Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, 19 August 2013

.: raya oh raya :.

 semua org update gambar raya dan cerita raya kan... kiter pun moh ler update, walaupun dah lmbt....tahun ni raya belah hubby dulu, hari mantai tu balik tu pun dah lambat hubby keje, tak dapat berbuka kat kampung pun, berbuka kat KFC kuala pilah jer... jalan jam mmg tak sempat nak rush balik la..... 

sampai-sampai kt rumah nenek kat Felda pasir besar, Gemas, terus zass ke dapur mencari rendang dan lemang :)

malam tu tak de aktiviti apa sbb tak cukup korum ada sepupu2 hubby tak sampai lagi... kitorang aktiviti wajib kat kg dia bila raya adalah berbbq.. 

ni gambar pagi raya time ni semua org pegi masjid... bergambar 2 beranak dulu 
tema tahun ni kuning daripada mcm2 color yang di plan pada awalnya...kuning sudahnya yang jadi...



baju tiga2 beranak beli kat jalan tar... tudung half moon from radiusite




pagi tu lepas bergambar2 bagai.. terus berjalan raya sampai ke petang... tunggu org datang rumah plak...1st raya jer dah berapa pasang tukar baju sikecik ni... tu pun ada lagi baju yang tak pakai lagi :)







 ni gambar BBQ malam kedua tu... masa ni semua dah berkumpul kat rumah atuk sampaikan jiran tertangga yang datang beraya pun makan sekali, buat banyak ayam la, sotong la, lamb la daging la semua ada... puasa hati makan


persatuan bapa2 muda yang bertungkus lumus menjayakan majlis


lepas bbq tu, siap2 kemas beg semua hangkut masuk kereta sbb kitorang nak gerak balik perak pulak hubby ckp gerak kul 4.30 pagi, sebab tak nak jalan jam

jadi si kecik ni kena angkat bawak masuk kereta kul 4.30 pagi... sib baik dia terjaga dan sambung tido balik sampai perak so lega skit kalau tak melasak dalam kereta jenuh jugak 

sebelum kul 5 cam tu gerak dr rumah atuk, berenti kat mcd bfast dalam kul 7 sikecik ni pun membuang plak so terus mandikan dia kat toilet tu n tukar baju dia.. pastu dia sambung balik tido sedap la dah mandi semua

muka bagun tido



sampai-sampai perak aku dipaksa tukar baju dah bergambar dulu adik beradik....mana yang ada jer ni...



 alang-alang dah tukar baju terus la berjalan raya



petang tu beraya ke taiping plak rumah makcik kami pegi tiga beranak jer... jalan nak balik kat highway punya la jam dengan hujan nya terus balik ikut jalan lama


bella mcm biasa la tido jer bila naik kereta



 mcm2 gaya tido dah... dia tetap lena


  raya keempat tu ada kenduri cousin bertunang, bawak la si bella ni pegi makan kenduri...

muka tak redho jer kena tangkap gambar sekarang susah sungguh nak tgkp gambar dia, nmpk sangat tak ikut mama yang suka bergambar ni :)



ni gambar otw balik dari perak dah, raya ke 5... tengok la anak aku tu kiri kanan makanan hoiii sampaikan tetido ngan makanan tak nak lepas plak tu... org ambik sure terjaga n marah ambik makanan dari tangan dia 

harap-harap checkup next week naik la berat dia... risau kena jumpa pakar jer.. sbb berat bella dah hampir ke line kuning...

 "nak buat cam mana dia kecik molek ikut mama dia la doc"




ni gambar raya-raya kat bandar plak... bella is so happy dapat makan macam2.... raya jer ye mama kasi permission... :p

berjalan ke rumah makcik2 hubby kat kl plak... 












arini pun tak hantar Bella ke baby sitter, MIL nak bawak dia beraya, ntah kemana lar tu tak abes2 lagi beraya nya si anak mama ni




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...