kat sini susah nak cari ikan rebus fresh2 biasa kalau kat perak bersepah orang jual kat pasar, aritu pegi giant ada la tp tak fresh .... ni kebetulan jalan-jalan kat Aeon big alamanda tgk ada plak ikan rebus ni nmpk fresh plak tu
3 ekor 3.15 kot... ok la kan teringin nya pasal beli jer... balik rumah tu plak teringat tak de limau kasturi, tak de cili padi, gigih plak la mengajak hubby pegi kedai semata2 nak memuaskan tekak yang teringin ya hamat ni..... balik kedai zassss zasss terus masak,
nasi goreng tu nasi goreng biasa jer, letak cili padi, letak belacan skit letak kangkung... siap
goreng ikan rebus ngan bawang besar dan cili padi skali letak dalam pinggan, letak timun perah limau kasturi kat ikan rebus goreng tu...
perghh mmg terangkat okehhhh sapa tak penah mkn sila cuba
kat
area2 perak, ipoh tu mmg food court n kedai-kedai makan dia rata-rata
jual nasi goreng ikan rebus ni tp kat sini mmg tak jumpa, tu sbb la
bila teringin terpaksa buat sendiri :)
tengok balik gambar ni mesti mcm teringin jer nak buat lagi...tapi hubby tak minat aku makan ngan bella jer pun bolehhh :) nommm nommm
No comments:
Post a Comment