Followers

Friday, 22 February 2013

.: bella demam :.

semalam aku terpaksa EL sbb bella demam, aku bangun menyusukan dia kul 3 lebih, dia pegang tangan aku sambil menyusu tetiba aku rasa tangan dia panas, aku rasa kepala dia, mmg sah dedar2 skit...


ubat bella... demam + antibiotic



at 4 am




dia pun mcm gelisah tak mau tido sbb badan panas aku dah pikir dah masa tu mesti jangkit budak yang kat rumah pengasuh tu sbb budak tu dah 2 hari demam, aku just pantau je la suhu dia pagi tu masa nak bangun pegi keje aku cek lagi sekali suhu dia makin naik


at 6.30 am



at 8.00  am


makin lama makin naik suhu dia, ingat malas nak bagi ubat, tp bila suhu dia naik aku bagi jer la ubat yang KK ada bekalkan masa dia injection 6 month aritu tak penah makan ubat pun dia sbb dia penah la demam tp dedar2  jer... 

ni la 1st time dia demam mcm ni, buatkan aku jadi kalut tak tentu hala dah.... bila bagi ubat ok la kejap suhu dia pastu naik balik aku jelom dgn air, air asam jawa, air bunga raya sume tak ok jugak, suhu makin naik 

senja smlm dah cecah 38.8 aku tak sure tinggi ke tak tp aku dah risau sangat masa tu dia pun dah tak nak menyusu, merengek jer, papa dia keje tak balik lagi aku nanges dah... aku ni penyedih skit benda kecik pun risau mcm hapa dah...

papa dia balik jer terus bawak pegi klinik

nasib baik masa dtg tu tak ramai org, tunggu satu nombor jer, masuk2 bilik doc soal siasat n tanya nak ambik darah tak? aku tanya kenapa doc, doc ckp tak de la suhu dia agak tinggi, pastu turun naik walaupun dah makan ubat takut demam virus or denggi, 

aku pandang hubby, hubby pandang aku, hubby tak bagi ambik sbb sian anak dia, then aku ckp ambik la biar puas hati.... nasib baik la hubby nak masuk sama dalam bilik ambik darah tu, hubby aku tu mabuk darah jugak tp dah imune kot lepas teman aku kat labor room dulu hehe :)




nurse baringkan bella atas katil n bedung dia.. so tak bergerak sangat la, aku pegangkan kaki dia nasib baik tak nanges, cuma merengek skit jer, alhamdullilah result darah normal... legaaa



 pagi ni still dedar lagi , tak hantar pengasuh pun, MIL jaga...harap-harap ok la dia :( pegi keje pun dok ingat anak jer bila demam-demam mcm ni :( ok la bye!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...