Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, 5 March 2009

.:air asia oh air asia:.

ari selasa aritu aku sajer2 survey ticket flight air asia.. kan tgh murah skrg ni kebetulan lak bulan depan 1st anniversary aku so aku cdg nak pegi mana2 la.. tgk2 mmg time anniversary aku tu tmbg mmg murah
so aku pun dgn pantas mencapai telepon call hubby..
 
aku : aby... air asia tgh murah skrg ni jom kita pegi mana2
aby : ha ok gak pegi mana
aku : babe dah tgk dah jom pegi bulan dpn
aby : bulan dpn? aby susah nak cuti la
aku : takpe la... (ayat merajuk.. :( )
aby : tgk la dulu
aku dgn sedih nya tak nak tgk dah terus tutup website tu...petang call lagi tak puas hati.. :) dgn harapan leh pujuk hubby..hehehe
aku : aby rugi la tak pegi bukan senang nak dpt tambang murah mcm ni
jom la
aby : mmm dah agak dah.. mesti call balik jom la jom la!!
aku : aku sengih je!!! betul?? ok sayang aby (dgn hati kembang berbunga )
balik keje dalam kete
aby : tak leh pegi la babe aby tak leh nak cuti
aku : tak leh takpe la ... (sedih dan melupakan hasrat) konon la dalam hati tuhan je yg tau.. :( 


tp semalam tup2 dia lak yg call kazen dia yg keje kat air asia tnya nak booking flight kat mana selain online. skali kazen dia kata pegi giant nilai.. terus hubby ajak singgah giant nilai tp booking kat sini ada extra charge sikit tp tak kisah la dan inilah hasil nya setelah dgn jayanya memujuk hubby..
aku sajer pilih pegi kuching sbb tu je tmpt dalam malaysia yg aku tak penah pegi lagi lagipun ada uncle aby kat sana so senang sikit nak pegi jln2 dah ada kereta.. lagipun family aku cdg nak pegi sarawak ujung tahun ni konon2 nya aku ngan hubby tukang survey tmpt2 menarik la.. lagipun mmg murah compared to b4 tis yg aku pegi sabah tu 2 kali ganda.. tp aku pegi sabtu ahad je.. takpe la sian kat hubby susah nak cuti janji dia dpt bwk aku pegi pun dah cukup baik..

Wednesday, 4 March 2009

.:tag again:.

aku jawab tag kwn aku liea
bagus gak ko tag aku daripada takde entry nak updated dalam blog aku ni ...
1. Anda rasa anda hot? Hot ke??? my hubby je la kot rasa i'm hottzzz... hahaha  


2. Upload gambar kegemaran anda
  3. Kenapa anda suka gambar ini? bukan suker sbb aku cantik ke apa.. suker sunset tu.. and miss my curly hair... tp hubby tak berapa suka :(  

4. Bila kali terakhir makan pizza? last month makan dgn Didie kt alamanda... walaupun masa tu aku takde duit kwn nyer pasal kuturutkan jua... huahuahua  

5. Lagu terakhir yang anda dengar? dan sebenarnya by Yuna ....suka lagu tu sbb dia nyanyi mcm malas2 je lagipun baru download.. 

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini? sms ngan kwn aku...kak shida 

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa? - HASLINDAYATI jarang org panggil nama penuh aku nih.. - nama panggilan aku kat rumah, kwn2 sek lama dan sedara mara - ETI - anak sedara aku panggil - ACU - 2,3 org kawan kat opis panggil aku - YATT - sometimes ada yg panggil - LINDA tp lately aku suka lak diorang panggil aku YATT.. hehehe pendek senang nak sebut 

8. Tag lagi 6 orang : 1 - LIEYA 2- AIN 3 - SYA 4- KAK NAEMAH 5- ELLYSA 6- 

9. Sapa No 1 pd anda? PA en.Jagjit hahaha.. takde la dia bnyk tlg aku apa yg tak tau bab2 keje ni yela kitorang 2 org je PA kat sini..

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
mmm.. ada hubungan dgn tunang dia la ... hehehe baru je bertunang tu darah manis kata org tua..

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5
ellysa sorry la akak Tag ko plak... jgn mareee

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4? kawan opis aku satu bahagian tp lain2 unit dan lain2 floor... kan kak? :)

13. Siapakah orang nombor 2? Ain. antara adik aku yg banyak ckp kat opis ni.. tp baik hati ... :)  

14. Bagi pesanan pada orang nombor 6? org no 6 tak de so tak de la pesanan penaja dari aku ...

Monday, 2 March 2009

.:lemon:.

aku mmg dah lama nak pegi restoran kepunyaan david teo metrowealth ni tp oleh kerana keadaan kurang mengizinkan baru skrg dapat pegi tu pun sbb dah bukak kat The Mines kalau kat kajang tu Hubby malas sikit nak pegi sbb katanya kat area metro kajang tu jln jam..
 
so balik dari sungai buloh smlm aku terus ajak Hubby singgah The Mines kali pertama yg kitorang pegi The mines nak cari restoran ni kitorang tak jumpa sudah nya kitorang lepak kat Old Town je, Old town kat The Mines tak best langsung sbb dia self service tak mcm Old Town lain.. lagipun air dia pun rasa tak sama tah la bagi aku kat The Mines mmg tak best dan tak sedap..
 
berbalik kepada cerita restoran lemon ni aritu cadang nak pegi dgn die dan bf nyer zaki.. tp tak jadi, takpe la die aku pegi dulu nanti ko pegi je la ngan bf ko... aku ni kalau rasa nak makan tu aku boleh je pegi semata2 nak pegi mencari kedai lemon tu.. payah gak nak mencari kedai nyer siap call die lagi tnya location kedai tu sbb dia expert sikit jln2 the mines tu yela tu kan tmpt dia dating..

aku ni tak slalu pegi the mines.. sbb kedai tu dia tersorok sikit betul2 dkt sebelah tepi kedai toy city ni semua gara2 tgk melodi la ni slalu je citer david teoh dan artis2 buat pelancaran filem dan doa selamat kat restoran dia.. nampak mcm menarik je nak pegi.. nampak sgt aku ni cpt terpengaruh dgn media massa hahaha.. tp aku mmg pantang tgk kedai2 makan kat dlm tv harus aku ajak husband aku pegi try.. dah mcm org ngidam lak..:)



ni gambar dari bhg depan kedai aku suka decoration dlm kedai ni simple tp menarik colour dia pun kena dgn nama lemon tu.. kedai dia sempit sikit tp ttp selesa..

 



ni plak gmbr kat dalam kedai kat sini ada chinese food, malay food dgn thai food, tp western food pun ada gak sikit je la tak bnyk choices


 
aku ngan hubby tgh tengok2 menu apa yg nak di order so ni yg aku order.. dah nama pun owner nye cina so harus la aku order chinese food .. ni cantonese style fried koey teow.. sedapp tp mmg banyak sangat bg aku, penuh sepinggan besar tu harga dia RM7... 

dah mcm rancangan jln2 cari makan lak aku ni 

 
Hubby order penang fried koey teow.. boleh tahan la rasa dia hubby aku leh makan habis tu kira sedap la tu.. ni RM7 ringgit gak..

 
aku order fruit punch.. hubby order lemon coke.. kat sini sume air dia mesti letak lemon slice kat tepi gelas dia sbgai trade mark.. aku lupa nak order air lemon dia sbb tak silap aku farid kamil kata air lemon dia yg sedap.. 

tp air fruit punch tu pun sedap gak... air aku RM5 hubby RM4

 

muka aku setelah kekenyangan.. ha pinggan pun licin.. lain kali boleh la dtg sini lagi kita try menu lain plak..

.:melayan syaza:.


weekend ari tu aku mcm biasa aku pegi sungai buloh melawat kakak aku, dia dah boleh jalan dah tp still kena pakai braces lagi.. tp nampak dia dah sihat dah.. lega tgk dia sampai je terus melayan anak buah aku yg dah semakin aktif skrg ni aku dah naik penat melayan dia tak penat2 lagi.. nak main je skrg ni tido pun skjp2 je.. dia tau aku ngan hubby aku ada nak melayan dia.. kakak aku dah tak leh nak dukung2 dia tu yg bila kitorang dtg dia mcm excited semacam je... apa pun jom kita layan gmbr dia kat bawah ni..

 
ni gmbr masa mak aku nak bawak pegi mandi dia tak nak.. nak main je sampai aku kena ikut teman dia mandi duduk tgk dia mandi kat depan pintu bilik air baru nak mandi.. siap gelak2 lagi mandi slalu aku tak de mak aku kata mandi je nangis... 

 
sibuk membelek baju baru yg aku beli kat alamanda jumaat aritu.. dah tak sabar nak pakai la tu.. tgk tu siap check price lagi.. hehehe... esok nya terus pakai, aku bawak dia ngan mak abah aku pegi putrajaya pastu singgah umah aku kat Nilai alang2 mak abah dah sampai nilai bawak pegi Nilai 3 sampai je hujan lebat pegi berapa kedai je.. sian kat si kecik tu kena hujan tp dia elok je tak nangis sib baik aku kalau tak jenuh nak pujuk.. upah dia dgn beli patung mickey mouse... mak aku lak sibuk membeli segala tikar dan tilam gambar aku tak sempat ambik sibuk menjaga si kecik tu payah nak menangkap gambar..

 
gigi saper lagi putih?? gigi kita ke pakcu?
hubby aku sibuk melayan syaza lak.. dia cukup suka dgn hubby aku nampak je dari jauh dah sengih dah..

 
tu org nak keluar dia dah tak senang duduk dah nak ikut.. pantang dengar bunyi pintu laju je tgk.. kalau tak nak bawak dia mmg kena keluar senyap2 kalau tak jawabnya menangis la...
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...