Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday 2 September 2013

.: resepi triffle :.



hari jumaat lepas ada jamuan raya kat opis.... aku as usually bawak dessert jer sonangggg!!

ni aku bagi resepi... 
resepi yg ni banyak dah reka2 sendiri gak resepi asal dari kak nani rostam n blog neenaanuar tp aku ubah skit

 
Bahan-bahan :


Full cream - 1 kotak (nak bagi rasa berlemak mcm aiskrim sila guna susu ni )
tepung custard - 3 sudu penuh
Buah dalam tin (aku pakai peach sbb senang nak potong)
crystal jelly 2 kotak (aku pakai strawberry)
swiss roll (aku pakai pandan sbb nak bagi layer dia color2, bawah hijau, custard kuning, buah oren, agar2 merah)

bahan2 ni boleh buah utk 2 bekas




 cara-cara :

1. potong swiss roll agak2 la jangan nipis sangat penuh kan ruang bawah bekas
2. bancuh 3 sudu tepung dengan susu tu dalam mangkuk dulu bagi rata jangan berketul2 tepung tu, dalam periuk panaskan susu tu satu kotak, masak custard dengan susu full cream tu perlahan2 api kena slow, dan kacau sentiasa . sbb takut custard berketul... letak gula skit agak2 la dalam 2 sudu penuh ke..agak2 dah pekat tuang atas swiss roll tadi
3. susu buah atas custard tu.. tekan2 skit jgn bagi buah terapung bila tuang jelly
4. masak jelly ikut instruction kt kotak... 1 kotak = 400 ml air dah sebati tuang jer atas skali... siap

nak elok cantik boleh potong buah sehari awal dan simpan dalam peti 24 jam... contoh mcm aku nak guna utk jamuan raya opis jumaat so rabu malam aku dah buat... kalau tak nanti tak boleh potong... lembik 



ni rupa bila dah susun buah.... bahan2 td cukup untuk dapat 2 bekas tupperware ni


*
*
*
*
*

ni plak rupa bila dah potong.....

sedappp yummsss... tetiba puji sendiri... haha tapi mmg sedap sila la try pasti tak menyesal :)

 




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...