Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday 30 October 2013

.: on Bella's play area :.

Actually ni tak de fully la playroom untuk bella almaklumla rumah dah la kocik menumpang rumah MIL plak memang serba serbi terhad... tapi aku cam kesian kat bella main depan TV jer memandangkan toys n books dia pun dah bnyk 

pastu masa tu aku nak beli almari baju kat dia... so aku terus plan nak kemas separuh dari bilik solat MIL tu, untuk buat play area Bella...

so bermula dengan ada nya almari pakaian baru Bella, terus aku kemas la semua barang2 dia kat dalam bilik tu....


*
*


jangan terkejut tengok keadaan bilik solat MIL aku sblm ni.... mcm ni la rupanya... kakaka aku nak tgkp gmbr n letak pun mcm erkkk tp tak pe la letak la jugak kan... kikiki


SEBELUM






 SELEPAS


so farr aku masih lagi dalam proses menambah barang skit2 dan mengemas ala kadar dalam bilik ni... cuma yang major tu dah buat la...


ni aku letak books dia dan toys dalam 2 kotak tu....



yang bahagian tepi ada  kotak-kotak tu aku masih belum ada masa nak kemaskan sbb rumah ni tak de stor tu semua barang2 tupperware la hadiah2 kawen dulu pun still ada dalam bilik ni 


 


so selepas dah transfer baju2 si kecik tu dari dalam bakul dari dia baby sampai la ke dia setahun.... lepas dia dah sthn baru la aku beli  almari ni.... susun2 pun dah penuh dah aku sajer tak nak beli almari yang besar sbb keadaan ruang yang terhad kalau aku beli besar kang makin sesak bilik tu....



 


box kecik2 123 ni aku beli sebelum bella lahir lagi, masa tu letak dia punya barang-barang losyen bagai... so skrg dah tak letak aku susun atas almari pakaian dia, dalam tu satu box aku letak segala hariband n hat, satu lagi socks n sapu tangan, satu box lagi letak semua panties dia..


 

lega la skit bila dah buat separuh playarea dalam bilik ni... kalau nak semak pun dalam bilik je... nak kemas pun dalam tu jer... senang nak sorok bila org datang org pun paham selerak dalam tu sbb dia baru lepas main gitewww

masih ada ruang kosong kat bawah ABC tu, aku plan nak letak book shelf n slot in box dan atas dia letak cushion supaya boleh jadi tempat simpan toys + tempat duduk skali

mcm kat blog ni loved the idea simple n tak perlukan bnyk ruang
 
  


 


 



cousin dia datang rumah pun dia dah pandai dah ajak main dalam tu... sukati korang la janji jgn selerak kat luar bilik






 ni selerak yang ditinggalkan sebelum tido.... dia dah tido mak nya mengemas la balik tu la rutin hari2 kemas playarea dia....





 tapi rasa sangat puas hati bila dah buat playroom dia ni...  ok la kot dengan ruang yang terhad kreativiti pun jadi terhad

aku rasa semua yang ada anak kecik pun patut buat play room untuk anak or at least play area tak kisah la duduk rumah sendiri ke rumah sewa ke apa, janji buat..

Alhamdullilah bella pun dah pandai skrg bila nak main jer dia tau la masuk dalam bilik ni dan bilik ni pun jadi changing room dia lepas mandi jer dia sendiri masuk bilik ni, utk pakai baju cuma tak pandai bukak almari jer lagi :p





Tuesday 29 October 2013

.: jjcm ~ warung bunian :.

hari sabtu aritu warung bunian ni masuk dalam JJCM kan.. org-org putrajaya mmg biasa la makan kat sini sebab dekat jer dari putrajaya... aku biasa breakfastkat sini

yg best breakfast kat sini sbb nasi lemak telur bungkus dia... unik lar... tempat lain tak jumpa lagi yang buat nasi lemak cam ni

pagi-pagi ada roti canai jugak

ni gambar dari instagram aku






ni menu lunch masa aku pegi semalam

ketam masak lemak, ayam goreng berempah, sayur kobis goreng, ikan goreng sambal kicap



tp lunch dia mmg menarik n berbaloi bagi aku RM14 jer per pax... ngan lauk yg menarik... memang tertarik... sila la cuba :)

Monday 28 October 2013

.:jjcm ~ wati corner a.k.a kedai makan tepi kubur:.

dengar nama pun mcm scary jer kan?? :p

kedai ni actually betul2 sebelah tanah perkuburan islam so bila check in kt fb or ig dia akan kuar kedai makan tepi kubur

aku bila ada peluang cuti on weekdays mmg ajak hubby lunch kat sini sabtu pun bukak jugak tp sabtu tu kdg pagi dah kuar bfast so tgh takan nak g lunch plak mmg tak la... baik tido kikiki

makan kat sini yang best nya sbb dia mmg pedas... sesuai la utk tekak org nogori dan sewaktu dengannya.... kalau korang mmg jenis suka cari lauk nogori bila tersesat kt nilai mmg sini la tmpt yang aku recommend tapi Ahad tutup tau!!


 ni gambar yang aku post kat ig aku masa makan kat sini last week... makan sampai berpeluh-peluh kooo!! tapi sedap




si kecik ni awal2 dah menumpahkan air segelas .... hoiiii 1st time jadi biasa tgk anak org jer skrg dah ada anak baru tau mcm mana rasa org pandang jer... sib baik mama n papa cool :)
biasa la budak tgh nak belajar



sedap sangat la dapat minum air mama tu... aku perasan bella mmg sentiasa akan berebut air apa yg aku minum compared to air papa dia... yela air aku order semua menarik dan tertarik papa dia minum teh o jer 



nak gi jalan pun buat muka masam... marah la tu mama tangkap gambar dia....sikit punya seksa nak bergambar lately...... she is so not me kikiki
\


berbalik kepada cerita makan tadi muaaahahaha jauh nau melalut... biasa kat sini kitorang order ayam kampung atau pun daging salai masak cili padi... ada jugak udang

pastu aritu hubby suggest order ikan parang masak asam pedas ni..sedap jugak tp jenuh la nak makan sebab tulang banyak 




pastu order sotong kicap n dia akan bagi ulam2 + ikan masin


menu dia tak banyak ada 5 jenis masakan jer kot... lupa nak snap menu dia... tp puas hati la total makan berdua biasa bawah 50 mcm ni aku mkn aritu 

total = RM37.00 skali air

mmg best.... you shud try!!!

Friday 25 October 2013

.:Bella's random photos:.



arini pagi2 datang gigih nak update blog.... banyak gak cerita tertangguh tak berupdate2 

arini tak de cerita jom layan random photo cik Bella ni  jer ye kikiki


bila mama cuti mmg rajin sangat la melayan si kecik nomei ni mandi pool seronok sangat sampai tak nak masuk cuti-cuti boleh la mama layan kalau weekdays balik pun dah dkt kul 7 kesian bella



budak ni kalau pegi makan kat luar skrg mmg tak de nya nak minum air dia dalam straw cup tu... air kitorang abes nak di cukainya... nasib baik boleh dipujuk2 letak air masak janji dalam cawan kaca tu n ada straw... minum mcm nikmat niii padahal air masak jer pun




weekend punya aktivity pagi2 papa dia rajin la bawak pegi breakfast mcd pun sekangkang kera jer dari rumah... balik dari breakfast semua membongkak tido balik kuikuiiii



jumpa snow cap ni... kemain berkenan dia plak nak pakai.... asyik suruh pakaikan jer papa dia cakap mcm topi ali baba bujang lapok




skrg bila orang sebut bismilah dia pun laju jer angkat tangan kadang2 tak abes lagi dah sapu muka amin dah... hihi



box simpan toys yg aku letak dalam playroom dia dah jadi tempat dia duduk plak abes jahanam box tu baru jer beli tak sampai 3 bulan... kena marah pandai plak buat muka chom cam tu...




ni kat rumah cousin hubby kat bukit mahkota... kemain suka membelasah car cousin dia... org tu tak de kat rumah... boleh la ko guna sesuka hati cuba kak min tu ada mmg tak dapat la bella... mintak papa belikan satu erkkk :)



gambar ni last monday masa bella ikut aku pegi opis... dia demam tak sampai hati nak tinggalkan dengan pengasuh, kbtln boss pun tak de, so bawak la dia pegi opis

sblm masuk opis papa bawak pegi breakfast kat P16 



kat opis mama teruja naik lif..... org dok atas tanah mmg mcm ni rupanya dapat naik lif skali skala.... :p


kat opis mama ken buli plak ngan opismate mama... sbbkan dia kecik opismate aku masukkan dia dalam box A4 ni.... dia pun redho jer dok dalam tu... siap petang tu mintak nak masuk lagi dlm tu... kikikiki sian anak mama jadi mangsa buli


ni gambar masa balik kg raya haji aritu... kemain tido mcm berenang dah... dia mmg pesen tido meniarap... sedap jer tengok dia tido cam tu.... dah kemana2 dah berpusing dari tilam asal.....




okeh tu jer gmbar utk kali ni.... nanti kiter update lagi k... bye :)

Thursday 24 October 2013

.:masak ikan patin tempoyak pahang stail:.


berkurun punya cerita baru nak update... busy berbisnes katanya... kikiki 

 ikan patin ni pesan kat member opis PIL dia orang jengka.... malam-malam FIL dia siap delivery dari pahang mana yang dok kat putrajaya terus dapat la memandangkan aku dok jauh nun di Nilai esoknya kat opis aku dapat ikan nya... beli sekor jer pun aku ni...bukan sapa makan pun kat rumah tu aku sorang jer yang makan... aku kan tekak orang perak harus la makan tempoyak2 ni... org nogori tak berapa reti kot...ntah... yg pasti hubby aku tak suka

tak pe sorang pun boleh je layan
ahad tu aku masak la tu pun jenuh suruh MIL cari tempoyak kat pasar salak pagi tu... 






dah cukup lengkap bahan nya baru la boleh bersilat kat dapur kan.... aku masak tiga keping jer pun... first time masak stail pahang ni biasa org perak lain


yg ni aku buat guna resepi yang kwn aku tu bagi


tempoyak
cili padi
kunyit hidup

*semua ni blend pastu masuk jer dalam periuk dah mendidih masuk ikan n daun kesum... siap letak la garam skit... mcm aku punya tempoyak ni masam giler mungkin tempoyak lama sgt ke aku tak sure aku tambah gula skit dalam gulai ni bagi rasa manis2 skit...




so ni la hasilnya.... bagi aku sedap la ikan tu tak rasa pun mcm hanyir ke rasa tanah ke

yang best tang kepala tu... mmg nikmat sungguh... makan ni teringat2 masa makan kat tekam plantation resort last 2 years masa buat teambuilding kat sana mmg terbaik gulai tempoyak ikan patin dia

Wednesday 9 October 2013

.: wordless wednesday :.


ehemmm...ehemmm...




baru nak merasa ber pandora... over excited kekdahnya :)



Tuesday 8 October 2013

.: Bella balik kg jumpa nek & tok nyang :.



lepas makan-makan kt restoran warisan kuala pilah tu, kitorang meneruskan perjalanan ke kg hubby (wahh ayat skema tak leh blah :-p ) sampai-sampai kat kampung tu kitorang keluar plak pegi pasar malam 

dah lama teringin nak makan putu mayam ni bukan senang nak cari kat sini, tp pasar malam putrajaya ada masalah nya nak ke pasar malam tu mmg bercinta la kan....putu mayam kat kg hubby ni mmg sedap mlm tu letak dalam fridge esok pagi tu still lembut lagi aku pulun makan bnyk la





tok nyang dan cicit 


bella cicit kedua dari 3 cicit semua girl dalam family hubby...
  sorang lagi otw tunggu hari jer ni nak meletop  dijangkakan cicit boy sulung dalam family....



hover sungguh anak dara aku ni makan atas meja kooo!!! tak nak duduk bawah.... naseb la kat kg semua layankan ko kalau ngan mama jangan harap la ye.... 

bila nak mkn kat rumah ngan mama dia siap2 dah tunjuk fisher price seat dia tu... tau dah mama dia bising kalau makan tak duduk atas tu... kikiki



ni yang best bila balik kampung pagi-pagi buta bangun aku ajak dia keluar tengok binatang-binatang yang ada kt sekeliling rumah

ada ayam ada kambing,, best la si kecik ni... siap dah pandai buat suara mbekkk kambing tu hiihi



sejukkkk la mama!!!



pagi tu kitorang breakfast nenek buat cucur bawang... aku mkn ngan kuah sate mlm tadi... fuhh sedapp kdg2 kitorang cicah dengan masak lomak cili padi tp mlm tu tak de plak nenek buat



sebelum balik kiter kutip2 segala tanaman yang ada disekeliling rumah tu untuk dibawa pulang ke bandar.... pehal ayat buku semua ni... kahkahh



haaaa si kecik ni bila org kat dapo dia pun nak dok dapo jugak 

kasut pun pakai dalam rumah ko... tak nak bukak biar la tak kuasa mama nak larang.... tu dia dok bawak masuk bawak kuar bawang yg nek nyang dia potong.... nak masak apa pun tak tau



 pastu lepas makan lepak2 kat luar atas kerusi malas nenek... ambik angin petang.... 


  
sekali sekala balik kampung mmg best kan... at least bella dapat jugak rasa suasana kampung tu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...