Followers

Tuesday, 24 September 2013

.: jemputan makan-makan :.

ahad aritu kitorang ke birthday party cucu kawan MIL ni....dekat ngan rumah jer pun

nak kata party sangat tak la... sbb lebih kepada makan-makan

kitorang dtg masa birthday gurl nak potong kek..... birthday-birthday ni yang seronok nya bawak Bella je... kiter pun seronok gak tak payah masak ye dakk... kikiki

sebelum pegi tu mmg dah ckp kat MIL ni kang silap2 org cakap birthday si Bella plak... dia plak yg pakai tutu dress ni.... 
 sampai-sampai mmg iye pun abes semua ckp sapa yang nak potong kek ni... comel sangat baju ni.... hihi 
baju tu dah makin kecik dah so pakaikan je la bila majlis2 mcm ni kan... nak pakai dok rumah adalah tak sesuai :p


jom layan gambar si kecik tu

*
*
*

muka kepochi sangat sibuk tengok kakak-kakak kat situ nak ajak main...



ni birthday gurl yang sangat pemalu... potong kek pun tak nak malu punya pasal



mmg jenuh kena paksa ngan ayah dia... tetap tak nak potong 



sudahnya jadi birthday ayah dia la nampaknya dah anak tak nak potong kan alahai kakak nape malu sangat ni



jangan si Bella, dia plak yang lebih-lebih siap gaya nak tiup lilin pun ada  berapa kali awak nak potong kek sayang oii....


tahun depan plak ye kalau de rezeki lebih kita buat Birthday party lagi :) mama ko mmg suka buat makan2 ni....mama pun konyang...

menjamu orang tu kan satu sedekah mudah-mudahan kiter dimurahkan rezeki :) 
Insha Allah


Rasulullah SAW bersabda :

1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]

2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]

:)

1 comment:

hayati hashim said...

Comeinya bella. Lawa tutu. Beli mana? Hihi.
mmg seronok kli buat makan2 ni kan..letih tapi seronok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...