kiri tu sudahnya tngan aku dua2 belah bercucuk arini... bijak jugak kan ko yati... kalau bagitau nurse tu awal2 tak la cucuk dua2 belah skali....
tak de la, aku tgk nurse tu cm confident je cucuk belah kiri kan.... aku biar kan je larrr... sekali ko, terjerit aku.. dia main tarik je jarum tu padahalnya jarum dok bawah kulit je.... sib baik tadi mood aku baik kalau tak..... kalau lepas ni ambik darah lagi aku rasa aku mintak jarum tu kat nurse, biar saya cucuk sendiri larrr.... hahaha dah expert la kata tiap2 minggu ambik darah.....tak pe la demi masa depan kan.... hubby dah ngeri2 dah tgk tngan aku dua2 belah bercucuk dia tu bukan boleh pegi hosp ke klinik tgk org berdarah dia plak nak pengsan.... tah pape... patut la tak jadi doktor... cehhh doktor terusss tak hagak2 kan... hehehe

perkembangan treatment nyer..... aku kena tunggu result lagi sebulan utk tau apa problem nyer... yg tu nanti aku updated k....:-)

Wednesday, 27 October 2010

.: nak start treatment :.

skrg aku baru start nak buat treatment kat KK putrajaya... baru sekali ambik  darah ada lagi sekali next week pastu tunggu result... mmm harap2 berjaya la kali ni.. hehehe nanti aku updated perkembangan treatment kitorang kat sini...


*
*
tp pagi tadi
 *
*

my MIL mengofferkan diri utk sponsor kitorang nyer treatment kat Dr. Hamid Arshat
hati berbunga riang....lalalalala
luv u la Mak
muahmuahmuah


tp bila nak pegi ni klinik dr. hamid arshat ni?? leh tak buat kat dua-dua skali?? tamak haloba tak?? hihihi


 gambar yg sangat tak de kene mengena tp nak gak letak... :-)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...