Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

Malaysia International Parenthood Fair SACC

weekend aritu sempat la jugak ajak hubby pegi Malaysia International Parenthood Fair SACC kat Shah Alam tu... dari jumaat dah ajak pegi nya hubby plak kene pegi kuala selangor ada keje sabtu pun kerja, ahad tu baru dapat pegi, aku aim kaunter mamy poko jer yang lain-lain tak tengok pun sbb bella pun dah besar tak de barang sangat nak beria membeli...
kitorang sampai situ kul 10.20 tengok orang dah ramai dah menungg depan pintu siap-siap cek kaunter mamypoko kat sebelah mana, kawasan dia pun kecik jer tak la besar mana...



pintu bukak jer zasss terus serbu, aku suruh hubby lari dulu sbb aku dukung bella, kang tersepit plak anak aku nak rebut masuk... tp orang paham bagi laluan untuk yang dukung baby


tengah tunggu turn nak membeli pampers... siap ngan sistem nombor lagi.. pekerja dia bagi no.1-300 

orang yang ramai-ramai kat luar tadi semua serbu sini dulu mana tak nya pampers RM15 je satu pek... giler murah ,mamy poko kotttt mana penah nak bagi less sampai 50% cam ni...







aku ni konon-kononnya nak beli banyak tu yang sanggup meredah sampai ke Shah alam tu, budget dapat 10 pek ok la... sekali masa beratur dia ckp sorang satu pek jer.... WHAT??? agak-agak la, kalau kat maternity expo kat midvalley aku penah beli boleh beli banyak tak la satu pek jer tapi price tak la semurah cam ni....



 nasib baik sampai awal la jugak kitorang dah beli then q balik lagi sekali untuk beli lagi.... patut la aku tengok ada cina tu angkut satu family datang 5 orang skali q dapat la 10 pek 2 kali q..... 

ok la Alhamdullilah dapat la 4 pek.. walaupun tak puas hati tak sempat nak q kali ke tiga dah cukup 300 customer... 20 minit jer licin semua 300pek... 

lepas tu kalau nak beli kena beli barang RM250 ke atas baru entitle untuk 1 pek lain dgn harga RM15 jugak...

sblm balik sempat grab botol susu pigeon RM20 jer normal price RM40 less 50% :)




"mama jangan sedih tau tak dapat beli pampers bella banyak-banyak... InshaAllah nanti ada rezeki lain tau mama " :)



"otey?? "


balik tu singgah makan kat equestrian park putrajaya, aku biasa la jugak makan sini ngan budak opis... tp rasanya mcm dah tak sedap mkn kat sini.... mula2 dulu makan sedap ntah la 





 "mama air niii mmm acammm"



" tapi cedappp"




 mcm biasa gaya dia bila suruh senyumm





 boodak ni takut kuda batu tu.... papa dia nak naikkan atas kuda tu mencicit lari takuttt hahahha 

okeh tak boleh jadi Quzandria Ambak ko ni.....:p



gambar makanan tak ambik pun sbb serius tak sedap dah la 1st time bawak hubby mkn sini terus dia reject, last time mkn tp tak order a la carte la order untuk farewell sedap plak.. mmm tah la ikut mood chef kot :P

**keep on praying for MH370 :(

Monday, 5 August 2013

.: update sebelum balik beraya :.

sure sume dah tak sabar dah nak cuti panjang nak balik beraya tak kurang jugak la ngan tuan blog ni haa... 

tak de benda sangat nak cerita...


jom layan random picture ni before balik beraya
 
*

*

*

*


ni gambar teman mama yang teringin nak sahur kat mcd.. angkat dia tengah tido sampai kat mcd kemain segar bugar matanya... dia memang jenis bangun awal pun so tak heran la nak sahur skali





kemain happy dpt ikut pegi mcd :p


ni menolong papa basuh kereta kononya.... kitorang balik keje hubby nak basuh kereta aku suruh bwk bella main air sama alang2 dia pun tak mandi lagi... aman skit mamanya nak masak kat dapur... aku dtg depan tgk2 mmg dah basah kuyup anak aku dengan baju gaun nya... happy la sangat dapat main air tu









ni gambar mama paksa posing pakai baju yang dibeli siang tu, sama ngan anak2 member opis hihii sib baik beri kerjasama yang cemerlang


sekarang bila suruh senyum, senyum sambil pejam2 mata mcm ni plak entah apa pesen pun tak tau la, bella bella



 
 ni her current fav activities, ikut nenek pegi giant / tesco... she loves the trolley so much sengih jer dpt dok dalam tu..




sibuk nak menolak trolley tu diri sendiri pun tak lepas lagi nak berjalan ada hati nak tolak trolley tu...

dah pandai dah nak berkawan skrg... siap salam2 kakak tu cute sangat :)




sabtu aritu sempat la pegi pkns bawak mil... si budak baru dapat kaki ni susah betul nak kawal abes satu pkns tu dia pusing dah la org ramai bersesak2 nasib la area depan mcd tu lapang biarkan je dia lepas kat situ... abes semua org dia tegur...




tukar gelang tangan dia yang beli masa dia dua bulan dulu tu, yg tu adjustable dia dah pandai bukak berapa kali dah nak hilang nasib jumpa balik... so tukar rantai tangan ni.. ok la tak leh bukak2, pandai plak tu mama nak tgkp gambar dia ckp " mana gelang cantik.. terus pegang cam tu" :)


 balik dari pkns sampai rumah kul 5.30 sempat lagi masak nasi ayam, mmg dari mula puasa teringin nak buat tak jadi2 akhirnya buat jugak.... puas hati :) 

disebabkan ada leftover nasi ayam sos tu,  smlm plak buat popia goreng boleh la cicah ngan sos tu... ... gambar plak lupa snap, tak smpt snap dah licin 

mil n hubby puji sedap siap suruh buat n letak kat gerai mil meniaga ;p



 
okeh tu jer gambar.... bye.. see u after raya...


Monday, 1 July 2013

.: pakej birthday @ mc donalds :.

Memandangkan aku baru buat birthday si anak dara aku tu kt mcd sabtu lepas

entry ni aku buat sebagai rujukan untuk sapa2 yang nak buat birthday party anak kat mcd bila2 nnti kan...

aku mula2 nak buat kt kfc tp kfc nilai punya party room under renovation plak so kitorang decide survey kt mcd.. Tgk2 ada tema barbie aku apa lg terus setuju larrr sbb tema ni baru thn ni ada b4 ni aku tgk tak menarik sgt.. Spongebob lar, underwater la, pastu yg tema biasa ronald tu jer... bila tgk barbie terus mengeletiss nak hihi

dia ada 2 pakej A dan B 

pikir punya pikir kitorang ambik pakej B sbb dah ada bnyk mknn kat situ kitorang just tambah 30 burger meal set extra utk mak bapak, dan tambah 2 extra box nugget untuk budak2 pastu tambah party pack... 

Total party pack aku beli 28 pcs ikut jumlah budak yg hadir kt majlis bella



 pakej B ni ada bnyk makanan so just tambah skit2 jer la





So total RM245 + nugget + 30 set + party pack jumlah yang aku kena bayar pada mc donalds adalah RM644 

once dah confirm bayar deposit 89 untuk 10 party packs, dia ada bg invitation card dan RM10 secret recipe voucher tp tak guna pun voucher tu sbb aku tmph jek kt tmpt lain

yang kitorang dpt :


15pcs ayam goreng
80 pcs nugget
30 burger
45 fries
45 carbonated drinks
3 pcs apple pies
28 pcs party packs
party accesories for kids
ballon deco for kids
3 games with prizes for kids


Cukup untuk 35 adult dan 28 kids

unlimited fun yg paling penting... aku rasa semua pun enjoyed the party so much i guess

tak penat mengemas rumah pun penting jugak bagi aku yang dasar pemalas ni kan..

 bkn pe kalau buat kt rumah aku confirm2 kul 2 pg pun tak tentu settle lg ni kul 3.30 baru kuar rumah sblm tu masih bergelimpang tido lg tak payah nak pikir preparation ke apa.. Pastu sblm maghrib dah blk rumah si kecik tu pun dah boleh rehat dan tido dgn aman 


Nnti bila gambar dah siap aku upload gambar 2 birthday bella k...


birthday invitation card (ikut tema)




contoh party packs with price each (ikut tema)




Preparation before majlis








Byee!! harap2 entry ni serba sikit membantu korang untuk membuat survey :)

Thursday, 6 December 2012

.: rindu saat itu ~ impulse spice :.

arini birthday aku... kejap je rasa dah tua.. tetiba rindu saat-saat zaman sekolah dulu hehe

 sapa ingat n pernah pakai perfume ni.... sila angkat keyboard... hehe






really miss that moment... sob sob!!

"tengok-tengok bangun pagi esok tetiba jadi sweet 17th... haa sudahhh tak ke naya...bella tak kenal mamanya.."

haha berangan tak sudah... ok larr byeee!!


Tuesday, 23 October 2012

.: penjimatan berganda :.



aku pakai jenama lain sume gatal-gatal mata aku...last-last pakai ni jer ok plak... mmg aku serasi ngan barang biasa-biasa je agaknya... hehee janji mata aku tak gatal sudah... 

mascara ni siap ada Collagen lagi tau, ingat kulit jer nak bercollagen rupanya bulu mata pun tak nak ketinggalan jugakkk

yang jenama lagi mahal-mahal tu tak tau la kan, confirm ok kot cuma aku jer la tak beli.... aku kan kede... :)





sekarang tengah sale menda alah ni until 30 oktober so aku rembat bebanyak... 
untung kot biasa harga RM60, skrg harga RM30 jer utk (60+12pcs FREE)
so RM30 / 72 pcs  = penjimatan berganda-ganda :) i likeeee

pakai washable lagi jimat berganda kan??? mmm tp tak suka sgt la (dasar pemalas nak basuh)




haaaa yang ni plak mmg penjimatan to the maxx.... 

bella tak sesuai pakai segala krim mak nenek aku beli seba med, buds, apa tah lagi sume tak ok.. tp sekali aku try letak bedak ni kat bontot dia terus ilang merah2 tu... 

mmmmm baguss betul jimat duit omak

jimat ke?? jimat kot sini kang boros kot lain pulak kan...
mmg dasar perempuan... :)

 


Wednesday, 17 October 2012

.: nyamuk punya pasal :.

apa saja la kan kisah nyamuk pun nak cerita, hehe bukan pe anak aku tu kulit nya extra sensitive pantang kena gigit nyamuk sikit kalau merah jer tak pe jugak ni tak, siap pakej ngan bengkak dah menanah dah mcm bisul kekdah nya setiap kali kena gigit nyamuk, aku pun naik pelik pakai kelambu dah pun tp still kena gigit jugak ntah dari mana dtg nya pun tak tau la...

hangin jer aku bila siang tengok ada je tanda gigit nyamuk tu pastu makan seminggu gak nak elok nak letak krim kang kat muka la, kat tangan la kang dia hisap plak dia tu sume benda nak masuk mulut skrg ni..

pakai ridsect bagai kang tak sesuai lak untuk baby ngan bau mcm tu kan

so solution nya ialah

*
*
*
*
*

tak pasal-pasal si bella bergelang tiap2 malam hihihihi comel je letak bracelet ni kat kaki yang paling penting it's workkssss tapi asyik nak kena beli benda ni jer la kalau murah tak pe gak heheheh... ada solution lain tak??? :(


patut la orang selalu kata :

 "kasihnya seorang ibu sehingga seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap ke tubuh anak kecilnya"

sekarang saya rasa... sob sob sob

haha hover tauuu mama ko ni bella :) 




Wednesday, 21 September 2011

.: wordless wednesday :.

arini aku cuti



The Smurfs...... besttttttt.... rugi sapa tak pegi tengokkk... 

sila pegi sekarangggg... :)  

daaaaaaaaaa!!

Wednesday, 14 September 2011

.:uji tahap ketulenan anda sebagai rakyat malaysia:.

image : ikhsan dr mr.google  
tengah baca-baca paper metro then i come across with this quiz... pastu tersenyum sorang-sorang...so nak share ngan korang semua
Jom Uji Tahap KETULENAN korang sebagai Rakyat Malaysia.... 

jawab soalan kat bawah ni - 1 markah untuk setiap jawapan "ya" dan 0 markah untuk jawapan "tidak"

  1. anda pernah campurkan minuman kopi dengan teh?
  2. anda pernah datang lewat ke Majlis?
  3. anda akhiri semua ayat anda dengan "LAH"?
  4. Pernahkah anda lapar dan teringin nasi lemak pukul 3 pagi?
  5. anda panggil seseorang dengan sapaan "BRO/BEB"?
  6. Bolehkah anda namakan jenis roti canai?
  7. anda percaya lebuh karak BERPUAKA?
  8. anda pernah menonton pelawanan bola sepak di restoran mamak?
  9. anda pernah minum "michael jackson"?
  10. anda pernah makan nasi goreng dengan sos cili/ tomato?
  11. anda tahu maksud "Lepak/Ngam/Gostan?
  12. Anda pernah memandu kereta buatan malaysia?
  13. anda berpandukan naluri sendiri berbanding tanda jalan semasa memandu?
  14. anda tahu bercakap beberapa perkataan dalam 3 bahasa?
  15. anda panggil pelayan restoran " bos"?

12-15 markah 
RAKYAT MALAYSIA TULEN

8-11 markah
RAKYAT MALAYSIA BIASA

4-7 markah
RAKYAT MALAYSIA SEDANG-SEDANG SAJA

0-3 markah
RAKYAT MALAYSIA 'CELUP'


which one is you?? aku RAKYAT MALAYSIA TULEN ..... :) 

and i'm proud to be MALAYSIAN.... wahhh gitewww... very the patriotik kan.... :)

Wednesday, 10 August 2011

.: benda yang aku paling malas nak buat :.





dalam kepala dok pikir kain yang bertimbun kat rumah.. bibik please..

Tuesday, 9 August 2011

.: matta fair di bulan puasa :.

korang rajin tak pegi matta fair?? aku ni rajin la jugak ngan hubby since kawen... nak kata beli pakej sangat tu tak la tapi matta fair awal tahun aritu ada gak terbeli pakej holiday..kat sini murah2 skit..

yg iye nyer suka2 tengok kalau de yg berkenan kitorang beli kalau tak sajer2 pegi je la....

yang malas nyer sebab orang ramai sangat nauzubillah.... kalau bawak anak2 kecik memang aku surrender la nak pegi kan... tp sebabkan kitorang dua org je boleh la pegi....

tapi kali ni matta fair di bulan puasa pulakkkkk.... ko mampu???? tak sanggup la pulak kan... walaupun aku de plan mcm nak cari holiday pakej.... mcm tak terdaya la pulak nak pegi bulan2 puasa ni kan.. sedangkan tak puasa pun mcm nak pengsan berhimpit di sinun.....






kali ni matta fair siap buat special hall lagi untuk newlyweds dengan special packages for honeymoon... sapa yg baru2 kawen tu leh la pegi cari honeymoon pakej..


 agaknya kali ni kurang org sikit kot sebab orang melayu tak ramai... yeke?
tah2 gigih gak pegi kan? 

tak de rezeki la nampaknya nak pegi matta fair kali ni... tahun depan la pulak kann....

Friday, 24 June 2011

.: apa trend baju raya 2011? :.

aku dah ganti puasa... so boleh cakap pasal raya dah.. aci tak? hihi

apa trend baju raya tahun ni ye?? aku dok tgk2 magazine pun rasa mcm fesyen sama je macam tahun lepas... caftan, kurung pahang, kurung moden... baju kurung tu biasa lar kan

tapi rasanya dah lama giler tak buat / beli kebaya... entah bila last aku pun tak ingat dah.. skrg pun dah jarang nampak orang pakai kebaya kan??

nampak old fashion ke apa yerk??
tetiba aku teringin plak nak buat kebaya...




dan sangat teringin nak buat kebaya lace... haha dah macam nak menikah dah.... tapi tengok gambar ni n tgk orang pakai cam cantik jer... memang la dah tengok pun orang2 yang cantik jer kan... haruslarr sume pun nampak cantik..... hehe...

iskkk... baju raya korang tahun ni agak2 fesyen macam mana yerk?? jom share :-)


Monday, 6 June 2011

.:coklat new zealand vs lollypop dulu-dulu:.


last week aku dapat coklat ni... boss baru balik dari new zealand.. so satu unit dapat coklat... thanks boss :-) sedapp...










tapi yang nak citer sebenarnyer pasal coklat lain...

sesedap mana pun still tak leh lawan kenangan tentang coklat & gula2 kita zaman kecik-kecik dulu walaupun tak sehebat coklat2 mahal ni....kannn




*


*


*


*


*


*

haaaa korang ingat tak lollypop ni???



 dah lama aku tak tgk.... tapi semalam pegi kenduri kawen kat batang benar (Negeri Sembilan) ada lollypop ni kat rumah pengantin tu...

aku terus soh hubby ambik banyak2 sampaikan makcik yang jaga lollypop ni terus ambik penutup bekas tu... tutup... sbb kitorang ambik bnyk.... HAHA

sorry la makcik... bukan pe ingat senang ke nak jumpa lollypop ni lagi.... tp yg ni pun dah di new version kan... kalau yg old version zaman2 kita dulu pembalut dia kertas... yg ni dah plastik pastu dah kecik sikit compared to yang dulu2.... rindu la kat dulu2 punya jajan...  chewing gum yg sederet 3 bijik dalam plastik tu...keropok magic ring, aiskrim durian dgn pembalut kertas...dulu2 tu... korang ingat tak??  :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...