Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, 24 May 2010

.: weekend aritu :.

nak citer pasal kitorang pg makan-makan ahad aritu alang2 mak dah ada kat sini mak ajak nak pegi Nilai 3, aku ngan hubby pun pg sungai buloh ambik mak, abah, kakak aku ngan anak buah aku.. sblm tu pegi makan dulu kat restoran warisan, terachi jalan nak g kuala pilah...

actually aku tgk restoran ni dalam rancangan jom rasa kat TV2 ke TV1 tah aritu terus rasa terliur tgk masak lomak dia.. aku pun ajak hubby pegi... restoran ni lebih kurang 45 minit dari KL... btol2 depan simpang nak masuk istana seri menanti.. istana belah kanan kedai ni belah kiri...


masuk2 pintu gerbang restoran ni aku dah terpegun dah.. kedai dia mmg sangat cantik... luas tenang.. lagipun restoran ni tepi sawah padi walaupun agak panas tp ada angin tiup nyaman sangat... abah nyer komen.. apa tau.. kedai mcm ni tmpt org kaya2 je makan.. aku ckp tak pe la bah skali-sekala boleh la... mmg tak ramai org makan masa tu.. tp bila dah masuk kul 1 mcm baru la ada 4-5 family dtg makan... restoran ni beroperasi start dari kul 12 tgh sampai 1 mlm... utk keterangan lebih lanjut tgk kat website restoran warisan ni ye
jom tgk apa yg kitorang order


*
  *
*



 
sambal udang petai ( hubby mmg hantu petai)

 

kailan ikan masin (ni mcm tak kena je ngan lauk kg.. kitorang order kangkung belacan sbnrynya tp kangkung plak tak de so tukar ngan ini)

 
 
ikan keli salai masak lemak cili padi
 

tempoyak daun kayu (ni order utk mak ngan abah.. antara menu famous kat sini)




daging salai masak lemak cili padi... mmg marvelous

 


ni sup ayam tak pedas utk anak buah aku si syaza


sambil makan tangan kiri snap gmbr... hubby biasa la mengeleng kepala tgk aku.. tak lepas2 ngan bergambar... huhuhu



kat sini ada persembahan kebudayaan Negeri 9.. dari penduduk tempatan... utk menghiburkan pelanggan...




kat sini diorang sediakan beskal budak ni..., stollers, wheel chairs utk kemudahan pelanggan... org yg paling seronok skali adalah syaza... dari start dtg sampai balik dok atas beskal tu....






 

Air Janda Pulang ni air yg spesial kat sini.. masa pelanggan dtg diorang jamu airni dalam cawan kecik.. utk promote... air kelapa + isi kelapa + gula enau... boleh thn la sedap gak....

 
 
so this is the total...
   
hubby sila la bayar ye... TQVM hubby sbb bawak n belanja kitorang dtg mkn kat sini mmg best restoran ni....

Friday, 21 May 2010

.: blog aku dapat award?? :.

gojes ke wei blog aku ni.. hahaha org nak singgah pun ala2 tak lalu gitew...
pape pun thanks to jaja sbb bagi award ni utk blog aku yg tak berapa nak berhupdate dan tak berapa nak gojes ni....
Thank you very musshhh dear jaja

Monday, 17 May 2010

.:layak kah aku sebagai anak:.

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki'

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...." Ada duit? Minta ayah sedikit.."Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balikkampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteridan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidakbanyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukarditembak reaksinya." Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek."Takkan 5 ringgit?"Emak mengganguk.Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang bolehdibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulangke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yangbagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untukdiberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi sayayang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap kali memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalikperlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.

Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingatkomen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri."Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya." Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya.

Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak."Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' olehs aya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :"

Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupunitu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akanpulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.

"Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-manabuku perniagaan. Masih punya ibu bapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

*

*

cerita ni benar2 menyentuh hati aku... dan terkenang aku kdg2 ada jugak merungut bila duit tak cukup tp aku tak pernah miss bagi duit pada emak.. walaupun pemberian aku tu terlalu sikit... dan setiap kali bila aku kekurangan duit dan merungut pada hubby " nak bagi mak lagi" hubby mesti ckp tak pe bagi je pada mak duit tu akan datang balik pada kita.. ya btol aku silap kerana merungut.. dan aku sedih bila rasa diri aku tak layak dipanggil anak... kenapa ibu bapa kita boleh bersusah payah cari duit utk kita tapi kenapa seorang anak nak bagi 50 pada ibu bapa pun sangat susah???

:-(

Wednesday, 12 May 2010

lagenda budak setan promo.mp4

Sapa tak pernah baca novel Budak Setan ? aku ingat lagi masa tue kalau tak silap time Form 3, penulis novel Budak Setan iaitu Ahadiat Akashah... masa tu sibuk nak pinjam semua novel2 ahadiat akashah masa tu pinjam je la nak beli mmg tak de duit... tp sume citer2 tu aku dah lupa dah... novel tu Memang jiwang karat punya novel la. Sempat jugaklah menitis air mata ni.

Lagenda Budak Setan ni kan bakal diadaptasikan ke dalam filem yang turut diberi tajuk Lagenda Budak Setan.

Hero dan heroinnya ialah Farid Kamil dan Lisa Surihani. daripada trailer filem Lagenda Budak Setan ini nampaknya macam satu filem yang menarik. kalau tak silap aku filem ni akan keluar 3 june ni.. so sama-samalah kita nantikan. Sementara tue jangan lupa layan trailer filem Lagenda Budak Setan kat atas ye..

penangan daripada citer yg bakal kuar tu.. aku ni pun sibuk la nak cari novel tu... smlm ajak gak hubby pegi alamanda cari kat MPH.... yg si hubby plak sibuk nak balik cpt2 nak tgk adamaya... geram aku.. tak leh nak pegi mana skrg ni balik keje je kena balik terus sbb dia nak tgk adamaya tu... tensioon tau.. dulu citer cinta balqis.. pastu nur kasih.. mmg tak leh g mana time tu.. kena dok depan TV sblm 6.30... aduiihh pening dibuatnya... layankan je la...

ko pelik tak?? hubby aku tak pernah tau pun pasal novel ni dan tak pernah tau pun pasal ada penulis novel nama ahadiat akashah... dia lahir dalam dunia mana pun aku tak tau... huhuhu
aku main ambik je novel tu ... hubby yang bayar.. hehehe tp disebabkan dia yang bayar ko tgk ni
*
*
*
*
*

pulun baca....aku yang nak baca... mlm tu, dia yang ambik dulu baca... sudahnya aku pun berfesbuking je la... langsung tak dpt pegang buku tu... pagi ni citer kat aku dah baca sampai m/s 200 lebih tido kul 3 pagi...semangat sungguh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...