Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday 27 December 2012

.: makan-makan @ fullhouse setia city mall:.


ni last week  punya cerita

 gigih mengajak papa pegi setia city mall nun jauh sampai nak ke Meru klang sana... tulis alamat kat shah alam aku yg buta GPS buta IT buta segala ni mana la tau.. yg aku tau print maps so that my dear GPS (hubby) tu yang bawakkan :)


sajer lar nak merasa menjejak kaki ke brand new mall kan.... not bad la tp memandangkan udah ada anak agak payah nak merayap dan mengukur serata pelusuk mall kita jalan ala carte jer la... 

pusing-pusing je grab jugak la baju cik sharifah tu selai kat H&M 

tu pun besar skit haha gedik nak beli gak kan... tak pe budak cpt jer besar (ayat menyedapkan hati)

kedai makan tak banyak sangat choice nya

mula-mula nak makan kat nandos (hubby fav place) tp susunan meja yang tak berapa nak membolehkan aku nak NIP terpaksa la membatalkan niat.. demimu anak...

finally kitorang makan kat fullhouse pes time makan sini, jakun kekdahnya org dah berjuta kali aku baru nak pegi hehe...




aku order ni, dory fish fillet... boleh la not bad 

papa order beef carbonara spagethi sedap gak




air ni sedappp sangat... vanilla stoberi 

 


kembang sa-taman anak ai... meriah bunga atas kepala :)







 


ni gambar dalam keta masa otw... cik sharifah ni tak mau tido baring nak tidur cam ni atas bahu mama... so layankan jer la 




gambar-gambar masa nak makan, punya la mama susah payah cari tempat senang nak NIP  dia plak bantai tak nak menyusu sbb sibuk nak main n tengok2 orang









buku menu tu jadi mangsa keadaan nyaris tak koyak dibuat si anak dara ni.... apa2 jer la janji tak meragam pun dah seribu rahmat dah :) 

sekarang nak JJCM mcm dah terbatas lar skit dengan si kecik ni

so tak banyak entry makan-makan... nanti dia dah besar skit kita sambung balik hobby tu ye anak :)




Wednesday 26 December 2012

.: kerana demam :.


 "shayer demam... selsema".. :( 




kerana demam

 "mama shayer terpaksa EL hari isnin aritu, mama kata mama tak sampai hati nak pegi keje sbb masa mama bangun susukan shayer kul 4 pagi tu,  badan shayer panas dan shayer merengek-rengek"



 kerana demam

"shayer dah kurang selera makan.... walaupun muka shayer ceria jer tapi shayer makan skit jer"

 "slalu shayer makan banyak sangat, tak sempat mama nak suap shayer dah tarik2 tangan mama dah...tak sabar nak lagi.... "




kerana demam 

"shayer banyak minum air (which is good for me.. mama kata) sebab shayer tak lalu makan... walaupun mama shayer masak sedap sangattt" :)

*

*

*

*

*

dan kerana demam juga....




"saya dah hisap puting"!!!!

"sebab shayer asyik merengek je nak melekap dengan mama, mama tak boleh nak buat keje langsung jadi mama bagi shayer puting ni..."

"mama kata demam tu jahat... shayer tak nak demam dah sian mama tak tidur malam kena jaga shayer":(


"doakan Bella sihat-sihat slalu tau :) time kasih semua" :)

Thursday 20 December 2012

.: check-up @ 6 months :.


check-up smlm punya cerita....

kesian anak aku tak pasal-pasal dapat hadiah idung bergaris kena cakar kat klinik semalam.. masa kat klinik tak perasan pun kata idung dia kena cakar ingat dia main-main ok je ngan budak tu...dalam kereta baru perasan yang dia kena cakar, patut la dia ada nanges sekejap aku ingat kenapa...

nak kata apa pun tak guna benda dah jadi, sian dia merah idung, tp bella ni pun leh tahan jugak pg tarik n cengkam muka budak tu plak tp budak tu ok jer kot dah besar (setahun lebih) bella kecik lagi, mebi kuku budak tu panjang kot anak aku yang kalah.... 

lepas ni kita pi belajar taekwondo ye bella, nanti org buat bella, bella belasah dia :(



 my poor little gurl

 ni gmbr aku snap smlm lepas balik dari klinik...



ni plak gambar pagi tadi, yang garisan merah tu dah tak de tinggal luka kecik kena cakar tu je .... kesian betul anak aku

tak pe la bella, belajar rasa sakit mcm mana...biasa lar tu budak nak besar kan mcm-mcm lar...


oooo smlm cucuk n timbang

berat : 6.1 kg (berat masa lahir 2.45)
panjang :62cm (panjang masa lahir 49cm)


Wednesday 19 December 2012

.: Wordless Wednesday :.


our little 'B' turn 6 mo today!!!






Bella @ 6 months old




ni gambar malam tadi... 

"tolong mama buli shayerr"!!! "mama letak swimming google papa atas kepala shayer" 

hehe :)



ni gambar pagi tadi, masa nak antar pegi rumah baby sitter
tengok dia mcm ni rasa tak sanggup nak pegi keje hehe tp nak buat mcm mana kan kena keje jugak...

petang ni pegi check-up... harap2 tak demam la kena cucuk
eh terpanjang plak.. kata WW...belasah lar... hehe :)



**bila tgk balik entry ni tetiba rasa Bella lebih kurang baby kat atas tu.... matilarrr mak ko perasan yg anak nya mcm omputih.... fengsannn!!! :)

Wednesday 12 December 2012

Tuesday 11 December 2012

.: her 1st solid food:.

adoiii mama dah langgar pantang dah.. bella baru 5month 3 weeks dah bagi makan.. haha belasah lar

puncanya yang bagi makan tu adalah dengan alasan:

1.  lately dia asyik jaga kerap tengah malam pastu tak cukup menyusu sebelah jer mesti nak dua-dua belah kadang2 tu pun tak puas jugak... kesian tengok dia

2. apatah lagi bila tengok dia menjerit2 nak tarik cawan dari tangan kitorang n nanges2 tengok orang makan

3. dia sepatutnya makan this week tapi this week aku nak pergi kursus plak

4. dia dah memenuhi ciri-ciri ini:

Signs that indicate baby is developmentally ready for solids include:


  • Baby can sit up well without support.
  • Baby has lost the tongue-thrust reflex and does not automatically push solids out of his mouth with his tongue.
  • Baby is ready and willing to chew.
  • Baby is developing a “pincer” grasp, where he picks up food or other objects between thumb and forefinger. Using the fingers and scraping the food into the palm of the hand (palmar grasp) does not substitute for pincer grasp development.
  • Baby is eager to participate in mealtime and may try to grab food and put it in his mouth.


 pikir punya pikir aku pun decide bagi la dia makan weekend aritu, lagipun Dr helena yang doktor pun bagi baby dia makan awal kan haha...

well...mama with full of excuses 

cakap jer la yang mama mmg tak sabar nak bagi anak makan.. kuikui

so her 1st solid food is

*

*

*

*

*

*



papaya puree

memandangkan dia sblm tu beberapa hari tak poo poo... 
lepas mkn ni esoknya terus poo poo dengan banyak sekali hehe




sibuk menarik tangan mama tak sabar nak lagi.. :)


syok jugak puree memuree ni.. tak sabar nak buat next puree plak 


Thursday 6 December 2012

.: rindu saat itu ~ impulse spice :.

arini birthday aku... kejap je rasa dah tua.. tetiba rindu saat-saat zaman sekolah dulu hehe

 sapa ingat n pernah pakai perfume ni.... sila angkat keyboard... hehe






really miss that moment... sob sob!!

"tengok-tengok bangun pagi esok tetiba jadi sweet 17th... haa sudahhh tak ke naya...bella tak kenal mamanya.."

haha berangan tak sudah... ok larr byeee!!


Wednesday 5 December 2012

.: wordless wednesday :.







dah mcm boy dah... :)


free postage ya!! huhu

Tuesday 4 December 2012

.: persediaan solid food :.

bella dah nak masuk 6 months dah lagi few weeks jer, bella pun excited dah.. siap jerit-jerit nak ambik air dari tangan orang... n nanges-nanges tengok orang makan tak bagi dia.. kesian sangat 

 last week kenduri plak, mmg mama dia mengawal ketat la bella 24/7 abes semua org nak sumbat anak aku makan... gilerrrr... uisshhh cabaran jugak rupanya nak bagi anak makan ni ingatkan nak bagi susu badan jer mencabar, rupanya nak bagi anak makanan berkhasiat pun orang dok paksa bagi makanan kurang sihat... sume pesan " nanti bagi nestum tau, bagi biskut farleys tu" aku iyekan ajer... tak nak melawan orang tua..

  aku dah prepared la serba sikit barang-barang untuk dia start makan tak de la apa sangat pun skit-skit jer

jom tgk :)

*

*

*

*


1. Seat

 

 :) oooo wishlist aritu dah di grab menjadi kenyataan hehe...padahal bella tak leh duduk lagi pun sajer gedik nak beli gak kan...sbb murah dari harga biasa aku tgk.. beli kat peekaboo baby shop RM159.90 jer
 
 takpe leh pakai sampai 4 years benda alah ni :) kalau tak pun leh turun termurun kat adik dia nanti or jual preloved ngeh ngeh..


2. Rice Cooker




pegi jusco nak beli hadiah kawen member akhirnya terjebak beli benda ni sbb tengok kat page FB solid food pasal rice cooker ni... ok lar kot boleh steam buah skali dalam ni... 

yg iye nya aku malas nak kacau dapur MIL senang leh steam n masak bubur dalam ni skali nanti... lagipun kalau masak pakai dapur gas confirm hangit hehe manjang lupa jer aku ni

philips avent nyer steamer tu tak jadi beli laaa mahal sgt... sob sob yang ni baru RM169.90 kat JJ


3. tray
 

yang ni org dok beli kat giant, aku pegi giant cari tak jumpa last2 beli ni kat kedai ala2 daiso kat alamanda.. mahalllll 2 tu RM6.90

4. sippy cup


 yang ni beli lama dah kat Sogo sbb ada sale if tak 39.90 aku beli RM20 jer ambik warna pink utk si anak dara

5. feeding set


yang ni beli on9 skali ngan fisher price booster seat di atas sbb nak dptkan free postage if barang lebih RM180 :)


6. Dispensing Spoon



yang ni beli konon senang lar if jalan2 nanti leh letak food dalam tu tekan jer so takyah mengangkut segala pinggan n mangkuk :) beli ni RM28 ++ kat fabulousmom


7. snack cups & lids


 yang ni plak tak tau lagi nak letak apa... beli sbb geram warna warni tu... boleh?? RM12.90 kat parkson

 8. CookBook


ni yang paling penting.... cookbook..senang nak tgk resepi RM20.00 harga buku tp aku download jer :)

so far cuma blender jer tak beli lagi minggu ni baru nak beli blender yang ada kat rumah tu semua dah pakai blender cili...


"Ya Allah engkau permudahkan la semua untuk anakku.. dan rajin-rajin kan la mama dia ni untuk masak" hehe

Friday 30 November 2012

.: menghadiri kenduri kawen cousin hubby :.

hari ni saya cuti... lompat bintang skettt...

 cuti pun tak de la bersenang lenang di rumah 3 hari ni direct  menyibuk-yibukkan diri di rumah pakcik hubby...anak dia kawen










kad pengantin... very the creative... macam-macam budak skrg ni 

so 3  hari ni merupakan hari paling memenatkan bagi Bella dan mama bella hehe harap2 mood dia ok lar... :)

Thursday 29 November 2012

.: aku menang queen of the nite... yeayyy :.


morning....

blog ni dok tenggelam timbul tenggelam timbul lar... sejak2 jadi mommy ni tak banyak benda nak di update hehe balik2 pasal anak jer.. kang ada plak yang boring... so arini citer pasal tuan empunya blog plak lar...

malam tadi ada dinner opis, unit aku jadi urusetia...smlm mmg busy la satu hari tak dok kat opis mencari hadiah la, apa la kat alamanda penat giler smlm..

dinner ni kecil-kecilan jer just melibatkan 2 unit jer... sajer suka suka
kecil-kecilan pun harus melaram sakan kan... hehe nak-nak plak ada hadiah untuk king & queen of the nite... harus la melaram oullsss mana tau menang kan....

haaa mmg iye la tak sia-sia pengorbanan... menang juga aku.. hihi









dapat lar hadiah ni... set body shop perfume midnight bakula 50ml + body mist

Alhamdullilah


apa yang aku pakai???

haha biasa2 jer...
*

*

*

*

*




bolly wood theme.... feeling-feeling aishwarya rai jappp... hikhik

 dah la tak sempat nak menerai baju n tudung bagai mlm td nak pegi baru nak melilit2 sana sini tu pun dalam kereta jer lilit tudung tu.. kelam kabut punya pasal.... hentam jer la  



bergambar bersama my officer 'king of the nite' n dayang-dayang hehee

**citer pasal dinner tu will update later ...

see ya :)

Friday 23 November 2012

.: mutiara kata di pagi jumaat :.

kata-kata yang saya ambik dari FB


"Apa yang tuhan anugerahkan kepada si anak adalah hasil dari amalan ibunya.... "





jadi jom sama-sama kita edit diri dan jadi yang terbaik demi si anak

Wednesday 21 November 2012

.: makan-makan @ HM sri bagan seafood :.


sabtu aritu ajak hubby pegi makan seafood kat bagan lalang, last mkn kat sini masa aku preggy 7 months dulu lama giler dkt setahun dah

nak ajak MIL dia plak tak nak so kitorang jer la pegi 3 beranak tu pun ajak hubby pegi cepat skit nak balik before malam, kat situ nyamuk boleh tahan gak maklum la tepi laut, bawak si bella ni kena la berjaga-jaga kulit dia kan super sensitive...



apa-apa pun reserved dulu, cuti-cuti sekoleh ni bukan leh harap kang penuh plak




ni gambar masa nak pegi makan tu :) 



 pic : google

lagipun sebab nak dok atas pelantar ni baru feel nak makan sambil menghadap n rasa angin-angin laut tu....




sebelum start melantak seafood tu kita layan dulu kerepek yang sedapppp ni  :)



our favorite place untuk makan seafood


sebelum





hubby yang pilih semua aku makan jer... kitorang ambik ketam masak blackpapper, ketam telur masin, udang masak sambal, pahat n ikan bakar



selepas



settle semua

kitorang tak makan nasi pun just meratah jer semua ni... kalau makan nasi kang tak abes plak lauk-pauk ni dah la berdua jer...

memang lepas geram la kejap jer dah settle tengok meja org lain makan skit je, padahal datang satu family, yg kitorang berdua tapi penuh meja... hehe

 


aku pakaikan bella jumper ni untuk keselamatan supaya tak kena gigit nyamuk :)

sib baik dia tido jer sepanjang kitorang makan, dah nak balik baru dia bangun.... good gurllll... nanti kita ajak papa makan kat tempat lain plak ye :)

total bill : RM142

aku rasa skrg dah mahal skit makan kat sini.. dulu biasa kitorang makan berdua ambik lauk lebih kurang sama dalam RM80-100 jer...

mmmm apa2 jer la janji sedappp :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...