Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, 22 October 2010

.: mengimbau kenangan dulu - 1 :.

lately kitorang asyik teringat zaman2 kecik2 dulu2 pastu abes bantai tergelak sume org teringat dulu2....buat name kad la.. autograf la... buku lagu la.... aku pun takde2 keje search punya search jumpa la bnyk blog pasal zaman 80-an ni....mmg teringat abes la zaman dulu2...hahahha

antaranya:-

*
*
*
*
*

Aku memang suka mengimbau kenangan. Mengingat balik apa yang berlaku dulu-dulu sememangnya salah satu kesukaan aku. Mengabadikan segala kenangan itu di blog ini juga adalah kesukaan aku. Oleh kerana itu ada beberapa entri telah aku abadikan disini khas untuk membawa balik kenangan-kenangan menarik yang berlalu pergi tu. Terkadang tanpa sedar dah banyak perkara-perkara yang pernah kita jumpa dulu-dulu iaini zaman kita kecik-kecik dah sukar dilihat sekarang ni. Hari ni aku nak imbau tentang makanan ringan atau senang disebut jajan masa kat kampung dulu. Kalau kakak pergi sekolah ke mesti aku pesan suruh bawa balik jajan takpun kalau ikut mak pegi kedai, ada sahaja yang nak dibelinya. Antara benda-benda yang popular dan aku suka beli waktu tu ialah…

 
 Kuaci Bunga Matahari
Ini bukan kuaci gurih macam sekarang nih. Plastik dia warna putih dan tulisa dan gambar kat kuaci tu warna hijau. Dalam plastik kuaci ni pun ada macam tikam-tikam. Kalau ada note 20 sen tu maka bolehlaa kita pegi claim ngan tuan kedai. Ada gaklaa yang dapat seringgit. Tapi selalu yang aku dapat “terima kasih” jee.. tak kisahlaa, benda tu sampingan jee.



Buble Gum

Ada macam-macam buble gum tak silap aku tapi yang selalu aku makan yang bentuk segiempat dalam bungkusan warna-warni pastu boleh patah 3 dan pada kulit bungkusan tu ada gambar-gambar kartun yang boleh dilekapkan pada tangan macam tatoo. Lagi satu ada yang letak dalam plastik gula getahnya bulat-bulat. Tiga biji tak silap aku dan berlainan warna. Selain tu ada yang berbentuk rokok dan juga yang berperisa buah-buahan macam kat gambar atas tuh.







Ding Dang

Sebelum kenal doraemon aku kenal ding dang dulu. Rupanya yang kat kotak dingdang tu doraemon.  Dalam kotak ding dang ni selalunya ada mainan tapi kalau dulu-dulu tiap-tiap bulan ada update kat tv apa hadiah bulan tu. Masa tengok cerita kartun petang-petang tu.. mesti ada iklan ding dang. Makanan dia coklat bulat-bulat. Bukan makan sangat pun kadang. Sekarang masih wujud dan harganya 70 sen. Budak-budak sekarang pun tak berapa pandang dah aku tengok.




Coklat Kiddies

Aku tak panggil coklat kiddies sebenarnya. Kalau dulu aku panggil coklat kandos. Selalu suruh mak aku beli kalau pegi kedai. Aku ada jugak survey-survey kat kedai sekarang dan aku tengok masih ada lagi tapi macam kecik pulak saiznya. Rasanya dulu aku makan cam besar je.. . Kalau makan coklat ni suka aku patah-patahkan biarkan tinggal segiempat yang bertulisan kandos tu jee.. heh!




 Mamee

Aku tau mamee ni wujud sampai sekarang dan aku masih suka makan pun cuma popularitinya tak macam dululaa aku rasa. Sekarang aku tengok mamee tu macam sikit jee tak macam dulu-dulu. Lagi satu aku suka pegi mamee harga 10 sen yang hancur tu.. rasanya macam dah takde lagi kot. Ada sape -sape pernah jumpa?





Tora

“Tora datang lagi dengan…” Haha tiap-tiap petang adalaa muka mat sentol dalam iklan tora dan sewaktu dengannya. Tapi iklan dia melampau-lampau kadang. Bila dah beli.. takdelaa sehebat dalam iklan pun mainannya. Harga Tora dulu RM 1. Hadiah dia biasanya best sikit dari ding dang sebab kotaknya besar sikit.




 Nini dan Choki-Choki
Nini makanan biskut yang datang sekali dengan pencecah.  Ada perisa coklat dan kacang. Satu lagi coklat choki-choki.. makan gitu saja boleh atau nak letakkan kat roti pun ok. Kedua-dua benda ni masih ada sampai sekarang tetapi cukup popular masa awal-awal kemunculannya dulu. Semua pengaruh dari iklan petang-petang tulaa..




 
Sagun @ sagu Kelapa
Aku tak tahulaa orang lain panggil apa. Yang aku ingat aku panggil benda ni sagun. Biasanya diletakkan dalam plastik orang buat aiskerim tuh. Masa makan benda ni takleh bercakap. Sebabnya silap-silap bersepai muka orang depan kita. Gangster sekolah pun makan sagun zaman dulu-dulu.. haha



 
 Air Pop @ Air Budak
Sesiapa yang melalui zaman 80-an dan 90-an memang ingat air nih. Air ni kat dalam tiub plastik dan Ada pelbagai warna . Kalau keras kita boleh patah dua dan share ngan member . Aku suka beli yang tak berapa keras. Taknak share punya pasal laa ni.. hehe… Kat tempat aku kitaorang panggil air budak ataupun air pop disebabkan kan kotaknya ada tulis ‘pop’. Kat tempat korang panggil apa?? heh!

 Chickerdis
Chickerdis atau cikerdis sebenarnya dah wujud dulu lagi kemudian setelah lama menghilang ditrampilkan semula sekarang. Dulu apa-apa keropok dalam plastik semua aku panggil cikerdis. Pek dulu ngan sekarang sama jugak warna hijau. Cuma sekarang aku dah tak berapa suka makan macam dulu-dulu.

Gula hantu, gula magik dan sweet sour
Aku ingat sangat 3 jenis gula yang popular betul masa aku sekolah agama dulu-dulu. Gula hantu tu yang jenis boleh ubah lidah dan mulut jadi biru, hijau dan merah. Dah macam hapa dah kalau lepas makan. Tak senonoh betul! Gula magic pulak yang meletup-letup dalam mulut.. Rasa ajaib sangat laa tu.. manakala yang sweet sour tu gula yang rasa masam yang amat masa awal makan pastu akan beransur jadi manis bila dah lama dihisap. Pendek kata ada jee gula-gula yang bukan-bukan keluar mesti popular zaman tuh.. haha..
Letih aku nak senaraikan lagi.. cukuplaa 11 kat dalam senarai nih.. korang boleh tambah lagi kalau mahu yang mana mungkin aku ada terlupa nak sebut. Ketika nak membuat entri nih aku sendiri cuba cari jajan-jajan ni kat kedai. Ada yang masih ada lagi tetapi harga dah naik sikit. Apapun ‘feel’nya  tak sama cam dulu..





Wednesday, 6 October 2010

.: Taman Negara :.

trip ni tak dirancang sbnrnya... tetiba je my besties tu ajak nak tak join diorang pegi national park ni... sbb diorang nak survey tmpt tu before bawak satu group ke sini next year... aku pun tak de wat pe last week setuju je larrr... lagi pun 2 days 1 nite trip je...walaupun aku tak berapa minat adventure2 trip ni tp ok je la kan.. hehehe lagipun hubby sangat excited nak pegi :-)
 
ni masa baru2 sampai pegi isi perut jap.... kitorang makan kat resort tu je... ambik buffet dia sbb tak plan nak kuar lagi panas sangat time tu maybe sbb kat tepi sungai kot.... petang tu after driver sume tak a nap kitorang ajak kuar rupanya jetty dkt sangat ngan resort yg kitorang stay ni
* *
presenting the resort ... :-)
 
and the room....
 
posing2 kat jetty
 

nak pegi setiap floating restaurant ni kena meniti kat titi ni... 
 

sibuk tgk org menjala ikan...

ni pandangan dari atas floating restaurant yg berderet2 kat tepi sungai tu....
budak2 tu bising nak naik boat sangat sudahnya kitorang mintak budak boat tu bawak kitorang ronda2 je kat area2 tu janji dpt naik boat....
 

malam tu kitorang ambik pakej nite safari sorang RM45 sbb bawak budak tak leh nak pegi yg adventure2 sangat... tp tu pun ngeri je masuk utan kelapa sawit tu mlm2 2 jam....dah la gelap gelita ada gak la nmpk binatang2 dalam tu... ok larr

the next day baru masuk dalam taman negara ni... kitorang pegi mandi je kat lubuk simpun kat dalam tu jalan kaki lebih kurang 800 meter...

penat giler ngan bawak budak 2 org tu lagi akhirnya sampai gak.. air kat sini sejuk giler sampai ke tulang.. besttt... sapa2 yg suka percutian yg adventure tu leh la dtg sini... aku ok je but aku prefer beach ngan island lagi compared to trip mcm ni.. hehehe but really enjoyed the experience plus with besties lagi buatkan jadi best larr... :-)

Friday, 24 September 2010

.: siap gak akhirnya :.

kain yg aku tempah kat tailor dari bulan Mac aritu akhirnya siap jugak menjadi 3 pasang baju akhirnya... ppheewww..first time tmph baju terpaksa menunggu sampai setengah thn baru siap...walaupun agak bengang ngan makcik tu sbb setiap kali aku pg tak siap lagi... tp sbbkan dia buat baju tu sedap aku lupakan la kebengangan aku... konon2 je lepas ni tak nak buat dah kat dia tp buat gak nanti tgk larrr..
jom tgk skit baju2 aku tu...
*
*
    1. baju ni aku beli kat pasar payang masa pegi pulau redang tahun lepas.. dah setahun lebih baru leh pakai...:-(
2. baju ni MIL belikan kain kat Gulatis aritu...:-)

 
3. yang ni plak beli kat opis.. 


dan tghari tadi pegi alamanda... AUSSINO de sale la plak.. smpt la grab 3 bedsheet ni... murah weiiii.. pegi larrr sale sampai ahad ni kot.. kalau tak silap


tak sabar nak pakai mlm ni... aaaauuuuwwww..:-)

Wednesday, 1 September 2010

.:sehari yg memenatkan:.

cuti merdeka smlm kitorang pagi2 buta dah keluar pegi beli keperluan raya.. sbb tak nak jalan jam, tu pun sampai KL dah agak bnyk dah kete.. pusing2 cari kasut pastu gerak pegi PKNS cari baju raya plak.. 
  masa ni tengah tunggu hubby gunting rambut kat X-cut.. kat PKNS rasa cm nak nanges cari baju tak jumpa yg berkenan di hati..aku berkenan kat baju kaftan tu dah try dah customer kat situ pun ckp cntik aku pakai... tp pikir2 balik aku nak beraya kat kg jer kowt cm tak kena la plak nak bermeriah-meriahan di kg tu... lain la beraya kat KL tak pe la gak... tp kaftan tu mmg cntik giler terbayang2 plak.. finally grab baju kat kedai jual kaftan tu jugak... tema grey kitorang dah bertukar menjadi peach disebabkan tak jumpa baju grey yg menarik hati.... kat PKNS beli baju aku je baju melayu hubby ckp dia nak beli kat Jln TAR kat PKNS mahal sgt padahal material sama je ngan kat Jln TAR... so gerak la ke jalan TAR plak... kitorang plan nak berbuka kat INSAF.. tmpt wajib kitorang bila ke jln TAR... baru kul 3 reservation dah full dah... hubby ckp kita minum je nanti pastu baru pegi balik makan kat INSAF kitorang pun pegi sogo dulu, mission nak cari hand bag mak tak jumpa2 dari aritu akhirnya jumpa gak hbag Carlo Rino kat sogo harga pun berpatutan terus grab ..baju abah pun dah beli..baru la lega sementara nak tunggu berbuka kitorang lepak kat food court kat atas sogo tu...finally beli baju melayu hubby kat Sogo kbtln ada color matching ngan baju peach aku....ambik terus... kalau org tgk kitorang mesti rasa cm "bagus nya diorang berbuka ngan air dan 3 bijik kuih je"... org lain nasi bertimbun2 dalam pinggan...hahaha tak tau kitorang menyimpan perut utk makan beriyani kat INSAF... sampai sana org dah penuh beratur kat luar tunggu turn.. sib baik cpt je dpt tmpt... makanan sampai. apa lagi melantak tak hinggat dunia... aku suka air mango dia, rasa mcm dia letak sebijik mango yg besar giler dalam cawan aku tu.... sedapp mmm... alhamdullilah.. siap bungkus bawak balik 1...lepas berbuka ke Ariani plak mencari tudung, smpt jugak singgah di kedai sblm sampai ke Ariani membeli baju utk aku lagi sehelai... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...