Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label breasfeeding journey. Show all posts
Showing posts with label breasfeeding journey. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

.: saya tak jual shaklee :.


tapi aku nak share experience selepas lebih kurang seminggu makan pil shaklee ni

almaklumla aku ni fully breastfeed tapi susu selalu je kurang bila kurang mula la risau bila risau mula la stress lagi la susu makin merudum... 

aritu pernah susu drop giler masa bella 4 months aku cuba try pil asi... mula2 memang ok tp aku tengok susu jadi cair mcm air jer n aku rasa susu tu mmg tak rasa apa,

senang citer  banyak tp tak berkualiti kesian kat anak aku minum susu yang tak rasa susu...
so aku stop pil asi tu, dan mengigihkan diri la mengepam kat rumah sambil susukan bella sebelah, sebelah lagi mengepam...skrg bila masuk 6 months stgh lagi sekali susu aku merudum
nak kata aku tak mengepam, aku pump sampai tgh malam buta pun mengepam jugak 

tp aku penah baca artikel dari kellymom pasal growth spurts dan aku rasa benda tu terjadi kat diri aku...

When do babies have growth spurts?

Common times for growth spurts are during the first few days at home and around 7-10 days, 2-3 weeks, 4-6 weeks, 3 months, 4 months, 6 months and 9 months (more or less). Babies don’t read calendars, however, so your baby may do things differently.

Growth spurts don’t stop after the first year – most moms notice growth spurts every few months during the toddler years and periodically thereafter on through the teenage years.



pic : google

pikir punya pikir aku pun beli jugak shaklee ni  demi kebaikan aku dan juga bella
 

 pic : google

tapi ambil yang trial pack jer dulu nak tengok mcm mana, aku rasa memang getting better la nak kata bertambah 10-20oz mcm org lain tu tak la tp tambah la jugak dalam 3-5oz tu pun dah syukur dah bagi aku... 

selepas hari ke 3 aku try, susu aku rasa melekit giler, so aku try rasa memang maniss susu aku jadinya patut la bella nak mengempeng je sedap la kata... hehe

bella pun tak asyik jaga malam sangat sbb lapar mcm selalu..

 smlm sebelum tidur siap tak nak dah susu aku sbbkan kenyang sangat... for the 1st time anak aku tido tak mengempeng.. aku bagi dia tolak, tapi senyum, aku tepuk-tepuk tidur terus.. hehe alhamdullilah





kalau ada rezeki lebih nak beli skali ESP ni.. 

bukan saja untuk tambah susu badan tapi untuk diri aku jugak sekarang pun tak rasa badan lesu sangat mcm selalu

okeh abes dah citer.... 

macam yang aku kata "saya tak jual shaklee ye" :)

 tapi kalau nak beli boleh order ngan my bff ni...sarah

Tuesday, 30 October 2012

.: production susu makin merudum :.


aku pun tak sure kenapa, dulu masa dalam pantang kemain meriah susu aku, tapi masa tu pemalas nak pump tu la sekarang menanggung la anak baru nak masuk 5 bulan production dah semakin kurang 

masa nak naik keje tu sempat la buat stok dalam 50-60oz tapi sehari tarik satu, tarik dua, dari atas then tak ganti balik sudahnya last week MIL call aku masa tengah keje

"susu Bella dah abes tinggal yang kat atas je" 

aku dah cuak dah sbb aku tau yang kat atas tu la stok terakhir yang ada terus stress tak tentu hala... akibatnya sampai skrg dok stress pikir susu kurang... hubby ckp jangan pikir sangat.....mcm mana tak pikir??? kang kurus pulak anak aku tu haaa... yang menyusu kan aku bukan dia... mmg la dia tak pikir sangat walaupun hakikatnya dia pikir la kot kan hehe

aku ni makan sume benda aku makan horlicks la, susu la, lobak putih, longan kering, red dates tapi still tak jalan jugak... 

so arini buat keputusan nak try Pil Asi ni kat Anjung tadi 300biji = RM14



tak tau la mcm mana hasil nya nanti, kalau ok aku share kat sini nak beli shaklee tu mahal sangat, tak pe kita try ni dulu tengok mcm mana



ni gambar stok masa dalam pantang dulu, dalam ni penuh ngan susu masa tu...sekarang nak dapat mcm ni balik punya la susah

"Ya Allah ya tuhanku kau permudahkan la urusan ku untuk menyusukan anakku"

amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...