Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, 27 July 2009

.:balik perak:.

sabtu aritu aku balik perak, ngan hubby akak aku dan anak buah aku balik kejap je hubby tak de cuti ahad tu kitorang balik sini balik... balik nak makan rambutan yg dah masak ranum kat depan umah mak tu.. hubby cukup suka balik perak kalau ada abg ipar aku yg sulung sbb dia suka ikut abg ipar aku tu menjala kat kat tali air kat bendang (sawah padi) ahad tu sume pegi ramai2 sajer tgk diorang menjala anak2 buah aku mmg suka la dapat berendam kat dalam kolam tu.. dari pagi tak abis2 tnya bila nak pegi bila nak pegi.. aku takde la nak turun dah la air keruh buatnyer ada lintah mau lari tak cukup tanah aku geli.. org lain sibuk menengkap ikan aku sibuk menangkap gmbr je la... :-) ni la antara gmbr2 nya.. layanzz * * *
saper2 yg tak penah tgk padi ni la padi ye...
yang ni hero kecik org nak menjala dia pun sibuk gak nak tebar jala tu mcm la pandai sgt...
mak ngan abah dating... heheheh
ni yong aku (yg sulung) ngan anak dia yg bongsu.. anak dia 5 org semua lelaki..nyah aku kakak aku yg no 2 tinggal dalam kete dah sarat tunggu hari nak bersalin so tak leh ikut anak dia plak 4 org, 4, 4 pompuan
hubby tunjuk skill.. pandai ke tu??
yg si kecik ni pun nak ikut gak... sudahnya menangis panas last2 kitorang antar dok dalam kete
ni la hasilnya... bukan nak ikan sgt pun sajer seronok2 je
snap gmbr sendiri masing2 sibuk tak de masa nak tgkp gmbr aku huhuhu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni gmbr otw nak balik ke nilai si kecik ni tak reti diam sekejap nak kedepan sekejap kebelakang.. sib baik la jaga kejap2 je dia ni jenis masuk je kete lena dan boleh tido dari KL sampai ke perak senang aku tak yah nak jaga hahaha.... tp jgn kete berenti lama skit dia mesti jaga

Wednesday, 22 July 2009

.: aku nak pegi bercuti :.

punyo la excited nak bercuti... ye la last bercuti masa pegi penang aritu jer...so 1hb - 3hb aug ni kitorang reramai (ngan kawan hubby) plan nak pegi bercuti kat pulau ni... * * kitorang pegi 1 single dan 4 couple yg 3 couple ni pengantin baru yg kawin tahun ni so ni kira mcm honeymoon diorang gak la kali yg kedua ke ketiga ke tah la dan aku??? pun pengantin baru gak pengantin baru setahun ye....honeymoon yg ke 5 kot... * * dulu plan nak honeymoon kat sini tapi sudahnya kitorang honeymoon kat damai laut ngan sabah masa tu... * * tak sabar nak pegi nih ... tarikh yg sama member aku fiza ngan sarah ajak pegi jakarta~bandung sbnrnya tp aku tak dpt nak pegi memandangkan financial tak mengizinkan aku bercuti di dalam malaysia je la.. dalam malaysia pun tak abis jelajah lagi aku ni lagipun best gak bercuti dalam malaysia (ayat memujuk hati tak dapat ikut korang g indon) huhuhu.... tak pe la aku doakan korang slmat pegi slamat balik jgn lupa bawak ole2 dari sana ya... hahaha tetiba nak ckp indon pehei...
hehehe gmbr ni aku curik dari blog saper tah...dan tepek di sini utk tatapan semua.. doakan aku slamat pegi slamat balik ye!!! * * * apa pun minggu ni balik perak dulu ... ~lalalalala~

Tuesday, 21 July 2009

.: lawak la wei :.

karangan ni aku ambik dari blog kawan aku... lawak kan gelak guling2 aku baca.. mcm2 la budak2 ni tulis karangan tah2 kita dulu2 pun tulis mcm tu kot bukan kita nak ingat kan... comeiii je karangan dia...:-)

Monday, 20 July 2009

.:genting theme park & le tour de gerai (Hot FM):.

sabtu aritu aku mmg tak kemana siang biasa nya dok umah je sbb hubby keje, mlm pun tak plan nak g memana dah tak tau dah nak pegi mana skali fyda call then dtg nilai so aku tunggu je la kat rumah dia punya la bosan tak tau nak g mana tu yg sampai ke umah aku tu... nmpk sgt boring nyer padahei nye umah aku tu bukan de pe pun dok ngan MIL lak tu nak lepak2 pun tak sesuai
aku lak ngan hubby busy menganto perfume kat umah kwn dia ngan kwn aku so nak tak nak fyda ngan zack terpaksa la follow je kitorang ke mana pegi
konon2 bila dah settle sume hal kitorang plan giler nak shot terus ke Genting... tp hubby lak tak larat dan aku pun tak bawak jaket sume sbb tak plan so kitorang masing2 balik dulu dan plan nak pegi kul 4.00 pagi dari putrajaya...
maknanya aku kena bangun kul 3.00 pagi pergghhh boleh ke aku bgun ni?? aku mungkin boleh hubby tu la nak kejut payah.. tp nak berjalan nyer pasal laju je bngun... :-) kat bwh ni gmbr2 kitorang masa nak ke genting dan dah smpai ke sana layanzzzz...

*

*

*

ni masa sampai kat mc'd gombak masa ni pukul 5.20 pagi b'fst dulu sblm naik genting dah mcm bersahur la plak

dah makan2 kitorang naik genting terus bukan pe pegi pagi2 buta... hubby aku sibuk nak rasa kesejukan kat sana time pagi2 dia yg drive aku fyda berborak2 kat belakang tak sedar je dah sampai si zack lak melayan ngantuk tp tak leh nak tido dgr kitorang bergelak ketawa di belakang huhuhu ~lalalala~
ni dua orang budak melayan ngantuk..kat marrybrown pun leh tido... aku gak tak leh nak tido ngantuk siot aku bangun paling awal okeh....makan kat sini lagi murah daripada aku g cafe apa tah "ONLY MEE" nescafe secawan dah RM5.00 giler pe kat bawah baru RM1.20 tak koser aku nak minum kat situ... kat marrybrown ni porridge baru RM5.80 konyang pun konyang... :-)
kitorang pegi mmg tak plan nak main games outdoor or indoor kat sana tu sbb nak balik awal sajer je naik dah buntu dah tak tau nak pegi mana weekend.. balik2 KL, alamanda boring gak... so ni la aktiviti kitorang di sana main bowling dan hubby ngan zack men snooker....
abis main snooker kitorang pun gerak balik dari sana dalam kul 1.00 ptg kitorang plan nak lunch kat bawah je nak melantak nasi ngan ikan bakar kat kg baru.... yahooooo... dpt gak mkn nasi akhirnya kat atas kan mcm tak berbaloi je makan nasi sepinggan sampai berbelas2 ringgit dgn lauk ayam goreng seketul...
~~~~~~~~~~~~~~****************~~~~~~~~~~~~~~ masuk lak citer lain masa ondaway nak turun dari genting tu aku ngan hubby mcm biasala dengar HotFm.. tetiba dgr diorang ckp le tour di gerai ontheway ke MAPHILINDO, taman melawati dari gombak
masatu hubby ckp kat zack : eh ni dkt dah ngan kita ni nak g makan kat situ tak??
aku yg sedap tido kat belakang tetiba dgr terus ckp ala nak makan ikan bakar tp bila dia ckp ada hadiah 5k utk pendengar si fyda hubby ngan zack excited terus ckp ok la kita pegi follow diorang...
elok je 5 minit lepas hubby ckp terus nampak van ngan kete2 Hot fm pastu dah kecoh2 aku yg tido pun terus celik biji mata terus zassss kitorang follow dari belakang mmg masa tu kete kitorang dok tengah2 antara krew2 hot fm tu
punya la pulun tgkp gmbr sana sini, jawab kuiz la apa la nak dptkan goodies beg nyer pasal last2 dpt la zack t-shirt satu hubby dpt patung2 football player maxis nyer tu jadila... pstu isi postcard bnyk2 mana la tau ada rezeki dpt 5k amin..... pe pun really enjoy the weekend balik tu terus membuto sampai ke petang...

Wednesday, 15 July 2009

.:tournament bowling:.

ni gmbar2 masa tournament bowling bhg perancangan & pembangunan ari sabtu lepas... sajer tepek kat sini memenuhkan ruangan blog aku ni... group kitorang tak menang pun.. hahaha sajer suka suki main jer..tp tak kalah teruk arr... puas hati gak la main aritu sbb aku jadi penyumbang markah terbanyak utk group aku :p hahaha
*
*
*
*

bergambar ngan anak-anak lieya dan mama nyer skali menyempit kat belakang tu... "lieya anak sulung ko kemain pandai posing geram aku...bila nak snap pic je dan2 buat gaya mcm tu... suka aku hehehe..." group lieya ni pakai baju warna pink so anak2 dia pun jadi pom pom gurls pakai pink gak...

ni salah sorang dari group aku....

ko mmg pantang kan ain org nak bergambar je ada je ko mencelah, tak pe la akak kasi chance kat ko layankan jer...

lastly baru la tuan punyo blog dapat bergambar sorang :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...