Followers

Monday, 24 September 2012

.: saat melahirkan kamu bella :.

 entry ni dah tertangguh lama dah anak pun dah masuk 3 bulan entry ni... bukan pe entry ni pun untuk tatapan bella bila dia besar nanti biar dia tau jerit perit mama nya ni menangguh kesakitan melahirkan dia tapi tu la syukur alhamdullilah semuanya selamat kan

aku start ambik cuti bersalin awal seminggu sbb mmg dah tak terdaya dah nak bawak perut masa tu so last day aku keje on 15 June 2012, pagi tu aku pegi last cekup for 39 weeks lepas cekup tu aku pegi toilet aku tengok kat pantiliner aku mcm ada mcm stain darker dari biasa, pastu call hubby ckp rasa mcm lain je dan soh dia stanby if anything happen, tp aku still keje sampai ptg tengok tak de apa plak tanda-tanda,


Day 1 


hubby sampai tido2 la kat situ sambil tunggu aku




posing-posing bagai mentang2 aku sorang conquer bilik ni masa ni....


mintak tukar kelas 1 ikut kelayakan,  wad biasa sangat serabut banyak sangat pesakitnya nasib baik de kosong :)


16 June 2012

malam tu aku tido lena mcm biasa tak de rasa sakit ke apa, tp pukul 1 pagi aku bangun pegi toilet nmpk ada lagi stain tu kali ni bnyk dari siang tadi, hubby keluar lepak minum masa tu, aku call ckp kat dia then dia balik aku ckp tgk dulu siang nanti mcm mana sbb tak de rasa sakit langsung, kul 7 pagi hubby nak pegi keje aku tgk stain tu bertambah banyak, hubby pegi gak keje just standby je kalau aku call ke apa, MIL dah siap2 dah soh aku pegi Hospital aku ckp nak biar dulu, kul 11 hubby balik aku still tak nak pegi hospital sbb tak rasa sakit, MIL ngan Mak aku dah suruh2 pegi dah, kitorang boleh lepak2 tgk tv sume buat mcm tak de pape sbb ramai ckp kalau kuar tanda darah tp tak sakit lmbt lagi nak bersalin... tp sbbkan masing-masing dah bising dan ni anak 1st so kitorang pun pegi gak hospital seremban tghari tu dalam kul 1, sampai hospital pasang machine la apa la, dia seluk baru 1cm sakit giler kena seluk tu..malam tu stay kat hospital dpt katil 4 org tp aku sorang je dlm tu 3 katil kosong sib baik la mlm tu tak pikir pape aku tau tido je nyenyak sampai la nurse dtg check jantung baby



Day 2





 
peneman setia.... walaupun asyik tido jer :-p
 
 
 
segala mcm magazine aku mintak hubby belikan sbb boring, yela tak sakit boleh la baca2 magazine lagi time ni, kalau time sakit tu aku rasa sume benda aku nak campak hihi



17 June

still tak sakit n bersenang lenang kat wad hubby dtg tgk pagi petang, malam tu dah ada geng sembang2 dah dalam bilik tu, tak la rasa boring sgt, tp siap mintak kat doc nak balik lg sbb tak sakit doc je tak bg takut aku terberanak anytime sbb tanda tetap ada kuar jugak..mcm biasa rutin cek tekanan darah n cek jantung baby 3, 4 jam sekali

18 June 

siang mcm biasa still tak rasa sakit sampai hub pujuk2 baby mintak dia kuar cepat2 papa n mama dah tak sabar nak tengok dia..... senja tu mak aku dtg dari perak, malam tu aku dah rasa sakit sikit-sikit start kul 8 mlm mcm tu, mak aku bawak air penawar suruh minum, mula-mula tak minum tapi bila dah kul 10 mlm cam tu aku minum lepas je minum air tu sakit bagai nak giler seriously tak tahan sampai aku tak leh tido tp bila seluk still 1 cm nurse tnya aku ada minum air selusuh tak aku ckp ada, terus semua bising suruh aku bukak penutup botol air tu, sume bising2 ckp tu sbb aku sakit sangat tp laluan tak bukak lagi.. aku masa tu rasa menyesal giler minum air tu, tgh malam tu kul 3 pagi air ketuban aku pecah masa tu nak panggil nurse pun tak larat bangun tekan bell sbb sakit sangat aku usaha jugak bangun n pegi bilik air mandi air panas nak bagi kurang sakit aku sms hubby mintak standby pagi tu, 

19 June

kul 7 pagi lepas doc seluk still 1 cm aku tak tahan dah tanggung sakit dari malam td dok berjalan kehulu kehilir nak bagi cepat bersalin sambil menahan sakit yg teramat bila doc seluk tp still 1cm aku dah start nanges dah masa tu hubby sume dah sampai tunggu kat luar... tahan sakit lagi sampai kul 9 aku mintak doc cek sbb tak boleh tahan dah masa tu dah 4 cm n syukur doc soh nurse tolak pegi labour room, igtkan abes kat situ je rupanya dalam labor room lagi la sakit sampai aku mintak ubt tahan sakit boleh la lelap skit sampai kul 12 lebih lepas tu still tak bersalin hubby punya tangan jadi mangsa genggaman aku... kul 1 lebih baru 5 cm aku dah tak sanggup dah setiap kali sakit dtg aku dah mcm nak meneran dah walaupun doc tak bg sbb takut koyak, masa tu dah tak peduli dah yg aku tau aku nak kuarkan baby ni, last2 doc induce sbb tgk aku tak tahan dah sakit, masa tu pakai gas la apa la sume tak jalan aku dah menangis2 dah mintak doc buat something sbb aku mmg rasa mcm nak mati masa tu... sampai aku mintak nurse tu czer jer punya tak tahan nurse tu soh aku sabar, lepas je induce tak sampai 10 minit bukaan dah 8cm n sume dah ramai kerumun aku mintak aku push, alhamdullilah with 3 pushes kuar la our lil princess tu at 3.49pm .... masa tu rasa lega yang teramat2 bayangkan 6 jam bertarung menahan kesakitan apa pun bila dapat pegang dia cium dia segala sakit tu terbang melayang masa nurse jahit pun aku dah tak heran dah.... sakit jahit tu cuma 1% je dari contraction tu aku rasa....









ni la princess kami yang kami tunggu 4 tahun 2 bulan :)
 

kalau ingat2 mmg tak sanggup nak bersalin dah... hehehe tp tu la orang kata mcm mana sakit pun mesti lupa n rasa nak tambah lagi anak...:) insyallah kalau ada rezeki kitorang takan tolak


ni gambar sekarang :) 

mama n bella bercamwhore di kedai mamak hehe kejap je dah besar kan? mudah-mudahan my rea jadi anak yang bijak dan baik 




6 comments:

lieyalatif said...

weyy takut aku bace ko pi minum air selusuh sedangkan bukaan tade lagi..sepatutnye dah 8-9 cm baru minum air tu....tapi takpe, pertama kalikan....belajar dari pengalaman kan...

betul tu yatt, lain anak lain pengalaman n sakitnye....nanti kite pregnan same2 nak? hahaahahah

Salmi Khairil said...

tahniah..adoi ngeri jugak bila baca kisah kelahiran bella..doakan rezeki saya pulak yer, masih lagi menanti rezeki zuriat..

yatt said...

lieya : ngeri kan? tu la mmg belajar dari kesilapan la aku ni... seriously

salmi : insyallah lepas ni rezeki awak dear :)

illa said...

haaaaaaaaaaa lamanyaaaa..
seram plak baca..
huhu sy lg sebulan ni... moga2 mudah la :)

Hana Soffelia said...

Dah besar bella. cptkan masa berlalu. I ada tggu gak ur labour room story, br dpt tau kisahnya. hehe I plak, lbh sggup menahan contraction dr kena jahit kt Miss V. hehe

yatt said...

illa insyallah lain org lain kesakitan nya mudah2an semuanya selamat :)

hana : haha tak leh tahan la hana contraction tu sakit giler

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...