Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label cook n recipes. Show all posts
Showing posts with label cook n recipes. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

.: nasi goreng ikan rebus :.


 kat sini susah nak cari  ikan rebus fresh2 biasa kalau kat perak bersepah orang jual kat pasar, aritu pegi giant ada la tp tak fresh .... ni kebetulan jalan-jalan kat Aeon big alamanda tgk ada plak ikan rebus ni nmpk fresh plak tu

3 ekor 3.15 kot... ok la kan teringin nya pasal beli jer... balik rumah tu plak teringat tak de limau kasturi, tak de cili padi, gigih plak la mengajak hubby pegi kedai semata2 nak memuaskan tekak yang teringin ya hamat ni..... balik kedai zassss zasss terus masak, 

nasi goreng tu nasi goreng biasa jer, letak cili padi, letak belacan skit letak kangkung... siap

goreng ikan rebus ngan bawang besar dan cili padi skali letak dalam pinggan, letak timun perah limau kasturi kat ikan rebus goreng tu... 

perghh mmg terangkat okehhhh sapa tak penah mkn sila cuba





kat area2 perak, ipoh tu mmg food court n kedai-kedai makan dia rata-rata jual nasi goreng ikan rebus ni tp kat sini mmg tak jumpa,  tu sbb la bila teringin terpaksa buat sendiri :)

tengok balik gambar ni mesti mcm teringin jer nak buat lagi...tapi hubby tak minat aku makan ngan bella jer pun bolehhh :) nommm nommm

Thursday, 24 October 2013

.:masak ikan patin tempoyak pahang stail:.


berkurun punya cerita baru nak update... busy berbisnes katanya... kikiki 

 ikan patin ni pesan kat member opis PIL dia orang jengka.... malam-malam FIL dia siap delivery dari pahang mana yang dok kat putrajaya terus dapat la memandangkan aku dok jauh nun di Nilai esoknya kat opis aku dapat ikan nya... beli sekor jer pun aku ni...bukan sapa makan pun kat rumah tu aku sorang jer yang makan... aku kan tekak orang perak harus la makan tempoyak2 ni... org nogori tak berapa reti kot...ntah... yg pasti hubby aku tak suka

tak pe sorang pun boleh je layan
ahad tu aku masak la tu pun jenuh suruh MIL cari tempoyak kat pasar salak pagi tu... 






dah cukup lengkap bahan nya baru la boleh bersilat kat dapur kan.... aku masak tiga keping jer pun... first time masak stail pahang ni biasa org perak lain


yg ni aku buat guna resepi yang kwn aku tu bagi


tempoyak
cili padi
kunyit hidup

*semua ni blend pastu masuk jer dalam periuk dah mendidih masuk ikan n daun kesum... siap letak la garam skit... mcm aku punya tempoyak ni masam giler mungkin tempoyak lama sgt ke aku tak sure aku tambah gula skit dalam gulai ni bagi rasa manis2 skit...




so ni la hasilnya.... bagi aku sedap la ikan tu tak rasa pun mcm hanyir ke rasa tanah ke

yang best tang kepala tu... mmg nikmat sungguh... makan ni teringat2 masa makan kat tekam plantation resort last 2 years masa buat teambuilding kat sana mmg terbaik gulai tempoyak ikan patin dia

Tuesday, 17 September 2013

.: 1st trial buat sambal hitam pahang :.

 

ni la rupa sambal hitam yang aku buat tak menjadi hitam sangat agaknya belimbing tu tak cukup lama utk hitam kot masa rebus :)




rasa dah lebih kurang sama dah cuma aku nya termasin skitt... terlebih garam kot mihmihhhhh malu tauuu kat orang pahang

1st time rasa sambal ni masa bulan puasa aritu opis mate bawak, MIL dia org pahang, MIL dia buatkan sedap giler... mintak la resepi

aku balik perak mmg buah belimbing ni belakang rumah je try la jugak buat.... tak per try n error lepas ni tau dah mcm mana nak buat kan... :) ayat menyedapkan hati hubby pun ckp termasin n kurang pedas


ni gambar masa rebus belimbing atas dapur tu... masa jadi hitam tu igtkan dah hangus tp cium bau sedap plak bau mcm gula hangus pun ada walhal pakai garam... 




nak buat mcm tak la susah n banyak bahan cuma renyah nya sbb nak rebus belimbing tu la... mau abes gas hoiii lama2 hihihi

ni jer bahan-bahan dia:


belimbing yang dah direbus dengan garam sampai hitam
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
cilipadi

tumbuk2 pastu goreng sampai kering... siapp




 siap makan ngan roti canai lagi...letak kuah dal + sambal ni sedappp




next trial confirm menjadiii.. ngehhhh

Monday, 2 September 2013

.: resepi triffle :.



hari jumaat lepas ada jamuan raya kat opis.... aku as usually bawak dessert jer sonangggg!!

ni aku bagi resepi... 
resepi yg ni banyak dah reka2 sendiri gak resepi asal dari kak nani rostam n blog neenaanuar tp aku ubah skit

 
Bahan-bahan :


Full cream - 1 kotak (nak bagi rasa berlemak mcm aiskrim sila guna susu ni )
tepung custard - 3 sudu penuh
Buah dalam tin (aku pakai peach sbb senang nak potong)
crystal jelly 2 kotak (aku pakai strawberry)
swiss roll (aku pakai pandan sbb nak bagi layer dia color2, bawah hijau, custard kuning, buah oren, agar2 merah)

bahan2 ni boleh buah utk 2 bekas




 cara-cara :

1. potong swiss roll agak2 la jangan nipis sangat penuh kan ruang bawah bekas
2. bancuh 3 sudu tepung dengan susu tu dalam mangkuk dulu bagi rata jangan berketul2 tepung tu, dalam periuk panaskan susu tu satu kotak, masak custard dengan susu full cream tu perlahan2 api kena slow, dan kacau sentiasa . sbb takut custard berketul... letak gula skit agak2 la dalam 2 sudu penuh ke..agak2 dah pekat tuang atas swiss roll tadi
3. susu buah atas custard tu.. tekan2 skit jgn bagi buah terapung bila tuang jelly
4. masak jelly ikut instruction kt kotak... 1 kotak = 400 ml air dah sebati tuang jer atas skali... siap

nak elok cantik boleh potong buah sehari awal dan simpan dalam peti 24 jam... contoh mcm aku nak guna utk jamuan raya opis jumaat so rabu malam aku dah buat... kalau tak nanti tak boleh potong... lembik 



ni rupa bila dah susun buah.... bahan2 td cukup untuk dapat 2 bekas tupperware ni


*
*
*
*
*

ni plak rupa bila dah potong.....

sedappp yummsss... tetiba puji sendiri... haha tapi mmg sedap sila la try pasti tak menyesal :)

 




Monday, 26 August 2013

.: mini open house yang tak dirancang :.

Actually tak de plan pun nak buat any open house tahun ni sapa nak dtg, dtg jer la gitew konsepnya... 

tapiiiii sabtu tu masa beropen house di putrajaya tu, tetiba budak2 opis aku ckp nak pegi Nilai 3 ahad tu, dah kata nak ke Nilai 3 khenn harus terus tengok muka aku n ckp kitorang singgah rumah kak yatt ye??

ah sudahhh!!! aku terus mcm whatttt?? MIL aku takde hoiiiiii...

tp buat slumber lagi... yg nak tergelak nya berpuluh2 kali pesan kat diorang kalau confirm bgtau awal2 pagi... sampaikan aku dah kuar dari rumah tu, pusing balik n jerit... bgtau tau confirm ke tak? nampak sangat cuak nak bersilat didapooo... haha 

diorang pun ckp confirm... dpn lif sementara nak turun dari rumah org tu dah bincang ngan hubs, apa kita nak masak ni pa? selamat la hubby aku mmg pandai masak.... lega skit, dia ckp kita buat macaroni goreng jer la... aku pun mcm ha ok nnti boleh la buat desert2 skit buah n goreng kuih2 skit settle

kononnya kannn... skali mlm hubby ckp eh kwn dia plak nak dtg beramai2 membuat rombongan nak mkn nasi tghari... ah sudahhh jgn bikin aku bertambah2 cuakkk hoiii

maka pepagi buta kami 3 beranak pun menunggu la tesco bukak sambil berbreakfast di kedai mamak sebelah tesco tu...


my kembang setaman lil baby boo :p




menjerit2 nak air nescafe n teh panas kitorang... air dia ada tak nak....satu kedai mamak tengok dia jerit2.. last2 aku pujuk ngan yourgurt bliss ni... haha belasah la...skali skala



mama picit2 jugak budak bertuah ni..... gewammmm



skrg dok dalam trolley tak main dok kat baby seat tu ye....

saya dah besyarr nak diri okeh mama...

kemain seronok dapat diri dalam tu... bila tolak terhuyung hayang menkontrol badan dari jatuh... tp tetap sukaa... haihhh la anak mcm2 ko ni...



 chinta hati mama




 setelah berkelantang-kelentung didapo laki bini... ni la hasilnya papa buat makaroni ngan gulai ayam masak lemak cili padi, aku goreng sayur ngan ikan bilis goreng cili padi... dessert puding karamel aku tak menjadi... frustt 1st time buat tak jadi.. kelam kabut agaknya padahal punya la senang buat benda tu... :( nasib baik soh papa beli tembikai so mkn tembikai je la hihi



dah siap masak, tak sempat lagi nak susun2 makanan, dah org bagi salam, org lain yang ditunggu tgk2 org lain plak dtg hahaha... kwn opis aku plak dtg siap bawak ipar duai dia satu kereta makin meriah la rumah aku terus risau nasi tak cukup kuikuiiii 

nasib baik la ada papa yg menenangkan keadaan ... jgn risau cukupp... kalau ikut aku dah pegi masak lagi seperiuk nasi dah...

so ni kawan-kawan aku..


yang ni plak group kawan-kawan papa sampai ke dapur duduk yang kat dapur aku tak tangkap gambar la sbb dapur agak berselerak
 

Alhamdullilah semua cukup makan, nasi ngan lauk ngam2 jer.... makaroni pun cukup... harap2 semua ok la ngan open house yang tak dirancang ni...

bila semua dah balik, settle kemas skit basuh semua pinggan,  baru nak tido depan tv datang pulak pakcik hubby... haha jenuh aku melayan la jugak sambil menguap2 kikiki

lepas tu apa lagi terbongkang 3 beranak tido depan tv sampai dkt maghrib baru bangun... tu pun sbb mil balik... mlm pun ada lagi sedara mil dtg kira smlm mmg open houseee sungguh laa... 

so sapa2 nak dtg rumah lagi boleh la datang selagi tak abes raya... raya kan sebulan insyallah aku tetap buat yg special jugak hihihi...jenis aku mmg tak sampai hati nak jamu kuih raya semata... sbb rumah aku jauh sampai ke nilai nun kawan2 opis plak kt putrajaya bila dtg harus ku jamu special2 skit kan.. Insha Allah :)






Tuesday, 23 July 2013

.: update on ramadhan :.

memandangkan dah berbelas-belas hari dah ramadhan dan aku baru sibuk nak hapdet jadi aku update secara berjemaah jer la lauk pauk yang aku n mil masak sepanjang ramadhan ni... 

memang jarang sangat membeli... aritu beli kuih basi belum sempat makan lagi pastu bila beli lauk luar mesti tak abes, kalau masak sendiri ikan goreng pun abes jer... nak2 laki hubby bulan puasa ni hari-hari balik jer "mama buat sambal belacan" tetiba plak syok makan sambal belacan bininya ni hari2... pastu aku punya kontrak boleh kata hari2 buat sayur... aku ni masak tak la pandai mana tp takat nak bagi suami makan tu boleh la....

bab2 sayur goreng-goreng n buat sambal belacan mmg mil serah kat aku jer... pastu masak ayam or ikan bilis cili padi kat hubby dah cukup dia hari2 makan masak cili padi tu pun tak pe....


 


boleh katakan hari-hari lauk lebih kurang sama jer la, tapi puas hati masak sendiri 
simple2 pun confirm habes







hari-hari ada sambal belacan kan... tumbuk pakai lesung tuuuu :) lepas abes ramadhan ni bermuscel2 la tangan aku haha tumbuk sambal 30 hari katakannn :)

tapi yang paling best skali dlm bln puasa ni adalah pekasammm org utara pandai la mkn ni kt umah tu aku sorang jer mkn.. org lain tak pandai makan, sorang pun ok janji lepas tekak ni hihi






  ni plak antara dessert yang sempat dibuat... org kg aku panggil ni penganan tungku dalam dia inti gula putih + santan kat luar perghh mmg feveret ni bila bulan puasa 




disamping tu tak lupa juga buat bekal untuk si kecik tu buatkan sosej roll kat dia, ni antara feveret dia la



ni antara picture-picture yang sempat digodek... 

sempena ramadhan ni kan mmg la ramai update makanan jer sana sini, terliur tgk hihi

k la see u :)

Monday, 22 July 2013

.: homemade ice cream :.


simple jer sebenarnya nak buat ice cream ni sebenarnya tak payah resepi pun, tp sbb ada yg request so aku update jer la hihi... puas mencari ice cream mould ni mmg penah dah buat icecream kat bella before ni tp just guna bekas biasa jer.. bella suka tu yg sibuk mencari mould tu... skali kwn aku ckp kat daiso ada, kebetulan last week pegi the mines beli la benda alah ni...

sebelum buat tu google2 la jugak mcm mana cara nak buat popsicle ni, banyak la jumpa tapi rata-rata resepi lebih kurang sama jer....

aku decide buat guna benda yg memang ada kat rumah jer for 1st trial... 

aku buat dua jenis yang aku bagi nama sendiri hihihi

 Milky Nutella & Tutti Frutti

yang nutella jer just blend fresh milk + nutella jer

utk tutti frutti tu plak aku guna buah pear ngan mango, buah pear tu aku blend dulu, then mango tu aku just potong kecil2 jer letak atas pear tu.... utk bagi rasa manis skit boleh letak madu (1year above) 

guna buah lain pun boleh ikut kreativiti sendiri la... kalau boleh guna buah jer lagi elok untuk baby, buah boleh campur ngan fresh milk blend, or just letak buah jer, rasa manis original dari buah tu sendiri pun dah ok dah tak perlu tambah gula or madu pun actually





nak tau sedap ke tak???

*

*

*

*




tengok gaya si kecik ni makan heheh kejap jer dah abes... kemain suka dia :) thanks sayang sbb suka semua benda yang mama masak dan buat untuk awak :)




sampai mama pun teringin laaa



the result is yummmmm hehehe ok larr kannn tanpa pewarna or bahan2 yang kita tak tau apa baik buat sendiri :)




ni la rupa mould yang aku beli kat daiso tu 



selamat mencuba :)

Monday, 19 November 2012

.: mood masak-masak : bread pudding :.


mood terlebih rajin la plak nak memuding-muding... dah lama sangat tak de dapur sejak ada si bella, derhaka sungguh la hehe

 tekak teringin nak makan kena la merajinkan diri

sambil buat pudding beperang pulak ngan si bella kat dapur, tetiba dok merap plak dia,
nenek dia tak de, aku la jadi mangsa buli dia asyik nak dukung jer tak nak baring lama-lama 

nasib baik senang nak buat bread pudding ni...







ni pun resepi dari kwn aku, aritu mkn kat rumah dia sedap lar plak tu yg teringin nak buat

resepi :

1/4 cawan gula
2 biji telur
100ml milk
200ml whip cream
vanilla esen

4-6 keping roti
butter 
choc chip


sapu loyang ngan melted butter, mix jer semua bahan kat atas tu, masukkan roti letak choc chip ke kismis or apa2 jer yg korang nak letak... bakar api atas bawah 30minit..siap


Monday, 5 September 2011

.:buat cornflakes coklat sebelum balik raya:.

before balik raya minggu lepas sempat lagi buat ni... cari biskut yang senang jer tak payah bakar yg penting sedapp kikiki....

mula-mula buat satu adunan jer... dpt banyak gak tp rasa mcm tak cukup jer.... hubby pun yg tengah tgk Tv kat depan jap2 pegi dapur curi biskut, suka pulak dia makan ....

aku lak nak bawak balik perak memandangkan anak buah aku yg 12 orang tu memang suka makan so aku tambah lagi rasanya ada kot dekat2 500 biji aku buat

aku sampai perak malam raya kedua tu diorang terus bukak pagi esoknya dah licin dah... naseb baik buat banyak hihi... kali ni buat guna coklat cadbury tu yg sedap tu....








aku sampai perak malam raya kedua tu diorang terus bukak pagi esoknya dah licin dah... naseb baik buat banyak hihi...

disebabkan kali ni buat guna coklat cadbury ..kejap je dah abes licin..biasa nya aku buat pakai coklat masakan tuh jer

resepi senang jer double boil kan coklat, dah cair masukkan jer cornflakes pastu sudukan masuk dalam paper cup tu letak manik warna-warni sebagai hiasan... siap... senang kan?
next year leh buat lagi... :)

Thursday, 11 August 2011

.: menu sahur ala2 humble chef :.



 hubby cakap "ni apa hal subuh-subuh hari bereksperimen ni?"

haha...tadi bangun-bangun sahur terpikir nak try buat cheese omellete  ni sbb hubby suka sangat makan yang kat humble chef tu... telur je pun kan.. tp memang tak pernah try pun buat ni biasa buat telur dadar biasa jer la....

semalam pegi giant equine ngan member-member opis beli barang-barang skit tp memang tak pikir pun nak try buat omellete ni... beli roti la cheese sume sbb dah tak lalu nak makan nasi time sahur konon nak makan roti la pulak.... 

sudahnya try buat omellete ni sbb bahan sume ada..







ini la hasilnya.... ada la rupa skit-skit kan?? :)




ni setelah dipotong nampak isi dalam omellete....

komen hubby "sedapp.. humble chef boleh tutup kedai mcm ni" hahaha tak de la... 

tak la sesedap humble chef tu tp kira kalau teringat-ringat nak makan pastu rasa susah nak pegi sampai ke damansara nun dah boleh la wifenyer ni memenuhi selera tekak dia kann... :)






haaa yg ni humble chef punya... nampak lebih kurangkan kesedapan nyer?? ke aku punya sedap lagi?? ;p .... hikhik


updated wit recipe :-)

omelette pun nak kasi resepi kan? hihi 

bahan-bahan
  • telur sebijik
  • susu full cream (2-3  sudu)
  • cheese (aku pakai chesdale keping tu jer.. nak sedap lagi leh letak parmesan cheese ke apa2 cheese yang korang rasa nak letak )
  • sosej potong dadu (korang leh letak daging kisar ke apa sajer yg korang nak letak  mcm kat humble chef tu dia letak lamb) - goreng dulu
  • lada sulah/ serbuk lada hitam  
  • butter


cara-cara:~

1. pecahkan telur dalam mangkuk, tuang susu, kacau sampai rata dengan garpu
2. panaskan kuali, letak butter satu sudu (guna api yang perlahan)
3. tuang telur, letak sosej dan letak cheese kat tengah-tengah telur tadi.. agak2 dalam 2-3 minit lipat telur tersebut dan angkat 
4. sedia untuk dimakan :)





** sekian dari isteri yang berusaha memenuhi kehendak selera mr. hubby nyer :) 
** lepas ni nak try buat spagethhi aglio olio plak la... mcm kat humble chef tu :) chaiyok! chaiyok!

Wednesday, 20 July 2011

.:udang masak lemak cili padi utk potluck opis:.

hari ni kat opis kitorang pakat-pakat buat pot luck sempena nak menyambut bulan ramadhan
dari minggu lepas masing-masing sibuk pikir.. bincang.. nak bawak apa....aku memang dah plan nak bawak udang masak lemak cili padi... senang skit tak payah nak renyah2 guna barang yang ada kat rumah je.... ye la masakan ni dah memang boleh kata hari2 MIL masak kat rumah dah tentu-tentu senang nak buat... :-)

risau gak tak jadi sbb ni baru 1st time aku masak sendiri tanpa MIL tunjuk... biasanya dia ada tunjuk-tunjukkan apa nak kena masuk.... memang tak susah tp risau rasa dia tak sama mcm orang negeri sembilan punya... yela aku kan orang perak... buat gulai tempoyak reti larr.. hihi

semalam balik keje dah lepassettle-settle mandi apa sume, ngantuk giler tak larat nak masak... tido dulu sedar2 dah kul 1 pagi.... terus teringat gulai tak masak lagi.... cepat-cepat pegi dapur masak.....


 


ni la hasilnya gulai masak lemak cili padi yang dimasak kul 1 pagi... ngehngeh... 

nasib baik hubby temankan masak... dan jadi tukang rasa... dia cakap ok sedap... sama mcm mak dia masak.... so ok la kot.... :-)


Thursday, 14 July 2011

.:puding roti ikut resepi kak nani rostam:.

 kemain panjang tajuk entry aku kannnn....

dah lama giler teringin buat bread puding ni bila bukak je blog kak nani je terus ingat bread puding dia.... ikut je resepi dia... menjadi seperti bread puding dia belum tentu lagi... hihi

lagipun tu je yang agak senang nak buat... nak buat kek kang takut tak jadi plak kan....
so semalam balik keje gigih berjalan kaki ke alamanda sorang-sorang mencari barang-barang lagipun smlm MIL tak de kat rumah... so masa ni la aku nak guna dapur sewenang-wenang nyer :-)

 



ni la hasilnya......nampak mcm tak cantik kan?? roti tu tak kembang mcm kak nani buattt... :-(

warna dia mcm tu bukan sebab hangus tau.... sebab aku guna roti coklat kismis (gardenia) tu la warna dia mcm tu...

aku jenuh mencari roti butterscotch tak jumpa dari alamanda ke Nilai mencari satu kedai pun tak de..... tak sure la kenapa... time aku nak beli je tak de, saje je dengki kat aku kan?? kalau tak nak tu berlambak-lambak la pulak aku tengok kat kedai..... ;-)

gardenia butterscotch no longer in the market ke?? 


finally aku ambik je gardenia coklat kismis ni.... boleh la dari takde... hihi




lepas potong baru nampak cantik sikit kan??? rasa?? mmmmm tak tau nak ckp.. ok kot....kikiki

nak resepi?? ambik kat blog kak nani rostam ye...

Wednesday, 13 July 2011

.:resepi brown sos:.



 pic : from mr google


atas permintaan kawan aku, aku letak resepi brown sos kat sini walaupun aku takde resepi yang sebenar.. jenuh aku pikir mcm mana nak bagi resepi ni.....

sebab aku ngan hubby main letak-letak je apa kitorang rasa nak letak dalam tu sampai la rasanya memenuhi tahap piawaian tekak kitorang

Bahan-bahan


-Bawang Besar - potong dadu
-butter - 1 sudu
- Gravy Mix tak kisah jenama apa, Jenama Knorr pun ada  (beli kat pasaraya, Giant ada biasanya) 
-Button Mushroom dalam tin (potong nipis-nipis)
- Full Cream Milk - 1 cawan
- Oyster sos -2 sudu
- brown sugar / gula merah (agak2 sampai ada rasa manis2 skit) 
-blackpaper sos -  1/2 botol (aku pakai jenama puteri, botol sama mcm cili sos)


cara-cara :-

bancuh gravy mix dengan air, kacau sampai rata supaya tak berketul bila masuk dalam periuk...tumis bawang dengan butter sampai naik bau, masukkan gravy mix, dan tambah air agak-agak jangan cair sangat, kacau sampai pekat masukkan full cream milk, oyster sos, blackpaper sos, gula merah dan mushroom... kacau sampai pekat..






sedap di makan ngan lamb ni... :-)

selamat mencuba... fida kalau tak jadi jangan marah ye...  tapi setakat ni 2 kali kitorang buat tak de lagi yang kata tak sedap..... hihihi

Thursday, 7 July 2011

.:my version of puding caramel:.

mmmmm.... gigih buat puding caramel ni malam tadi semata2 sebab kak aida member opis aku tu suruh buat, lepas kitorang sibuk-sibuk tengok blog kak nani rostam tu... kesian la pulak kat dia... balik opis tinggal beli susu je, barang2 lain sume dah ada kat rumah dah....

konon-konon nya ikut la resepi kak nani rostam tu, boleh pulak tgk resepi tu 10 kali pun tak perasan yg dia guna susu pekat... aku beli susu cair la pulak... sbb sebelum ni pernah buat gak last buat pun lama dah bulan puasa 2 tahun lepas kot rasanya masa tu guna susu cair.... sudahnya hentam je la... ikut resepi dia sikit... ikut sesuka hati aku banyakkkkk... huhuu...


ni la hasilnya....



still dalam loyang lagi... tak terbalikkan pun... hehe...


resepi ikut kak nani... tapi rasanya mmmm aku pasti tak sama sesedap ngan yang kak nani buat...:-)
hari ni kat opis ada 2 puding caramel...haha... sebab antara 4 orang yg dok tengok resepi ni boleh pulak aku buat....member opis aku kak shima pun buat.... hihi berkenduri puding la kitorang.... patut la masa nak buat puding ni aku dok rasa mcm ada je org lain buat gak.... kelakar betul...dah macam pertandingan buat puding dah... moral of the story lepas ni nak buat apa-apa kena bagi tau dulu..hiiiiiii~ :-)

lepas ni nak cuba resepi lain la pulakk... :-)


pavlova cake maybe??? confirm tak menjadi... haha

Wednesday, 18 May 2011

.:instant cereal butter prawn for lunch:.

semalam plan nak keluar lepak2 kat flaming ngan member tapi sudahnya cancel

terus malas nak keluar pegi mana-mana mengenangkan kain yang bertimbun tak basuh sambil-sambil tu ajak hubby pegi tesco berangan nak masak la pulakk... simple-simple je pun




ni la menu lunch di hari wesak semalam.. menu lain tak tangkap gambar pun, goreng pedal masak tumis dan sayur... alhamdullilah kenyang kami makan laki bini :-)



cereal butter prawn



haa hebat tak???kuikui

macam pandai je buat ni kan?? padahal cereal tu beli yg instant je kat cosway, opis mate aku ni la yang buat dulu n bagitau ada jual kat cosway aku pun beli la... simple je nak buat dia...

agak-agak kalau yang terror masak tu kira pejam mata je la.. kalau aku pejam mata??.. tah jadi apa la kat udang aku ni....

tapi memang sangat senang.. korang baca je cara-cara nak buat dia kat paket cereal ni.... sesuai la sangat untuk orang-orang yang rajiiiiiiiiiiiiinnnnnn giler masak macam aku ni haaa, tapi berangan nak masak ala2 chef kan!!! so inilah jalan penyelesaian nyer...nasib baik hubby pun cakap sedap...:-)

maybe ramai yang dah pernah beli cereal prawn deli chef ni kot kat cosway...

but for those yang tak beli lagi tu, pegi la order ngan dealer-dealer cosway kat opis korang tu hehe.. k la bubye!!



Thursday, 7 April 2011

.:mari main masak-masak:.

mood untuk berblog sudah kembali....mari kita berblog...:-)

semalam balik keje main masak-masak, tak masak pe pun just goreng sayur ngan buat sambal mangga.. kawan opis bagi mangga muda sebab nak buat sambal mangga versi dia, tengok resepi dan gambar kat sini 

menarik skit aku punya kurang menarik huhu

kalau aku kat perak biasa buat sambal mangga macam sambal belacan biasa, tapi tambah mangga.. yang ni tambah ikan goreng... aku tak pernah rasa tu yang gatai nak buat... tapi tak sama sangat lar mangga aku cam dah kuning-kuning skit so dia jadi macam basah-basah bila tumbuk....tapi jadi lar.. sedap jugak hihi




 

pastu goreng sayur kailan sos tiram




makan dengan lauk yang MIL dah masak, 

Sambal Sotong dan lauk wajib orang negeri sembilan, daging masak lemak cili padi..... alhamdullilah kenyang hihi.... k lar nak lunch dulu...tata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...