Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label attend wedding. Show all posts
Showing posts with label attend wedding. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013

.: kenduri kendara :.

aku join kenduri nya jer kendara tak join pun :p

SABTU

ni cerita kenduri last week sabtu ahad ada kenduri sabtu cousin belah aku bertunang kat hulu langat ahad cousin hubby kawen kat Jelebu

sabtu pagi tu gerak pegi sungai buloh dulu ambik mak ngan abah sana dari sana terus pegi umah makcik aku kat hulu langat.... 

pagi tu pakaikan bella baju ni, ayat hubby "Bella pakai mcm tu jer ke?" heloooo papa mama baru jer beli baju tu kat Poney semalam.... 

laki aku pesen nak anak dia pakai baju gaun jer bila pakai seluar dia rasa tak kena rasa mcm bukan baju jalan... adoiii kalau korang asyik tgk anak aku manjang bergaun tu mmg la sebab papa dia.. aku ni nak la pelbagaikan baju anak aku tp dia tetap tak suka... 

nasib baik la MIL ckp tak pe la panas kang kat kenduri legaaa aku tak payah salin baju lain








aku rasa okey je pakai baju ni kan?? mmmm 



gambar kat kenduri tak de kikiki tak smpt nak snap lagipun balik awal sbb mak ngan abah nak straight balik perak lepas kenduri tu


AHAD

ahad plak pegi kenduri belah hubby  kat Jelebu N9....orang kata ni perkampungan untuk keturunan Syed & Sharifah, kalau dulu2 sapa tak kekalkan keturunan akan dibuang dari kampung tu.... katanyaaa Allahualam 

tapi sekarang tak dah kot... takan ada org berpikiran cam tu lagi kann
tapiiiii yang kawen ni pun Syed & Sharifah jugak, diorang ni boleh dikatakan gigih gak la mencari Syed & Sharifah untuk kekalkan keturunan diorang

 iolsss jer bukan Sharifah youuu!!! :)

 bukan main jauh lagi tempatnya...campur ngan sesat barat ada la dalam 2 jam gak dari Nilai nasib baik Bella tido jer sepanjang jalan


perkara wajib dalam kereta.... pose pose.. camwhore anak beranak :)








#ootd #reasalsabila

bella hari ni plak hubby cakap anak dia kembang macam bunga matahari... ajer jer papa awak tu Bella







ni gambar pengantin nya... yang lelaki tu cousin hubby






cantikk :) semoga kekal ke akhir hayat

Tuesday, 2 July 2013

.:wedding di hari jerebu :.

cerita pun dah tunggang langgang dah sbbkan ternmpk gmbr ni dalam phone so kita pun update la entry cerita wedding.. wedding my cousin di hari jerebu yang sangat teruk dan tak sihat masa ni bacaan kat nilai dah cecah dekat2 400

Ikutkan nk bwk baby mmg tak elok tp nak buat mcm mana keluarga dari perak dah dtg satu bas nak tak nak kena la tunjuk muka kannn

bella mcm biasa sgt behave Alhamdullilah sepanjang masa dok ngan papa dan beralih dari satu tangan ke satu tangan mama sedap2 mkn cendol bagai tak tau anak dengan sapa hihihi

kenduri yang sgt best sbb ada lauk ikan bakar cicah air asam dgn siput sedut masak lemak mmg terbaek lar mkn pun bertambah2 koo!!

bella masa pg tido dlm kereta balik pun sama terlena sepanjang jln letih sgt gayanya hihi

layan gmbr jomm... Gini la update pakai iphone gambar kelain cerita kelain... faham2 jer la yer :) byeee

















Thursday, 31 January 2013

.: wedding @ shah village hotel :.


ni pun antara aktiviti sepanjang cuti last week jugak, attend wedding cousin hubby kat PJ aku pun main follow jer MIL ckp kat dewan MPPJ, rupanya buat kat hotel dekat ngan MPPJ, skrg sume main buat kenduri kat hotel jer tak main dah kat rumah-rumah ni haaa... hahaha ado duit boleh la kan... kalau aku ada duit pun aku buat huhuhu

aku tak tangkap pun gambar kat situ, segan, gambar pengantin pun tak ambik malas nak masuk dalam ramai sangat orang lepak2 kat tepi pool tu jer, sejuk skit, bella pun tak banyak ragam ok jer, kejap2 aku df dia sambil nyorok2..











 gambar sebelum pegi jer ada tu pun dalam kete



 do we look a like ???
 


 





budak kecik ni dah pandai tengok air dalam pool tu tersengih2 sib baik tak pandai mintak nak mandi lagi skrg cukup suka mandi, tambah lagi bila mama nya ni rajin melayan mandi dalam tab tu sambil bawak mainan dia... dia tak pandai duduk betul2 lagi, pandai jer duduk nanti mama terus beli pool kecik ye!! mama yang super excited :)

Friday, 30 November 2012

.: menghadiri kenduri kawen cousin hubby :.

hari ni saya cuti... lompat bintang skettt...

 cuti pun tak de la bersenang lenang di rumah 3 hari ni direct  menyibuk-yibukkan diri di rumah pakcik hubby...anak dia kawen










kad pengantin... very the creative... macam-macam budak skrg ni 

so 3  hari ni merupakan hari paling memenatkan bagi Bella dan mama bella hehe harap2 mood dia ok lar... :)

Friday, 16 November 2012

.: 13 years n still counting :.


cerita balik perak & holiday tak keluar terus keluar cerita jeruk plak hahah tunggang langgang dah entry blog aku ni...silap tarikh untuk autopublish haha hentam jer la janji ada entry kan


ni cerita weeding my bff since sekolah menengah, 13 tahun dah rupanya berkwn rapat how times flies tau-tau tua dah haihhhh




berposing-posing n gossiping kat depan pelamin without pengantin



nasib baik bella behave sangat walaupun dah mcm dok dalam sauna dah berpeluh-peluh
langsung tak mintak nak nyusu 

last-last aku dok bawah kipas dia tertido sendiri atas pangku ... cian dia.... very the understanding :)




berhimpit-himpit kat meja pengantin







us....teringat zaman-zaman sekolah dulu... tetiba rasa muda kembali



newly weds.... finally... dapat jugak kitorang rasa nasi minyak ko :)




me with the handsome adam qaiser...ambik berkat untuk dapat baby boy plak lepas ni :)

Tuesday, 2 October 2012

.: our weekend :.

 Saturday 


Sabtu aritu kitorang attend wedding kat Seremban, MIL relatives, bapak pengantin tu kira cousin MIL, MIL ajak pegi kitorang follow jer aku tak tengok pun kad kawin tu ingat buat kat rumah rupanya dia buat kat Spanish villa resort






bella with papa

 





aku apa lagi ambik kesempatan bergambar sana sini hehe jakun kekdahnya wedding aku kan biasa-biasa je...huhuhu

dia buat concept santai-santai je kat tepi pool tu ada gerai-gerai dah mcm buffet kat hotel dah, ada gerai cendol, roasted lamb, kuih-muih la, nasi la mcm-mcm la...




kitorang laki bini melantak lamb jer tak hingat dunia mmg pantang jumpa kambing.....sampai tak makan nasi la  






 bella dah boleh pakai baju ni yeayyy.. dia kan dah 5.5 kg :)

baju ni alkisahnya beli kat mothercare untuk raya aritu, pagi raya tu nak pakai tengok2 besar cian bella... nasib baik my sis ada belikan dia baju warna biru jugak ikut tema kami selamattt... 

bijak kan mama dia main beli je tak try-try haha



 anak dara saya ni kalau pegi tempat sejuk-sejuk mcm ni ok la cuba rumah orang kawin yang panas mula la merengek-rengek dia kan puteri lilin..... :)



Sunday

ari hari tu ajak hubby pegi JJ Cheras Selatan, boring dok umah, MIL ngan FIL pun tak de diorang balik kampung bella kalau nenek dia tak de, dia suka merengek sbb tak orang nak melayan dia sangat, harapkan aku? dia breastfeed je nak kat aku, main-main ni kurang skit... ngan papa n nenek dia je dia suka main

haihhh nasib baik la bf ngan mama if tak pandang mama sebelah mata jer la... 

(mood : jeles ngan papa... "mama yang lahirkan bella tau"... hahaha)


 




us at baby room JJ


Monday, 12 September 2011

.: hari majlis bersanding pulakk :.

ok ni gambar-gambar masa hari sanding tu... disebabkan hubby jadi pengapit, dalam kul 11 lebih tu kitorang dah terconggok la dah kat  batu gajah tunggu pengantin bersiap-siapan...

naseb baik la hubby ada baju purple.. tahun ni kan tyme raya dia pakai baju purple, senang tak yah pinjam2...







 aku pakai purple gakkk.... dah lama tak pakai kebaya dah bertahun rasanya rasa mcm pelik jer....














sebabkan hubby jadi pengapit aku la jadi camerawoman nyer tu sbb gambar tak banyak... tak rajin aku nak menangkap...orang tangkap gambar aku, aku suka larr...















 muka orang tak sabar nak makan.... hubby jeling ayam golek kat depan pengantin... harhar

tu jer cerita kenduri kawen... 

minggu ni pun ada kenduri kawen lagi... sepupu hubby ngan sepupu aku hari yang sama... fengsaaannn kannn..asyik pegi kenduri kawen je... penat oooo...hihihi...apa nak buat... 

jemputan kawen tu kan wajib kita hadiri.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...