Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday 19 December 2013

.: JJCM~ Laman Grill lagi :.

ahad aritu pegi makan kat laman grill lagi tapi kali ni pegi ngan hubby plak... lepas aku cerita kat dia makan kat situ best.. dia ckp eiiii betul ke? suka tak nak pecaya taste aku tau... kecik ati i... :p

kali ni hubby belanja sempena birthday aku awal bulan aritu..

so sukati la nak order apa kan dah kata birthday girl... ikutkan nak order macam2 tapi kang tak abes plak :)


aku order ni

meat lover combo platter - RM65.90



yang ni untuk si kecik tu...



yang ni hubby's -

Norwegian Salmon & Chilean Blue Mussel - RM29.50





untuk dessert aku cuba order chocolate caramel banana ni - RM10.50 




hubby order ni -

 creme brulee - RM11.50







ini boodak yang suka berebut air ngan mama, ngan papa dia tak nak sbb papa asyik order air teh o, nescafe jer... 


air ni RM8.90 vanilla milkshake


aku suka makan kat sini semua sedap2 tp skali-skala boleh la mahal jugak kan...

 tp ok la fine dining kot... harga dessert sama jer mcm kat Secret Recipe

on special day mcm birthday ke anniversary ke boleh la ajak hubby korang belanja mkn kat sini

Friday 13 December 2013

.: Hasil rembatan di big bad wolf :.

puas hati aku dapat jugak pegi big bad wolf tahun ni... Last year nak pegi ada je hal itu pun terkejar2 jugak dari office ngan office mate

 aku sorang je pun yang menggila kat situ sampai diorang call la dah tggu kat luar... :). tp ok la lega la skit hari keje tak la ramai mcm weekend....  nak memilih pun puas hati sangat dapat beli semua jenis basic book ni untuk bella ABC, numbers, shape, colors etc

mmg dah ada dah tp saje la menambah2 nak beli buku activity dia cam tak pandai lagi so beli yang mcm ni jer

tu pun dah kejap je kalau lama ntah la aku rasa beratus gak abes :)



total RM51 jer





yang ni RM15


ABC ni RM6 



RM6  - beli sbb bella suka cat :p



Shapes RM8




RM8 each - colors & Numbers 



Puas hati sangat next year pegi lagi :)

Wednesday 11 December 2013

.: kenduri aqiqah officemate :.

Aku mmg suka pegi kenduri2 ni sbb tak payah masak kikiki..

Last saturday officemate jemput aqiqah hero dia skali ngan housewarming kat dengkil sblm gerak balik perak singgah la rumah dia, terjah kambing golek hubby mmg hantu kambing so bila ajak dia laju jer la nak pegi... Aku siap2 ckp dah kat kwn aku aku akan dtg awal sbb nk blk perak dia ok jer so kul 11 lebih kitorang dah sampai dah rumah dia nasib baik dah ada org makan makan la skali ngan org marhaban tu mmg awal kitorang sampai kambing pun tak berusik lagi seronok sangat la hubby boleh mkn bnyk :)

aku kagum gilss ngan kwn aku ni leh masak sendiri sedap plak tu huiii dessert semua buat tak de satu pun beli hoiiii kalau aku surrender dah mmg la ramai yg tlg tp still kagum kikiki sbb aku takan mampu la nk masak sendiri kalau kt umah aku malas pun sama :)

Kambing ni dia ambik nombor dgn aku sbb dia rasa sedap masa kenduri aqiqah bella dulu mmg sedap bagi aku dah ramai dah cousin n kwn2 kitorang ambik ngan dia ni..







dessert




bella pun seronok jugak laaa g kenduri kacau habes semua makanan dah la tk nak org suap mmg kemana pegi aku hangkut bib dia lantak la org nak kata apa janji tak kotor aku tk kisah sgt nak basuhkan baju dia tp comot sana sini pun tk best jugak...so dia leh enjoy mkn sendiri n baju tak kotor 


aku tak suka plak halang apa anak aku nak buat sbb tahap skrg dia tgh nak cuba semua benda unless benda tu membahaya kan dia mmg la aku halang kan.. 

 





buaian berendoi




bergambar ngan pengantin of the day 









Tuesday 10 December 2013

.: jjcm ~ Laman Grill Bangi :.

Jumaat lepas mcm biasa la bila rehat lama tu panjang la sikit kaki melangkah, kitorang pegi bangi beli barang skit pastu aku ajak officemate pegi makan kat area seksyen 7 , kat situ kan bnyk kedai-kedai makan baru bukak asalnya nak makan kat cibiuk rupanya restoran tu time solat jumaat tutup... 

terus la kitorang pusing2 situ aku suggest makan kat laman grill ni aku beria la hasut budak opis ckp orang ckp sedap makan kat sini chef zubir masterchef punya restoran... 

diorang pun follow jer.. layankan tekak aku...


sorry la gambar semua ihsan dari website laman grill sbb time tu la batt aku out 

tapi ni antara yang kitorang order

 ni aku order dah kata peminat salmon harus order salmon kann

 

Norwegian Salmon & Chilean Blue Mussel - RM29.50




pastu ambik dessert ni, terpengaruh ngan masterchef punya pasal la ni :p

panda creme brulee - RM11.50

yang ni sedapppp teringat2 kesedapannya 



ni plak yang office mate order

 Frutti de mare

harga lupa

 


Fettucinne con Pollo alla griglia




semua sedap-sedap.... aku bagi 9/10 mmg sangat recommended dah ajak hubby datang makan sini sebab aku suka sedap sangat harga a bit pricey tp aku rasa sangat berbaloi dengan portion dia besar dan sebab sedap so tak pikir dah harga



total bill untuk 4 org aritu dalam 130++

Monday 9 December 2013

.: jjcm ~ william corner :.

Payah tol nak update blog skrg opis ni tak de la keje lain asyik la nak mem block segala bagai... Stress dibuatnya nak berkarya di blog pun terbantut :p

ni citer jjcm Malam tadi, kitorang 3 beranak pegi makan kt william coner... Last makan kt sini masa bella pun tk de lagi masa tu gerai buruk tepi longkang tu lagi...

Smlm otw dari rumah kakak aku kt sungai buloh tak tau nak makan mana ajak hubby mkn kt william

kitorang tak order apa sangat pun sbb takut tak abes kt sini kan portion besar-besar mmg tak de la jenis aku nak habeskan

So just order pasta carbonara aku suka sbb dlm meatballs tu ada melting cheese

pastu kat sini plak dah ada dessert2 ala2 fine dining katanya... haha

kita pun bantai la order panacotta ngan creme brulee, dah kat sini mmg konsepnya portion besar2 sampaikan dessert nya sampai2 selambakkk..haa ko hadap la

Mmg pitam nak abeskan tak abes kan hubby bising jenuh menelan

Ok la rasa so so jer bagi aku sbb dah penah rasa yg lagi sedap dari ni so mcm mmmm boleh laa

Tp kat sini mmg sentiasa penuh org kan tak sure apa yg begitu menarik bg aku ok la tp sebabkan portion yg terlalu besar rasa cm kena bawak sekampung kot mkn sini bru puas hati :( sure tk membazir 

pasta carbonara + meatballs - RM15



Panacotta - RM10


Creme Brulee - RM10




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...