Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, 11 May 2009

.:saturday~my niece birthday bash:.

hari sabtu ari tu birthday bash anak buah aku kat sungai buloh.. memandangkan akak aku sakit, kiranya aku ni la jadi birthday plannernya so ari jumaat after keje aku terus pegi ambik kek dan pegi rumah akak aku kat sg.buloh.. malam tu aku mak aku siap2 buat agar2 dan potong2 bahan2 nak masak esok paginya..

ni kad jemputan yg lieya mintak tolong kawan dia kak mimi buatkan utk aku.. dan diorang gak yg bagi tau aku mana nak dptkan barang2 utk birthday tu.. ikut tema..thank you ye.. u both bnyk membantu

lepas decorate2 rumah baru masak... kat umah kakak aku kuali kecik periuk kecik sume benda tak de.. so nak masak pun jadi lmbt kena buat 2 kali, aku lupa nak snap gmbr makanan kelam-kabut sgt masa org dah nak dtg masa tu dah kul 2.40 tak siap masak lagi dgn kitorang sume tak tukar baju lagi... menunya mee goreng, bihun sup, makaroni goreng (hubby aku yg masak ni), yg lain2 kuih-kuih dan puding ...yg lawaknya budak2 dah penuh kat depan pintu tak sabar nak masuk dalam umah abg ipar aku terpaksa ckp kul 3 baru start.

ni birthday gurl yg meragam2 tak nak pakai baju, tak nak pakai cekak sume taknak.. meragam je tak nak senyum dia ni jenis kalau org ramai2 sgt dia jadi takut ke apa tah la tp mesti meragam bila ada kenduri2..

ni la mickey mouse head cake yg aku order dari kak anna, putrajaya sangat sedap dan sangat cantik kek dia... sume kwn2 akak aku sibuk tnya aku order kak mana dan diorang pun nak order gak nanti...

anak buah aku malam tu dah sibuk ckp "nak.. nak..." sambil tunjuk kek tu, tak sabar nak potong la tu... tu je la pun yg dia pandai ckp pun

ni gambar masa cake cutting, anak buah aku tak pandai jalan lagi so terpaksa la potong cake sambil duduk
antara tetamu yg memeriahkan majlis
mak birthday gurl dah semakin sihat.. alhamdullilah...
nak gak menyelit... ni kek anniversary aku yg disambut skali ngan birthday anak buah aku ni... ni pun order kat kak anna gak actually aku nak buat groom & bride kat atas cake tu tp bila nak ambik cake yg diorder tu tgk2 ada bride je hahaha... tak pe la janji sedap
birthday gurl yg kepenatan... majlis tak abis lagi dia dah tido dah... :-)
nak gak menyelit gmbr aku yg kepenatan tp masih mampu tersenyum.... huhuhu penat gak rupanya nak buat segala preparation birthday ni... takpe la experience nanti nak sambut birthday anak aku lak nanti kan senang (huh sedihya ayat ni.... :-( )

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...