Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, 31 October 2011

.: entry khas : macam mana aku boleh pregnant :.



kelakar nyer tajuk entry...hihii

seperti yang dijanjikan kat korang semua, 

aku hutang entry macam mana aku boleh pregnant kan??





kalau sapa-sapa yang memang biasa baca blog aku dan mengikuti perkembangan aku dia mesti tau apa masalah aku lambat pregnant dan mesti tau yang aku pernah pegi check up kat Klinik Dr Hamid Arshat

bila aku pregnant ramai yang ingat aku dah buat operation seperti yang di sarankan oleh Prof kat entry ni

dan seperti yang korang tau, dan baca jugak aku sblm ni memang la nak buat operation tu, tapi dengan mak abah aku tak berapa nak restu lagi, dengan aku pikir macam-macam lagi, takut la apa la, dan akhirnya aku buat keputusan tak buat operation tu.... 

sebab aku rasa kalau aku teruskan buat operation tu, andai kata aku still tak pregnant jugak lepas tu.... aku pasti aku akan rasa lebih kecewa, lebih sedih, dan lebih tertekan dari keadaan sedia ada yang memang dah cukup tertekan bagi aku & hubby 

kalau ikutkan memang hujung bulan 9 aritu aku akan buat operation tu, tapi bila aku tak ready nak buat, hubby pun tak nak paksa... so aku decide untuk pegi berurut secara traditional... 
masa raya haritu aku pegi berurut kat ipoh, perak tp mungkin bukan rezeki kami.. aku tetap tak pregnant

last month entah mcm mana aku keluar dengan room mate aku masa bujang... sembang punya sembang dia cerita member2 kat opis dia ramai yang pegi urut ngan sorang makcik ni lepas tu pregnant.... aku apa lagi terus mintak no phone makcik ni kat dia

so dalam minggu tu jugak aku call makcik tu dan buat appointment nak pegi berurut ngan dia...aku pegi after period 3 hari berturut2 

dannnnn

*


*


*


alhamdullilah 


sekali pegi aku terus pregnant.... syukur sangat-sangat.... mudah-mudahan semuanya selamat...

aku harap korang semua doa-doakan aku selamat k...

untuk yang nak cuba berurut ngan mak cik tu aku letak nombor phone dia kat sini k... 

Mak Yong - 0124819795
Kuarters Precint 16, Putrajaya

benda baik harus dikongsi bersama kan... :)  cuba la, mana tau mungkin ada rezeki korang jugakk.... insyallah....

kita sama-sama berdoa, aku faham perasaan korang... sangattt sangattttt..!!!



Monday, 24 October 2011

.: alhamdullilah..finally i'm pregnant :.

yeahh finally after three years n a half...





syukur padamu Ya Allah....


doakan kami baik-baik sahaja ye... Insyallah :)

Monday, 17 October 2011

.: makan-makan kecil-kecilan di rumah saya :.

ni entry cerita jamuan makan-makan secara kecil-kecilan di rumah aku last month.. jamuan makan ni jamuan kunjung balas namanya, sbb sebelum ni diorang semua dah jemput aku makan-makan kat rumah diorang..

buat jamuan pun dah abes raya dah... tak sempat nak kejar dalam bulan syawal tu... kejap sangat rasanya masa berlalu... 

entry ni pun sangat lambat baru keluar disebabkan menunggu gambar-gambar di upload oleh  tetamu-tetamu yang hadir...
punya la busy kononnya larr sampai tak sempat nak tangkap sekeping gambar pun... lupa pun sama ngan mengeluarkan si D90 bulky aku tu...

jom layan gambar

*

*

*

*

*

gambar ni semua dicilok dari blog ellysa & kak sheema zahar
siap ada watermark masing-masing lagi haaaa... hihihi





Menu utama - Nasi Arab yang ni aku beli jer... belum belajar buat lagi :)





 air laici, sunquick dan tea tarik


lemang (beli)
Rendang Cili Padi Daging  + Masak Lemak Cili Padi (Paksa MIL Buat.. hihi)

 


puding caramel yang terover hangus... tp rasa naseb baik tak pahit..
kira halal la ye korang... janji sedap kannnn .. HAHA







Lieya Latif, Ellysa, Kak Sheema dan Kak aida adalah antara tetamu-tetamu yang hadir, semua gambar anak2 jer... kaum-kaum ibu dah tak nak bergambar dah...






Last sekali gambar tuan rumah bergambar dengan anak bujang si Lieya Latif
geram betul tgk budak si rambut spikey ni... 

sorry la sbb tak jemput member opis yang lain-lain... next time aku buat open house secara besar-besaran aku jemput korang k....;-)


Wednesday, 12 October 2011

.: makan-makan @ sabye-sabye :.

entry aku asyik-asyik citer pasal aku jer kan... kali citer pasal hubby plak..hihi

last week hubby ada makan-makan kat satu restoran thai area opis dia..aku tak ikut la dia balik-balik dari opis terus pegi






 actually diorang makan-makan ni di belanja oleh one of the staff kat situ yang baru kawen...

kira dia buat makan besar la utk staff opis kat Restoran Sabye-Sabye ni... restoran ni restoran ala-ala thai aku pun tak penah makan lagi kat sini, tp hubby selalu la.. sebab dekat ngan opis dia kan, 

dia cakap sedap jugak makan kat sini..













tengok gambar nampak cam menarik jugak.... habes licin dikerjakan diorang





ni la dia The NewlyWed a.k.a 'pengsponsor' makan pada hari itu






bergambar beramai-ramai...

TQ belanja hubby makan... mudah-mudahan murah rezeki pengantin baru...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...