Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday 26 May 2011

.:warna yg sesuai mengikut hari:.

rindu giler kat blog aku ni dah seminggu tak bukak... arini baru masuk opis lepas balik dari berkursus 3 hari kat masjid besi je pun tak jauh mana :-)

tetiba rasa nak share apa yang aku dapat kat sana, aku kursus tentang dokumen terperingkat kalau nak cerita memang takkan semua la paham kan... so tak payah citer pasal tu disamping belajar tu biasa la selit-selit la jugak dengan ilmu-ilmu lain 

just nak share ngan korang mungkin ramai yg dah tau kot.. so share utk sapa-sapa yg tak tau lagi..:-)




warna mengikut hari

ISNIN - PUTIH

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk 
-mencetuskan idea baru, 
-merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. 
-menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. 

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

-Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah...

 
SELASA - PINK / VIOLET

-Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, 
-meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. 
-Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini. 
-Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri.

-Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

RABU - BIRU

-Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). 
- hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

-Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperti goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.


KHAMIS - KUNING / OREN

-Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. 
-Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. 
-Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

-Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain. 


JUMAAT - HIJAU

-Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. 
-Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain. 
-Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

SABTU - MERAH

-Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

-Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

 
AHAD - HITAM

- Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. 
-Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

-Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. 

** lepas ni pegi opis leh la try ikut warna-warna ni...mana la tau kot2 leh change mood bekerja kan....:-)

Wednesday 18 May 2011

.:instant cereal butter prawn for lunch:.

semalam plan nak keluar lepak2 kat flaming ngan member tapi sudahnya cancel

terus malas nak keluar pegi mana-mana mengenangkan kain yang bertimbun tak basuh sambil-sambil tu ajak hubby pegi tesco berangan nak masak la pulakk... simple-simple je pun




ni la menu lunch di hari wesak semalam.. menu lain tak tangkap gambar pun, goreng pedal masak tumis dan sayur... alhamdullilah kenyang kami makan laki bini :-)



cereal butter prawn



haa hebat tak???kuikui

macam pandai je buat ni kan?? padahal cereal tu beli yg instant je kat cosway, opis mate aku ni la yang buat dulu n bagitau ada jual kat cosway aku pun beli la... simple je nak buat dia...

agak-agak kalau yang terror masak tu kira pejam mata je la.. kalau aku pejam mata??.. tah jadi apa la kat udang aku ni....

tapi memang sangat senang.. korang baca je cara-cara nak buat dia kat paket cereal ni.... sesuai la sangat untuk orang-orang yang rajiiiiiiiiiiiiinnnnnn giler masak macam aku ni haaa, tapi berangan nak masak ala2 chef kan!!! so inilah jalan penyelesaian nyer...nasib baik hubby pun cakap sedap...:-)

maybe ramai yang dah pernah beli cereal prawn deli chef ni kot kat cosway...

but for those yang tak beli lagi tu, pegi la order ngan dealer-dealer cosway kat opis korang tu hehe.. k la bubye!!



Monday 16 May 2011

.:D'One Steak Bangi:.

arini aku ada kursus HRMIS, whole day... kat sini je pun, so aku tinggalkan korang ngan entry ni ye.. :-)

jalan-jalan cari makan kali ini membawa anda makan-makan di bangi pulak, hehe

sabtu aritu tak kuar pegi mana pun... boring nyer pasal ajak hubby gi makan kat D'one steak bangi...  aritu penah makan sekali kat sini rasa leh tahan gak la... so ajak hubby pegi lagi ajak malam, dia pulak nak tgk MU lawan Blackburn kul 7.45 tu makanya kitorang pun pegi makan awal2 dan boleh la balik sblm bola start











mushroom soup for both... ni tak best sangat sbb campur ngan chicken.. RM4 each



Sirloin Steak for me - RM14.90
Ice Lemon Tea - RM2.50



Lamb chop for Hubby - RM13.50
Nescafe Tarik - RM2.50






sopan nyer makan... bini sapaaaa ni?? huhu




nak kata sedap sangat tu tak la... tp ok la so-so jer.. tempat dia best gak, ada wifi lagi.. boleh la kalau rasa2 teringin nak mkn western pastu tak tau nak makan kat mana.. sila la datang sini huhu... k la chowww




Tuesday 10 May 2011

.:the humble chef:.

ingat tak entry ni  yang aku kata berbaloi ke pegi sampai ke damansara semata-mata nak makan kat sini.... akhirnya pegi jugak makan kat the humble chef ni....

daripada haritu dok teringin kan.... alang2 dah sampai sungai buloh aritu otw nak balik nilai singgah dulu kat sini makan-makan...







 masa kitorang sampai dalam kul 10 tu diorang baru nak bukak...






 

 masing-masing ambik kerusi meja susun sendiri - self service ye...



hari kejadian adalah sama dengan hari bergambar kat hospital tu sebab baju dan tudung yang sama... hehe



first kitorang order 1 spaghetti Lamb Olio ngan 2 Lamb Omelette........

so ni adalah lamb omelette nyer..nampak mcm biasa je kan ye la dah nama pun omellete tapi omellete dia adalah terbaekkkkkkkkkkkk

serius masa taip ni pun telan air liur teringat.......



yang ni lamb olio spaghetti pun sedap...

(gambar pinjam dari blog eatlah.blogspot.com)




pastu abes spaghetti, abes omelette, order lagi 2 lamb omelette dan 1 spaghetti carbonara konon2 nak bawak balik.... sudahnya makan gak kat situ cuma spaghetti je bawak balik....




ni one of the chef....masa bayar ni dia tnya aku makan apa, agaknya kalau aku tipu pun dia tak perasan, sbb mula2 aku terlupa ckp air coke 2 tin, dia main ambek je duit aku pastu aku teringat baru bayar balik.... huhu

kat sini semua self service, angkat meja sendiri, kerusi sendiri, air ambik sendiri kat dalam ice box yg disediakan, cuma ada coke sahaja.... kalau rasa tak nak minum coke sila bawak air sendiri dari rumah huhu..... lepas makan sampah sarap korang buang sendiri... 

ye la dah murah what do you expect kan..  mana nak dapat kat KL spaghetti 5 ringgit..

tapi makanan dia adalah terbaeeekkkk memang sangat berbaloi2 pegi... hubby pun bila aku sebut balik kat rumah, nak omelette... dia ckp jgn ckp dia terliur... hehe... you shud try this!!!

Monday 9 May 2011

.:introducing our new family member :.

 ni blog acu syaye... syaye pun nak interprame gak kat shini....:-)

 hai cemua...nama syaye Hana Nur Qisya Binti Mohd Halmi, syaye lahir sama tarikh ngan kakak syaye 6 Mei 2011.. kakak syaye Nur Syaza Amanina lahir 6 Mei 2008... syaye tecit je berat syaye 2.37kg jer tau... syaye lahir pagi kul 8 berapa yerk syaye lupa la... nanti syaye tanya mama syaye ye.. hihi

opss lupa la nak bagi tau syaye lahir caesar kat hospital sungai buloh

k la syaye penat la cakap-cakap... syaye nak pegi minum shusu la....bubye!

jom tengok gambar-gambar syaye yg acu ngan pakcu tangkap jom... comeii tak syaye??? umuaaahhh :-)












































 
 ~ big hugs n kisses for acu's blog readers ~

Thursday 5 May 2011

.: asmara oh asmara :.


sapa layan citer Asmara???? sila angkat keyboard...sapa tak layan pun angkat jugak.... hehe
citer tu makin lama makin sedih aku rasa.... iskkkk tak sukaaa sangat tapi tetap nak tunggu depan TV setiap hari selasa kul 9 malam ..... adoiiii nape la Asmara tak dgn Zalia.... sedihhh tau....

memang la melati tu baik sangat-sangat tapiiiii..... nak asmara ngan zalia jugakkk!!! aritu dah ok dah diorang.... sweeet sangattt masa tu alahaiiiii...




bapak Zal tu jahat giler gerammm aku...emo betul tgk citer tu... harap2 ending dia best la... mudah-mudahan tak sia-sia tunggu everyweek.... kannn... huhuhu

skrg tak abes2 layan lagu Asfan - Terhenti di sini

besttt..layan dari pagi sampai balikk.. sudahnya pening dok dengar lagu yg sama je... hehe


.: secretary course @ swiss garden-2:.

jom sambung entry lepas...citer second day kat seminar ni, mcm biasa la ceramah-ceramah bagai... dan ada gak aktiviti berkumpulan...

malam tu pulak ada malam gala UKM, dalam ramai-ramai tu, aku salah sorang terpilih utk buat persembahan malam tu... stress betul ingat kali ni tak de la nak buat2 persembahan bagai.. rupanya ada jugak, 48 org terpilih daripada 250 org tu... ada 6 group semuanya
dah la masa sekejap je... abes class petang tu kul 5.30 baru start praktis kul 8 dah kena turun ballroom plak... memang kelam kabut dibuat nye dinner pun tak turun makan....mana nak solat lagi, nak bersiap lagi dah la tak de bawak baju bnyk time tu... dah memang ngam2 dah utk dinner yg lain2 tu just bawak seluar ngan kemeja je... 




finally lepas discuss group kitorang decided nak buat  fashion show ala-ala next top model tp yg lawak2 punya... 









 ni la barisan model2 bidan terjun yang buat fashion show


















daripada 6 group tu cuma 2 group je yg dapat tmpt pertama dan kedua, yg lain saguhati je
 memang tak sangka group kitorang dapat No 2... so dapat la hamper kecik tu...jadi la kan.. tak sia2 berlapar haha...






  ni gambar2 masa last day kat swiss garden ni... ada ceramah pagi tu, pastu ambik sijil





bergambar kenangan dengan model2 dan hamper kemenangan sebelum balik... 

last day ni masa diorang pasang lagu, nyanyi2 lagu hitam putih kehidupan tu sedih sangat tgk fasilitator dari BMR tu menanges, aku pun menanges sama... biasa la aku ni pun pelakon air mata gak.. pantang sikit2 nak nanges... hahaha 

BMR EDU SERVICES ni diorang memang terbaekkk la.. ni dah kali ke3  aku join kursus / seminar anjuran diorang.... memang besttt sangat-sangat... tak sia-sia pegi.. 
 kenal lak ngan member2 yang giler-giler.... yana & kak nor uolllsss memang giler-giler.... i likeee.. :-) 

enjoy tis program so mushhh.... ;-)

Wednesday 4 May 2011

.: cerita seminar setiausaha @ swiss garden :.

seperti yg dijanjikan...





sampai2 je tghari tu check in pastu memang tak de aktiviti sampai kul 8.30 baru start dinner, so kitorang pe lagi lepas solat zohor terus merayap ke Sogo menemankan my room mate kak anis dia nak shopping hadiah utk husband dia...

memang sungguh2 shopping minah tu, aku tak beli pape pun.... pening org terlalu ramai padahal hari jumaat, maklum la sale sampai 80% kataa.... memang org mcm ulat la jawabnyer...
balik tu kul 6 sampai hotel rest2 kejap, mandi siap2 utk pegi dinner....










 posing-posing dulu kat luar Ballroom..




 
 menu macam biasa la kalau dinner chinese course





 me n kak anis



si demookkk



si demokkkk kuasa dua










 artis jemputan malam tu raja azura....dah lama tak dengar dia menyanyi kan?? tp sedap suara dia siap leh tarik lagi nyanyi lagi Kris Dayanti.. :-) terbaekkk la kak engku






bergambar beramai-ramai dengan PA-PA dari bahagian kitorang....ok ni gambar hari pertama hari seterusnya sambung next entry k..... choww!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...