Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, 22 February 2013

.: bella demam :.

semalam aku terpaksa EL sbb bella demam, aku bangun menyusukan dia kul 3 lebih, dia pegang tangan aku sambil menyusu tetiba aku rasa tangan dia panas, aku rasa kepala dia, mmg sah dedar2 skit...


ubat bella... demam + antibiotic



at 4 am




dia pun mcm gelisah tak mau tido sbb badan panas aku dah pikir dah masa tu mesti jangkit budak yang kat rumah pengasuh tu sbb budak tu dah 2 hari demam, aku just pantau je la suhu dia pagi tu masa nak bangun pegi keje aku cek lagi sekali suhu dia makin naik


at 6.30 am



at 8.00  am


makin lama makin naik suhu dia, ingat malas nak bagi ubat, tp bila suhu dia naik aku bagi jer la ubat yang KK ada bekalkan masa dia injection 6 month aritu tak penah makan ubat pun dia sbb dia penah la demam tp dedar2  jer... 

ni la 1st time dia demam mcm ni, buatkan aku jadi kalut tak tentu hala dah.... bila bagi ubat ok la kejap suhu dia pastu naik balik aku jelom dgn air, air asam jawa, air bunga raya sume tak ok jugak, suhu makin naik 

senja smlm dah cecah 38.8 aku tak sure tinggi ke tak tp aku dah risau sangat masa tu dia pun dah tak nak menyusu, merengek jer, papa dia keje tak balik lagi aku nanges dah... aku ni penyedih skit benda kecik pun risau mcm hapa dah...

papa dia balik jer terus bawak pegi klinik

nasib baik masa dtg tu tak ramai org, tunggu satu nombor jer, masuk2 bilik doc soal siasat n tanya nak ambik darah tak? aku tanya kenapa doc, doc ckp tak de la suhu dia agak tinggi, pastu turun naik walaupun dah makan ubat takut demam virus or denggi, 

aku pandang hubby, hubby pandang aku, hubby tak bagi ambik sbb sian anak dia, then aku ckp ambik la biar puas hati.... nasib baik la hubby nak masuk sama dalam bilik ambik darah tu, hubby aku tu mabuk darah jugak tp dah imune kot lepas teman aku kat labor room dulu hehe :)




nurse baringkan bella atas katil n bedung dia.. so tak bergerak sangat la, aku pegangkan kaki dia nasib baik tak nanges, cuma merengek skit jer, alhamdullilah result darah normal... legaaa



 pagi ni still dedar lagi , tak hantar pengasuh pun, MIL jaga...harap-harap ok la dia :( pegi keje pun dok ingat anak jer bila demam-demam mcm ni :( ok la bye!!!

Thursday, 21 February 2013

.: solid food ~ mashed potato :.





 bila bangun pagi jer weekend mesti kepala otak ligat pikir nak buat breakfast apa untuk bella...punya la nak bagi bella suka makan macam-macam, mama pun gigih la google segala resepi nak sumbat dalam mulut si anak dara tu...

aritu buat mashed potato, aku pun tak pandai sangat hentam jer 
untuk mashed potato tu ok la mslhnya gravvy dia tu, untuk baby kan bnyk benda tak boleh, last-last aku guna jer sup sayur yang aku buat utk dia makan tgh tu sebagai gravvy dia...






mashed potato

stim potato sampai empuk, blend, masak atas dapur sekejap letak unsalted butter skit


gravvy

aku blend sayur (broccoli + carrot) tu letak sup (homemade chicken stock) skit jadi la pekat mcm tu then tuang jer atas mashed potato tu... siapp :)

bella tak de la suka sangat tapi makan la jugak... tak pe misi aku nak bagi bella cuba semua mana la tau nanti lama-lama dia leh terima

Wednesday, 20 February 2013

.: aktiviti di kg :.


ni cerita balik kg time raya cina aritu.....

si kecik tu pagi-pagi buta budak ni dah bangun, biasa la dia kat mana-mana pun bangun awal, terpaksa la aku pun membangunkan diri mengawal dia....

sume benda nak main  almaklumla jarang-jarang balik perak
ni aku masukkan dia dalam trolley barang opah... ha senyap.. tercengang dok dalam tu hehehe



pastu aku masukkan dia dalam buai ni plak.... budak tak biasa naik buai, cuak tarik2 buai tu nak bangun!! tak nak dok dalam tu haha 
mama nya keje membuli jer


sepupu sepapat seramai 12 orang tu memang riuh rendah la bergegar satu rumah, anak aku ni tak biasa bising-bising sangat, kat sini dia sorang je baby mana biasa suasana bising-bising cam tu dari pagi sampai petang tak tido-tido aku naik risau tgk dia, mata ngantuk tapi tak leh nak tido

last-last aku ajak hubby pegi ronda-ronda kat seri iskandar, sambil-sambil pegi isi minyak n beli kfc, nak bagi dia tido punya pasal masuk-masuk je kereta tak sampai 5 minit terus tido sepanjang jalan pegi dan balik dapat la tido sejam dalam kete 

kalau tak buat mcm tu jangan harap la nak tido, baru nak lena org ni jerit org tu jerit mmg tak la si telinga lintah ni nak tido... hehe





ni gambar kat pasar pagi, kat kg aku setiap isnin ada pasar ni, sib baik bella behave jer walaupun panas sekali je dia mintak nak susu, aku df jer dia sambil kendong pakai baby carrier tu n tutup pakai tudung n napkin dia hehe...




ni dah balik nilai... muka happy jer jumpa nenek dia .... cucu nenek sungguh!!!!



.: padi house @ galeria Putrajaya :.


semalam time lunch pegi makan kat padi house galeria putrajaya dengan opismate, tak pernah mkn kat sini pun baru nak rasa

tempat dia cantik dan selesa



menu pun banyak jugak n harga ok la tak de la mahal sangat ada western, ada nasi-nasi n segala jenis noodles




pilih punya pilih, aku decide untuk makan ni, grill cheesy chicken kot nama dia... sedapppp tak muak walaupun ada cheese kat atas tu, ayam dia garing, n makan skali dengan mashed potato kat bawah ayam tu... mmg sedap la bagi aku 

harga RM17.90
air ambik soft drink jer RM3.50


rasa berbaloi la jugak makan kat sini, tak mahal sangat, sesuai ngan tempat dia dan makanan pun sedap lain kali boleh pegi lagi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...