Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Tuesday, 3 September 2013

.: jamuan raya di opis :.


jamuan raya kitorang ni potluck... cuma satay n SR red velvet kek  je beli yang lain semua masak sendiri

meriah sungguh la opis kitorang dengan makanan last week masing-masing tak nak kalah tunjuk bakat masak-meamsak katanya hahaha

sampai ada benda yang aku tak sentuh langsung...tak boleh nak masuk dah


menu aritu

Nasi briyani + ayam + papadom
laksa johor
lontong
lontong goreng
capathi + kuah sardin
spagethi + homemade bolognese meatball
satay
som tam
nasi impit + rendang
SR red velvet cake
triffle
puding jagung
puding oreo

bnyk lagi aku pun tak igt dah apa benda yg diorang bawak


 ni antara gambar makanan yg sempat di snap


 

Capathi + Sardine




homemade meatballs




  


bergambar dengan my princess dlm kereta sblm hantar dia ke bby sitter (wajib setiap pagi) :)


 sebelum start tu berposing2 dulu la kang dah tambah lemak kang nmpk gumuk plak dalam gamba... kononnyaaaa

 

 









  


bergambar dengan model cilik..... 

#ootd ~ aku pakai baju lama yg beli semata2 utk seminar setiausaha aritu + kain baju raya kedua + shawl beli kt jualan opis + kasut jelly bunny yg super duper selesa 

*

*

*


 







 
hari tu mmg keje makan jer la dari pagi sampai la balik.... perut pun petang dah boncit dah... nak2 plak pakai baju lace yg melekap tu kan.. mmg la nmpk kebuncitan nya... haha...

minggu ni jamuan raya Bahagian plak... lastttttttttt makan2 raya lepas tu semua org nak start diet....

hoiiiiiiii jgn la diet hoiiiii jom teman aku....kita makan2 lagi sampai naik 5 kg :)

Monday, 26 August 2013

.: mini open house yang tak dirancang :.

Actually tak de plan pun nak buat any open house tahun ni sapa nak dtg, dtg jer la gitew konsepnya... 

tapiiiii sabtu tu masa beropen house di putrajaya tu, tetiba budak2 opis aku ckp nak pegi Nilai 3 ahad tu, dah kata nak ke Nilai 3 khenn harus terus tengok muka aku n ckp kitorang singgah rumah kak yatt ye??

ah sudahhh!!! aku terus mcm whatttt?? MIL aku takde hoiiiiii...

tp buat slumber lagi... yg nak tergelak nya berpuluh2 kali pesan kat diorang kalau confirm bgtau awal2 pagi... sampaikan aku dah kuar dari rumah tu, pusing balik n jerit... bgtau tau confirm ke tak? nampak sangat cuak nak bersilat didapooo... haha 

diorang pun ckp confirm... dpn lif sementara nak turun dari rumah org tu dah bincang ngan hubs, apa kita nak masak ni pa? selamat la hubby aku mmg pandai masak.... lega skit, dia ckp kita buat macaroni goreng jer la... aku pun mcm ha ok nnti boleh la buat desert2 skit buah n goreng kuih2 skit settle

kononnya kannn... skali mlm hubby ckp eh kwn dia plak nak dtg beramai2 membuat rombongan nak mkn nasi tghari... ah sudahhh jgn bikin aku bertambah2 cuakkk hoiii

maka pepagi buta kami 3 beranak pun menunggu la tesco bukak sambil berbreakfast di kedai mamak sebelah tesco tu...


my kembang setaman lil baby boo :p




menjerit2 nak air nescafe n teh panas kitorang... air dia ada tak nak....satu kedai mamak tengok dia jerit2.. last2 aku pujuk ngan yourgurt bliss ni... haha belasah la...skali skala



mama picit2 jugak budak bertuah ni..... gewammmm



skrg dok dalam trolley tak main dok kat baby seat tu ye....

saya dah besyarr nak diri okeh mama...

kemain seronok dapat diri dalam tu... bila tolak terhuyung hayang menkontrol badan dari jatuh... tp tetap sukaa... haihhh la anak mcm2 ko ni...



 chinta hati mama




 setelah berkelantang-kelentung didapo laki bini... ni la hasilnya papa buat makaroni ngan gulai ayam masak lemak cili padi, aku goreng sayur ngan ikan bilis goreng cili padi... dessert puding karamel aku tak menjadi... frustt 1st time buat tak jadi.. kelam kabut agaknya padahal punya la senang buat benda tu... :( nasib baik soh papa beli tembikai so mkn tembikai je la hihi



dah siap masak, tak sempat lagi nak susun2 makanan, dah org bagi salam, org lain yang ditunggu tgk2 org lain plak dtg hahaha... kwn opis aku plak dtg siap bawak ipar duai dia satu kereta makin meriah la rumah aku terus risau nasi tak cukup kuikuiiii 

nasib baik la ada papa yg menenangkan keadaan ... jgn risau cukupp... kalau ikut aku dah pegi masak lagi seperiuk nasi dah...

so ni kawan-kawan aku..


yang ni plak group kawan-kawan papa sampai ke dapur duduk yang kat dapur aku tak tangkap gambar la sbb dapur agak berselerak
 

Alhamdullilah semua cukup makan, nasi ngan lauk ngam2 jer.... makaroni pun cukup... harap2 semua ok la ngan open house yang tak dirancang ni...

bila semua dah balik, settle kemas skit basuh semua pinggan,  baru nak tido depan tv datang pulak pakcik hubby... haha jenuh aku melayan la jugak sambil menguap2 kikiki

lepas tu apa lagi terbongkang 3 beranak tido depan tv sampai dkt maghrib baru bangun... tu pun sbb mil balik... mlm pun ada lagi sedara mil dtg kira smlm mmg open houseee sungguh laa... 

so sapa2 nak dtg rumah lagi boleh la datang selagi tak abes raya... raya kan sebulan insyallah aku tetap buat yg special jugak hihihi...jenis aku mmg tak sampai hati nak jamu kuih raya semata... sbb rumah aku jauh sampai ke nilai nun kawan2 opis plak kt putrajaya bila dtg harus ku jamu special2 skit kan.. Insha Allah :)






.: open house sana sini :.


sabtu aritu jam yang melampau, semua org update FB twitter bagai cakap jam teruk... agaknya sbb ramai yang buat open house weekend aritu...yela bila lagi nak buat tak lama lagi abes dah raya kan...

aku dapat 3 jemputan open house sabtu aritu... satu kat putrajaya, satu kat equine park, n satu kat rumah aku kat Nilai jer.....Alhamdullilah dapat attend ketiga-tiga open house tu, dekat2 ok la cuba jauh nun kat KL, mmg tak sanggup nak hadap jam hoiiii!!

tghari baru kitorang keluar rumah sbb semua jemputan start tghari.... mula2 pegi rumah kwn opis aku dulu kat putrajaya, menu laksa n mee bandung katanya :)


otw nak pegi open house...


si Bella seronok la ada kawan nak main

 

 anak aku ni gaya bercerita nya mmg over sungguh tiap kali berkawan, padahal ckp pun tak reti lagi...hihi


kat rumah org ni ada turtle plak... tu yg budak tiga org ni kyusyuk jer, nasib baik tak mintak nak bawak balik kalau tak pengsan mak nya!!


menu kat rumah 1st, kat rumah ni jer pun ada gambar nya kat rumah lg 2 tu tak tgkp gmbr makanan pun sogannn





ni kt 2nd house, rumah makcik hubby dia buat tahlil kitorang mengelat, dtg lmbt muahahaha



 kat sini kitorang lepak lama skit sampai nak maghrib baru balik, sempat la mandikan Bella semua kat sini....

aku jarang sangat-sangat pakaikan long pants kat bella, sampaikan cousin2 hubby ckp nmpk pelik tgk bella pakai pants... bila aku dah mandikan bella, tukar dress semua ckp "haaa ni baru betul Bella" ngehhngehh 

sorry la nak oii mama ko ni mmg obses terhadap anak perempuan, n bagi mama gurl mmg kena pakai dress jer kuikuiii




sekarang bella tak reti duduk diam, tambah lagi kalau pegi rumah org, abes satu rumah org tu nak diexplorenya...kiter la letih nak kena ikut dia dari dlm rumah keluar sampai ke khemah luar tu dia berjalan pastu masuk balik pening hoii... hikhikk dulu masa tak jln sibuk sangat bila la anak aku nak jln skrg dah jalan baru tau bertapa hazab nak menjaga dia.. haha tak pe mama rela jer :) lgpun ramai jer yg sudi tlg jaga kan dia ni...



Bella dah salin baju... with hubby's cousin... dah salin baju masing-masing berebut plak nak tgkp gmbr ngan dia.. haha


Monday, 19 August 2013

.: raya oh raya :.

 semua org update gambar raya dan cerita raya kan... kiter pun moh ler update, walaupun dah lmbt....tahun ni raya belah hubby dulu, hari mantai tu balik tu pun dah lambat hubby keje, tak dapat berbuka kat kampung pun, berbuka kat KFC kuala pilah jer... jalan jam mmg tak sempat nak rush balik la..... 

sampai-sampai kt rumah nenek kat Felda pasir besar, Gemas, terus zass ke dapur mencari rendang dan lemang :)

malam tu tak de aktiviti apa sbb tak cukup korum ada sepupu2 hubby tak sampai lagi... kitorang aktiviti wajib kat kg dia bila raya adalah berbbq.. 

ni gambar pagi raya time ni semua org pegi masjid... bergambar 2 beranak dulu 
tema tahun ni kuning daripada mcm2 color yang di plan pada awalnya...kuning sudahnya yang jadi...



baju tiga2 beranak beli kat jalan tar... tudung half moon from radiusite




pagi tu lepas bergambar2 bagai.. terus berjalan raya sampai ke petang... tunggu org datang rumah plak...1st raya jer dah berapa pasang tukar baju sikecik ni... tu pun ada lagi baju yang tak pakai lagi :)







 ni gambar BBQ malam kedua tu... masa ni semua dah berkumpul kat rumah atuk sampaikan jiran tertangga yang datang beraya pun makan sekali, buat banyak ayam la, sotong la, lamb la daging la semua ada... puasa hati makan


persatuan bapa2 muda yang bertungkus lumus menjayakan majlis


lepas bbq tu, siap2 kemas beg semua hangkut masuk kereta sbb kitorang nak gerak balik perak pulak hubby ckp gerak kul 4.30 pagi, sebab tak nak jalan jam

jadi si kecik ni kena angkat bawak masuk kereta kul 4.30 pagi... sib baik dia terjaga dan sambung tido balik sampai perak so lega skit kalau tak melasak dalam kereta jenuh jugak 

sebelum kul 5 cam tu gerak dr rumah atuk, berenti kat mcd bfast dalam kul 7 sikecik ni pun membuang plak so terus mandikan dia kat toilet tu n tukar baju dia.. pastu dia sambung balik tido sedap la dah mandi semua

muka bagun tido



sampai-sampai perak aku dipaksa tukar baju dah bergambar dulu adik beradik....mana yang ada jer ni...



 alang-alang dah tukar baju terus la berjalan raya



petang tu beraya ke taiping plak rumah makcik kami pegi tiga beranak jer... jalan nak balik kat highway punya la jam dengan hujan nya terus balik ikut jalan lama


bella mcm biasa la tido jer bila naik kereta



 mcm2 gaya tido dah... dia tetap lena


  raya keempat tu ada kenduri cousin bertunang, bawak la si bella ni pegi makan kenduri...

muka tak redho jer kena tangkap gambar sekarang susah sungguh nak tgkp gambar dia, nmpk sangat tak ikut mama yang suka bergambar ni :)



ni gambar otw balik dari perak dah, raya ke 5... tengok la anak aku tu kiri kanan makanan hoiii sampaikan tetido ngan makanan tak nak lepas plak tu... org ambik sure terjaga n marah ambik makanan dari tangan dia 

harap-harap checkup next week naik la berat dia... risau kena jumpa pakar jer.. sbb berat bella dah hampir ke line kuning...

 "nak buat cam mana dia kecik molek ikut mama dia la doc"




ni gambar raya-raya kat bandar plak... bella is so happy dapat makan macam2.... raya jer ye mama kasi permission... :p

berjalan ke rumah makcik2 hubby kat kl plak... 












arini pun tak hantar Bella ke baby sitter, MIL nak bawak dia beraya, ntah kemana lar tu tak abes2 lagi beraya nya si anak mama ni




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...