Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday 28 September 2009

.:raya 2009:.

2 hari sblm nak raya kitorang smpt lagi pegi jln TAR yela thn ni raya kat Gemas so boleh la berjalan2 ke jln TAR kalau balik perak tak dapek la... awal2 lagi aku dah berbungkus bangkas ke sana..
bukan nak beli apa pun sajer teman member yg bershopping last minute tu dan nengok kemeriahan lelongan di sana... mmg kaw2 nyer murah bgykan baju yg harga seratus lebih tu jadi 50 je... ikutkan hati mau aku beli lagi 2 3 pasang sib baik sume yg aku pilih tak de saiz utk org kecik molek mcm aku ni haa yg tinggal cuma saiz besar je... slamat duit hubby..
sblm berjalan2 tu kitorang layan makan stimboat ni dulu dia nyer kuah mmg layan la pedas giler.. sambil makan tunggu kawan hubby cari parking.. org ramai paking susah giler
sblm balik raya duit raya harus kena isi siap2 kat dalam sampul dan tulis siap2 utk belah perak dan N9
ni gmbr masa dah siap2 barang masuk dalam kete nak balik Felda Pasir Besar, Gemas dan posing dalam kete wajib :-)
gambar2 raya pertama sedih gak la first time tak beraya dgn mak abah di hari pertama tp tak terasa sgt sedihnya sbb belah mana2 pun dilayan mcm keluarga sendiri....mak lang ckp tak de istilah menantu dlm keluarga ni... :-)
raya kedua ptg, aku dah bertolak ke perak utk beraya di sebelah aku plak... tak de pe aktiviti sgt sbb kat perak cousin aku nikah so sibuk ngan kenduri ptg tu aku ngan hubby belanja family makan seafood kat teluk batik betul2 sebelah marina resort
dengan mak dalam kete
ni family nyah aku dari pantai remis, kitorang janji jumpa kat teluk batik je... ni masa baru sampai
hubby pilih ikan....
ni je gmbr yg smpt di tangkap.. masing2 dgn hal masing2 tak smpt nak tgkp gmbr pun

Thursday 17 September 2009

.:sehari yg memenatkan:.

semalam adalah sehari yg memenatkan balik keje singgah rumah salin2 baju terus shot ke pedas teman kwn aby ambik kereta baru... balik tu singgah seremban utk berbuka dan aku sangat marah bila makanan yg ditunggu tak kunjung tiba... nasib baik dah spare air dan...




karipap "APAK KIYAI" yg aku beli di R&R, karipap ni sangat sedap korang kena rasa...aku setiap kali lalu kearah sana kalau nampak moto dia kat petronas tu mmg aku singgah beli karipap kentang 60 sen karipap sardin RM1 tp mmg terbaeeekk la karipap dia kalau dari arah KL nak ke seremban korang masuk R&R seremban tu korang akan nampak dia meniaga pakai moto je dia park kat petronas kat situ... 
 
ok sambung balik citer... dah kitorang tunggu makanan tak sampai2 kitorang pun cancel je order dan blah sbb aku dah janji ngan budak2 opis nak pegi melantak kat TGI's friday plak lepas tu so kitorang dari seremban terus ke puchong lepak kat situ sampai 10.20 (nanti aku upload gmbr2 masa makan di sana) dan balik singgah plak kat putrajaya menghantar kek kat ex housemate aku dan terus balik ke nilai..

aku apa lagi mandi2 fuh leganya dapat mandi kul 12.00 mlm baru mandi dan terus zzzzzzz.... dan harini ada hal lagi... arghhhh aku masih belum me'laundry'kan baju2 kotor yg bertimbun tu.... lusa dah nak balik kg... macam mana ni?? hubby nak mintak maid boleh?? hahaha mengadanya... :-)


Tuesday 15 September 2009

.:cheese baked meatballs:.

ni cerita hari ahad aritu..
hubby teringin nak makan pizza aku ni bukan boleh sgt tak makan nasi tmbh lagi dah nak abis2 puasa ni aku asyik gastrik je so nak tak nak kena gak makan nasi masa berbuka... aku ckp kat hubby kita berbuka kat rumah dulu pastu baru pegi pizza kita makan skit je masa berbuka simpan perut utk makan kat pizza plak..... 
so dalam 8.30 mcm tu kitorang pun pegi la makan kat pizza kat nilai je so aku pun pakai simple2 je jeans ngan tshirt yg agak besar bagi aku... hubby pun sama...
 
tujuan kitorang pegi semata2 nak makan cheese baked meatball ngan chicken wings tu je.. sbb aritu dah terkena skali order2 tak de beef ada chicken je.. aku ckp kat hubby tnya dulu kalau tak de beef yg lain2 pun tak yah order...aku dah agak dah kat nilai ni nyer pizza mmg sengal skit 

aku : asal kat sini bila dtg je tak pernah ada beef meatball tu??
budak pizza tu : arini je tak de (dalam hati aku ko jgn nak kencing la)
aku : bukan bulan puasa je ari biasa2 dtg pun dah bnyk kali tak de beef meatball tu...
budak pizza tu : itu saya tak tau la kak... (geram je aku ko jawab mcm tu baik ko tak yah keje sini kalau sume tak tau)
hubby : lain kali simpan stock bnyk2 skit.. ni bila org datang je tak de 

pastu aku dengar org meja belakang plak ckp dia order spagetthi beef meatball tp dapat chicken baru la org pizza tu terhegeh2 ckp sbnrnya beef takde so kita ganti ngan chicken ... org tu bengang la dia kata saya tak nak saya nak beef gak...
nasib ko la kak.... pizza kat sini mmg sengal..
menyusahkan org betul dah tau sume tak de baik ko tak yah bukak pizza kat sinun kan....
sudahnya kitorang terus pegi putrajaya sbb nak gak makan benda tu.... 






haa puas hati dpt makan... aku ngan hubby mmg suka sgt meatballs ni... ada sapa2 tau nak buat mcm mana leh ajar aku tak yah la aku dari nilai pegi ke putrajaya malam2 semata2 nak makan benda ni dah kan.. tak pun biar aku je yg buat kat nilai dah kat pizza nilai tu asyik tak de je kan?? boleh gitew???

Monday 14 September 2009

.: persiapan raya almost done :.

persiapan aku utk raya dah hampir siap... lagi seminggu tak settle2 lagi mcm2 nak itu la ini la.. i kan tak de anak lagi... so harus la shopping sakan utk diri sendiri dan hubby terchinta kan... (sob3 ayat pengubat hati yg duka lara)

sume dah settle cuma tinggal kasut ngan baju aku je..(bukan baju kurung) sehelai cukupla... aku puas hati sgt tahun ni apa yg aku nak sume dpt ada rezeki lebih boleh la.. kalau tak ko dok diam2 kat sana pakai baju raya sepasang je....

alamak duit raya tak tukar lagi sempatkah?? kalau tak smpt tak dpt duit raya la jawabnya anak2 buah aku.. sorry la yerk ganti tahun depan boleh?? :-p

diorang dah pakai baju raya... kita ahad ni baru pakai ye!!! huhuhu

apa pun dikesempatan ini nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sume kawan2 dan sesiapa saja yg terbaca blog aku ni ...

Thursday 10 September 2009

.:berbuka puasa ngan kwn lama:.

ari sabtu ari tu aku berbuka puasa ngan geng aku masa sekolah menengah dulu.. kitorang plan nak berbuka kt sunway pyramid.. bertiga skali ramai2 best skit kan tp last minit kwn aku yg sorang lagi tu tak dpt dtg atas sbb2 tertentu yg tak dpt dielakkan... aku kul 4 lebih dah sampai sana konon2 nak shopping sudahnya apa pun aku tak beli mcm aku ckp la aku ni payah skit kalau nak membeli kalau tak sehari suntuk mmg aku tak beli skali tgk tak puas hati mesti nak tawaf dulu baru patah balik beli mana yg berkenan..
kitorang sbnrnya plan nak makan kat flaming steamboat kat sebelah tu tp aku call nak booking tgk2 penuh then kitorang berbuka kat sunway pyramid org ramai sgt mmg takde tmpt nak berbuka sbb tak booking awalkan makan je la kat kedai ala2 kopitiam kat situ papparich 

me n hubby

sya and family


tu anak dia dina 5 thn kot ngan irfan 2 thn dina ni mommy dia bagitau nak berbuka puasa ngan kitorang excited sungguh dia suka sgt and dia ni puasa penuh tu...

"auntie so proud of you dina.." auntie dulu masa dah darjah satu puasa sehari je tu pun jenuh nak sampaikan ke maghrib sampai nak pengsan rasanya hahahah....
even berbagai2 dugaan yg jadi masa kitorang pegi sana but tetap enjoy sbb dpt berbuka bersama tahun ni kan sya??... and love your kids so much

Monday 7 September 2009

.: raya checklist:.

  • baju aku 2 helai dah settle satu beli kat jln TAR satu lagi beli kat PKNS smlm punya la ramai umat kt PKNS tu sampai pening kepala...leh plak terserempak ngan kakak aku kat situ... baju lagi satu tak ambik lagi kat tailor minggu ni la pegi ambik...
  • kasut aku tak beli lagi ni...
  • suar jeans aku ngan hubby pun tak pegi beli lagi
  • baju hubby beberapa pasang.. pun tak beli lagi ..thn ni dia tak nak buat baju melayu so beli tshirt dan kemeja jer la..
  • baju mak dah beli.. baju ngan kasut abah tak beli lagi..
  • duit kuih raya tak bayar lagi berapa ratus yerk aku lupa la aku order apa hahaha...
  • tudung tak beli lagi la... ooo tahun ni raya Gemas ngan sblh mertua tak pe tak yah pakai tudung hehehe... kalau blah i kena pakai tudung u harussss... lawakkan aku pakai tudung pun kena paksa takpe2 nanti aku akan pakai tudung terus gak bila sampai masanya .. :-)
  • hadiah utk baby baru kakak aku tak beli lagi ni
alamak bnyk yg tak beli lagi rupanya... hehehe sempat ke? aku ni kalau nak membeli selagi tak tawaf 7 kali satu bangunan tu dari gerai ke gerai tak sah mcm tak smpt je...itu je kot yg lain2 tak perlu ... tak pe la tis week pegi midvalley plak tgk2 apa yg sale....
itu pun dok ngan mertua kalau tak mesti aku pun sibuk nak menukar langsir, menukar karpet bagai kan

Thursday 3 September 2009

.:product utk conteng2 mata:.

aku tengok budak2 opis aku sibuk beli eyeshadow ni aku pun beli gak.. lagipun stock2 eyeshadow masa hantaran aku tu dah nak abis dah tak bnyk colour yg ada dan dah boring ngan sume colour tu.. tmbh lagi bila nengok blog si lieya makeup2 guna eyeshadow ni mmg cantik terus matanya yg dah sedia cantik tu.. buatkan aku lagi tak sabar utk beli benda ni...

aku beli yg ni RM65 untuk 120 colour haaa ambik ko makeup la sampai lebam.. puas hati aku sume colour ada.. yg pasti semua warna itu tidak mengecewakan aku...warna2 tu tidak berdebu mcm sesetengah product..dan kadang2 warna tu tak melekat...tp product ni bagus.. untuk sape2 yg nak belajar pakai eyeshadow boleh start pakai product ni... so benda ni boleh dijadikan product untuk belajar mewarna mata..hehehe... konon2 nya ni eyeshadow utk raya la kan...

*

*

tema raya aku tahun ni ikutkan warna purple tp dah terlari dari tajuk la plak nengok baju bagai nak giler kat jalan TAR aritu sudah nyer i terambik baju warna pink ... pink lagi aduss aku mmg tak leh la bila tgk warna pink je mata i terus berpinar tak nampak dah baju lain nak tak nak hubby pun merelakan la aku beli warna pink tu... sian dia terpaksa pakai baju melayu lama yg warna pink sama ngan baju aku tu.. dia mmg tak nak beli baju melayu tahun ni.. dah bnyk sgt tak pakai katanya... so tema aku bertukar jadi warna pink la tahun ni... tp rasanya aku akan ttp cari baju warna purple plak lepas ni tak pe raya lmbt lagi masih ada masa tuk cari baju kan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...