Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday 8 December 2009

.: new moon & my birthday:.

fuhhh.... fuhhh.... dah berhabuk rupanya blog aku ni... punya la lama tak updated skrg ni sgtlah malas nak updated plus tak de benda nak citer....
*
*
and ni pun tak de benda sgt nak citer just....
saturday nite aritu hubby bawak pegi tgk twilight new moon org dah lama dah tgk kitorang baru nak pegi tgk tak pe la janji tgk kan?? 


i've got tis on my birthday...... dari sapa lagi kalau bukan hubby...

 

and lurve it so mushhh.... thanx dear....:-)

Tuesday 10 November 2009

.:alergik:.

aku mengalami gatal2 muka.... alergik kosmetik atau habuk barangkali... sangat2 gatal especially kat mata... makanya hari ni adalah diumumkan hari tanpa makeup sedunia utk aku.... sume ckp muka ko asal nampak suci je....maknanya kalau aku makeup muka aku nmpk ternoda la ye....mmmm sangat tension
aku dah biasa makeup bila tak makeup mmg nmpk pucat...hukhukhuk bila nak sembuh ni... smlm hubby bawak pegi klinik dan aku sekarang sedang makan ubat ini.... ubat alahan, ubat alergik, vit c dan krim sapu....
 

cptlah sembuh agar aku boleh menodai muka ku kembali.....

Monday 2 November 2009

.:xtvt weekend:.


~ saturday~

ari sabtu aritu aku masak nasi ayam utk hubby yg dah lama bising nak makan nasi ayam yg aku buat sian dia dah lama aku tak masak... mcm mana nak masak tiap2 minggu berjalan je mmg tak masak la jawabnya so sabtu aritu aku pun menunaikan permintaan perut hubby... 

malam tu kwn2 kolej hubby dulu ajak lepak2 minum ramai2 kat area gombak aku ajak hubby kuar awal skit.. tetiba teringin nak makan kat naili's place tmpt fav kitorang mmg dah lama tak pg last masa anniversary aritu... kedai tu makin bertambah maju ko.. dah siap ada deejay lagi n tgh wat renovation kat bahagian tepi tu utk tmbhkan lagi ruang makan... 

masa aku pegi tu datuk seri wan azizah dtg makan kat situ ngan parent n family dia tapi datuk seri nya tak de... 



sorry la quality gmbr tak berapa nak elok.. sbb snap pakai hp nokia je.. malas nak bawak kamera... aku suka makan kat sini bukan sbb makanan dia yg sedap tp tak la sedap to the max... aku suka konsep kedai dia yg santai dan romantik.. nak bawak budak2 pun sesuai sbb senang ko lepaskan je anak ko berlari2 dalam tu dgn selamat sbb kedai ni dalam taman.. 

aku tak abis2 promote tmpt ni.. mmmm naili's kena bagi aku komisyen ni :-) balik dari makan tu lepak kat maple ngan kwn2 aby sampai kul 3 pagi kul 3.30 sampai rumah terus berdebusss lompat atas katil tido...
arrrggg lega dpt bantal :-) 


~sunday~

ahad tu aku ngan hubby bawak mak pegi shopping kat alamanda dia nak beli kasut handbag ngan purse katanya so dlm kul 4.00 tu kitorang pegi punya la ramai makhluk kat sini sampai parking full terpaksa la menapak parking kat luar


pilih punya pilih sudahnya carlo rino menjadi ppilihan hati mak beli handbag ngan purse kat situ

ni anak tunggal mak yg kebosanan menunggu

disebabkan mak menyopping2 kat situ tak pasal2 menantunya dapat kad carlo rino hehehe... ha so sesapa nak beli brg carlo rino leh pakai kad aku ada diskaun 10% huhuhu... aku jarang beli barang carlo rino ni.. tp aku de ternampak satu beg tu mcm cantik plak... dah ada kad kan harusla beli gak cehhhh tetiba....

Wednesday 21 October 2009

.:yes...why??:.

dah lama aku tak rasa sedih mcm ni... n suddenly menangis lagi bila baca entry lead
*
*
"Nah amik dukung baby neh..amik berkat, even da bnyk kali ko amik berkat kan..heheheheeeee~!!!!"
"Ko ni barang tak subur..tengok aku, produktif..haha~!"
"Mesti ko sedih kan? Sian ko..(senyum)"
*
*
* sorry lead saya ambik ni dari blog awak...
aku dapat rasakan apa yg dia rasa... dan tetiba soalan yg sama ditanya pada saya tadi
*
*
"korang bila lagi yati?? "
*
*
walaupun soalan tu tak se 'hebat' apa yg diajukan pada lead airmata aku ttp menitis
tp alhamdullilah aku tak jumpa org yg mcm tu.. dan mintak simpang jumpa org yg mulutnya begitu... aku tau satu hari Allah akan makbulkan doa kita
dan aku juga tau..
" anak itu adalah anugerah Allah…Hak Allah. Kalau Dia tak nak bg, maknanyer Dia ada rancangan lain untuk kita. Dia mungkin tak bg rezeki ANAK, tp dia bg rezeki lain kt kita dulu… siapa kita utk mempertikaikan semua tu … Allah S.A.W takkan uji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu hadapinya..Percayalah Dia Maha Mengetahui.."
yes i know... really2 know.... but why???

Monday 12 October 2009

.:the legend water chalet:.

utk tidak menghapakan semua (mcm ramai je yg nak tgk kan??) aku letak gmbr aku pegi PD ni dengan pantas.. walaupun bnyk keje arini dan sesungguhnya aku adalah malas mengupdated blog skrg ni aku tetap menyambil2 gak...
 
ni gambar dari parking lot 

 

gmbr keadaan dalam bilik kitorang.. masuk2 ada sinki, bath tub, shower, dan toilet sume asing2 pastu naik sikit atas lantai parquet tu baru bilik bilik dia ada 1 katil king dan satu katil queen... aku ckp kat hubby aku tido kat katil king dia kat katil queen... :-p 
korang pecaya?? hahaha 




sblm keluar ke swimming pool posing2 dulu jenuh la hubby melayan aku yg sibuk nak berposing tu... sib baik la mood dia baik hehehe 

 
ready to the pool... aku sbnrnya tak sabar nak berendam kat dalam jacuzzi kat tepi pool tu...best giler badan diurut2 tp kuar je dari situ aku pening plak... gmbr tak smpt nak snap.. semua khusyuk berendam sampai nak tertido2






....ni la antara gmbr2 nya... kalau nak tgk bnyk lagi add saya kat facebook k tp yg pasti kat sini mmg best walaupun rasa mcm dekat je dari rumah aku dan PD tu mcm yg sume tau, takde pape dan air laut yg agak kotor tp puas hati sbb pilih chalets ni mmg cantik sgt dan bilik yg sangat besar...

Wednesday 7 October 2009

.:Short Getaways:.

aku akan pegi bercuti ke PD sabtu ni... di sini...
*
*
*
*
*
*




nanti aku tgkp gmbr bnyk2 tepek kat sini k....

Tuesday 6 October 2009

.:nak update apa yerk??:.

tak tau nak update pe kat blog ni asyik melayan facebook je sampaikan terabai blog aku kesian dia... 
tetiba je letak gmbr ni..hehehe ni gmbr aku snap sblm pegi keje aritu.. ok tak aku pakai tudung cenggini?? disebabkan hubby aku tak suka aku pakai tudung ala2 siti tu so aku pelbagaikan penggunaannya buat cenggini... baru dia kata ok...dengar ckp suami serba serbi nih... isteri mithali la katakan hahaha...
tak de la.. hubby aku ni lain mcm skit kalau dia rasa tak kena dimata dia tu jgn la pakai mesti dia kutuk2 nanti.....sblm ko menanah telinga menahan kutukan yg padu tu baik la jgn pakai abis cito...





tak de mende pun nak citer sbnrnya... bila la aku nak buat tranformasi ni?? :-)

Monday 28 September 2009

.:raya 2009:.

2 hari sblm nak raya kitorang smpt lagi pegi jln TAR yela thn ni raya kat Gemas so boleh la berjalan2 ke jln TAR kalau balik perak tak dapek la... awal2 lagi aku dah berbungkus bangkas ke sana..
bukan nak beli apa pun sajer teman member yg bershopping last minute tu dan nengok kemeriahan lelongan di sana... mmg kaw2 nyer murah bgykan baju yg harga seratus lebih tu jadi 50 je... ikutkan hati mau aku beli lagi 2 3 pasang sib baik sume yg aku pilih tak de saiz utk org kecik molek mcm aku ni haa yg tinggal cuma saiz besar je... slamat duit hubby..
sblm berjalan2 tu kitorang layan makan stimboat ni dulu dia nyer kuah mmg layan la pedas giler.. sambil makan tunggu kawan hubby cari parking.. org ramai paking susah giler
sblm balik raya duit raya harus kena isi siap2 kat dalam sampul dan tulis siap2 utk belah perak dan N9
ni gmbr masa dah siap2 barang masuk dalam kete nak balik Felda Pasir Besar, Gemas dan posing dalam kete wajib :-)
gambar2 raya pertama sedih gak la first time tak beraya dgn mak abah di hari pertama tp tak terasa sgt sedihnya sbb belah mana2 pun dilayan mcm keluarga sendiri....mak lang ckp tak de istilah menantu dlm keluarga ni... :-)
raya kedua ptg, aku dah bertolak ke perak utk beraya di sebelah aku plak... tak de pe aktiviti sgt sbb kat perak cousin aku nikah so sibuk ngan kenduri ptg tu aku ngan hubby belanja family makan seafood kat teluk batik betul2 sebelah marina resort
dengan mak dalam kete
ni family nyah aku dari pantai remis, kitorang janji jumpa kat teluk batik je... ni masa baru sampai
hubby pilih ikan....
ni je gmbr yg smpt di tangkap.. masing2 dgn hal masing2 tak smpt nak tgkp gmbr pun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...