Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, 15 August 2013

.: jjcm ~ nasi ganja ipoh :.

dah lama sangat tak makan nasi ganja kat jalan yang kalsom tu ada la kot 5 ke 6 thn, asyik teringat tapi tak berkesempatan nak pegi... raya ke 5 aritu kebetulan gerak balik sebelum tgh dari kampung nak pegi beraya kt ipoh kononnya tapi bila call semua org dah start keje, akhirnya kitorang decide nak pegi makan nasi ganja la, nak pegi pun lupa jalan dah aku ni, ikut gps jer la, dah sampai kat jalan yang kalsom tu pun still mengagau gak nak cari kedainya, dengan parking tak de org beratur nak beli nasi, sebatu jauhnya mmg la parking tak de

first time bawak hubby rasa ni, kitorang sampai-sampai pun beratur, tapi kebetulan de makcik tu tegur bella punya hairband, dia yang bagitau kata kalau nak makan situ tak payah beratur terus jer cari tempat duduk kat dalam.... oooo yeke alkisahnya... nasib baik la makcik tu bgtau kalau tak sia2 berejam beratur... hihi


ni gambar ihsan dari mr google lupa nak snap gmbr nasi ni... dah lapar sgt terus ngapp jer..


sampai kat jalan Yang Kalsom ni, kalau nmpk org beratur panjang2 tu itu la kedai nya



orang yang setia menanti, kitorang sampai plak masa tu tepat kul 12.00 mmg time lunch hour kan memang meriah la Q nya sampai kan masa kitorang dah abes makan makcik yang tegur Bella tu blom sampai lagi turn dia... punya la siksa nak makan nasi ganja ni haaa... hihihi sabar tu penting...





kitorang pun terpaksa kongsi2 meja, duduk ngan satu couple orang gopeng tapi keje kat johor evertime balik gopeng mesti datang makan nasi ganja ni.... jangan kata diorang boss kt opis aku ni pun sama orang ipoh bila ada lawatan kat ipoh sure dtg makan sini...


hubby n bella pun tak sabar nak mkn hihi



 hubby pun cakap sedap, sedap dari nasi kandaq beratoq kat penang tu katanya, aku tak penah makan nasi kandaq beratoq tu so tak tau... tapi tekak hubby ni boleh percaya kalau dia kata sedap tu sedap la maknanya.. 

sapa yg tak penah try lagi sila try... nasi ni dah berzaman ada dah skali rasa mmg teringat2.. n gian nak makan lagi tu sbb org panggil nasi ganja :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...