Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, 27 February 2014

.: pembuli tegar :.

Bella ni boleh tahan jugak peel pembuli nya, pembuli tegar hihii..

biasa yang kena buli papa dia la... aku so far tak penah lagi legaa...:p

dia lebih rapat ngan aku agaknya sbb bf kot, tp bila balik keje papa dia yang dia kejar dulu time tu tak heran pun kat aku, ptg nak mandi ngan papa, nak maman ngan papa semua papa la... tp bila soh tido ngan papa tak nak....


si bella ni boleh senyap2 jer dia buat keje ni dapat bedak pi sapu kat muka papa dia setempek cam tu... papa pun redho jer laa



ni cerita petang smlm papa dia tido balik keje bangun nak maghrib tengah mamai2 dia dtg lekat ni kat belakang papa dia... papa dia bukan sedar pun bawak la benda tu skali ke dapo aku tgk dah tergelak-gelak dah adoiiiiaiiii




kadang-kadang tu tengah df ngan aku, hujung kaki dia sajer je cungkil2 perut papa dia la, muka pun ke kaki apa yang dengki sangat kat papa dia pun tak tau la....


ni bila baik kemain baik ngan papa dia...


buah hati pengarang jantung pisang mama :P



love u both till jannah :)

Tuesday, 25 February 2014

.: Perkembangan Bella :.


dah lama tak cerita n update pasal perkembangan anak..dia pun macam budak lain sebaya-sebaya dia la tak banyak beza biasa la lain budak lain perkembangan nya cuma bella ni small size bila pegi mana-mana semua ingat dia baru setahun 

sekarang dah banyak cakap kat rumah, dia dah boleh sebut 30- 50 words kot, kitorang pun paham apa dia cakap.. dah tak dengar dah bahasa jerman ke apa.. Alhamdullilah...

cuma dpn depan org masih segan-segan nak bercakap yang ni aku risau skit, mungkin sbb dia tak bergaul dengan ramai org sangat stay pun ngan babysitter tu pun jaga berdua jer dia dengan sorang baby 6 bulan


bella ni aku nampak jenis minat membaca, kadang-kadang celik je mata dia pg cari books or flash card dia dulu, sambil-sambil makan pun boleh lagi pegang books dalam perjalanan nak balik kampung pun kalau bawak books ke flash cards dia asyik suruh ulang-ulang baca kadang sampai penat melayan tapi anak tengah suka membaca takan nak halang kan...

boleh la skit-skit dah boleh tunjuk dan boleh sebut dengan baik things, animals, contoh mcm aku tunjuk gambar cat, dog, apple, banana, car, etc yang tu mmg bnyk sangat dia dah boleh sebut 

yang ni aku perasan since umur dia 7 bulan aku saja test tnya "show mama where is cat?" , dia boleh capai flash card cat tu n bagi kat aku



mcm iklan kat tv pun bila nampak gambar, dia akan tunjuk n sebut, susu, bird, fish, abang, kakak, tp aku nak tergelak bila azan ada gambar kambing masuk kandang tp gmbr tu gelap dia leh ckp dog... alahai anak itu azan kot takkan ada gmbr dog.... kikikiki

 untuk huruf dia baru boleh tunjuk huruf A & B, nombor 3, tapi ada masa confuse jugak la

 color dia masih belum kenal lagi tapi bila buat color sorting dia boleh buat 

ni gambar masa mula-mula aku test buat color sorting masa dia 1thn 6bln,  pakai penyepit baju, aku pakai 3 color, blue, green, pink aku suruh dia masukkan dalam cawan yang sama color dengan penyepit tu, Alhamdulliah 1st trial dia dah boleh buat walaupun dalam sedikit confuse, aku sendiri tak sangka dia boleh buat


 


since that aku buat la seminggu sekali sbb tak nak bagi dia lupa apa yang aku ajar skrg aku letak block dia ikut color red, blue, green, yellow, dia dah boleh susun block tu ikut color





sekarang bila dia dah paham arahan n ikut cakap kita boleh kata kan dah boleh jadi 
best friend aku dah skrg....


peneman setia aku pegi kedai runcit pegi tesco berdua... 

tukang penyibuk...sibuk nak angkat bakul tu...




 kawan berebut aisrkim dengan mama, dia ni mmg kuat makan aiskrim sama mcm aku la.. 

bagi la jugak once a week bila balik dari swimming class...papa dah tau dah, siap ckp, 
sabtu pukul 5 mesti bella dapat ice cream... :)




Allhamdullilah, syukur dengan kurniaan Allah pada kami, semoga Bella jadi anak yang baik dunia akhirat


MAMA'S BESTFRIEND



 


Thursday, 20 February 2014

.: bella's food :.

bella skrg ni susah sangat nak makan aku kadang jadi give up.... aku tau tak sepatutnya aku give up
aku tak tau nak kategori kan dia ni picky eater ke or memang jenis tak nak mkn ke ntah

dah la hampir2 masuk line merah dah,  dah atas border dah BMI dia... susu pun tak nak sangat... minum la tp still minum main2 kdg nak kdg tak nak kalau ada mak nya ni kat rumah lagiiiiiii laaa jangan harap la nak minum fm, susu badan kalau banyak tak pe ni susu dah makin sikit mula la buat aku risau...


makan nasi tgh pun tak nak sangat aku ni buat la sup la, tomyam la, mee bandung la apa la makan skit sangat.... nak kata aku masak tak sedap leteww!! :( tapi tak jugak kdg yang MIL masak pun tak nak jugak.... mihmihhmihhh

mmg la org ckp ada masa bby mengalami milk strike, food strike tapi ni dah lama dah aku rasa dia tak nk mkn ..... susah hati.....

nak cerita nya mak ni gigih la jugak buat tapi baru je la start nya buat food bagi nampak menarik kot2 la dia nmpk cm "ooowhh tempting nya mama"... khennn hahhaha 


ni antara breakfast yang aku buat untuk dia, 

hari minggu leh la...

kalau mcam ni letak dalam bekal dia, sampai umah pengasuh sure dah tungang langgang dah kikikiki


roti + peanut butter, cereal, banana 

idea ni semua came from mr. google tp tak la sebijik cam ni aku reka la dengan bahan yang ada kt rumah




bella tengok terus teruja.... tu jari tunjuk n mulut sebut "mamaaaaa pishhh pishhh"!!



makan pun teruja jugakkkk tapi tak la abes pun hahahaha tak pe janji makan.... nmpk la dia suka so boleh buat lagi food art kreativity cam ni



yang ni plak bekal ke rumah pengasuh, Bella half day jer so senang la tak de nasi2, bekal pun simple jer sbb utk bfast jer


bekal pegi rumah pengasuh

hash brown + cereal + homemade agar2



yang ni plak  

 roti peanut butter + banana



haaa yang ni please DON'T try at home... haha

sangat unhealthy kot!!! skali skala boleh la... :)

daging burger + kitkat + love n flower shape agar-agar + cereal 





ni tgh plan nak pegi daiso ngan mr. diy nak beli food picker n hiasan yang comel2 nak bagi bella teruja skit kot2 la lepas ni naik terus 4kg hahahah berangan la mak ko bella....

INSHA ALLAH :)

Wednesday, 19 February 2014

.: B's Swimming Class Putrajaya :.


aku start daftar bella swimming class kat Putrajaya hujung last month



minggu ni masuk 3rd lesson yang bella attend.... tu pun sbb skip class bila balik kampung

kelas renang untuk baby ni bukan la nak suruh dia pandai terus sbb dia kecik sangat lagi kan kelas baby ni mcm pengenalan kepada enviroment air, like.. jangan bagi dia takut air, bagi dia confident untuk masuk dalam air, untuk menyelam semua tu

mcm biasa la.. aku yang over nya nak masukkan bella swimming class ni, bincang ngan hubby dia setuju, tp dengan syarat bukan dia yang bawak masuk pool, sbb untuk kelas baby ni parent kena bawakkan baby dalam air la kan... 

hubby jenis tak suka bab mandi2 kat public ni, dia jenis tak suka renyah kena tukar baju kat toilet apa semua, tu sbb aku pun kalau g hotel ke g mana ke tak de nya nak mandi2 kat pool pegi tmpt mandi mcm sunway lagoon tu lagi la dia tak nak

tak pe la i ok jer, aku ni mcm aku kata la sblm ni.. apa yang aku tak merasa masa kecik aku nak anak aku rasa, mcm swim ni aku mmg tak pandai swim so aku nekad nak anak aku pandai swim, lagipun aku mmg mencari aktiviti untuk anak aku, so far untuk girl yang aku nmpk sesuai masa kecik ni swimming class la kot


 Insha Allah aku cuba continue swimming lesson ni sampai dia besar, pandai dan boleh ajar orang swim ke kan dengan teknik yang betul who knows dia boleh berjaya dalam bidang ni kan... berangan!! :)


class kat putrajaya, 1 jam
once a week jer , yuran RM120 monthly ok la kot sebab aku nampak bella suka swim so aku cuba acknowledge minat dia


ni gambar masa 1st lesson






bella cepat sejuk la jugak, ye la kecik lagi kan, coach tu pun ckp "mmg la bella kecik lagi cepat sejuk",  bella antara yang muda kat class tu, so far bella just ckp sejuk jer tp tak plak menangis meragam n tak nak buat activities, bila coach ambik dia, dia ok jer siap sengih2 lagi.. ngan mama jer manja lebih terlentuk atas bahu ckp "mama cejukk"

kat situ dia sediakan jugak ball, duck apa semua sbb baby bukan boleh focus sampai 1 jam tu kan, so bila nmpk bella boring aku ajak dia pegi tepi ambik duck ke ball ke




ni gmbr masa otw nak pegi class aku siap2 pakaikan swim suit kat dia senang sampai sana, bukak je baju luar tu

 








suruh papa dia snap dari jauh...




nampak papa dia dan2 nak kuar dari pool pegi kat papa jenuh la plakkkk








ni tgh buat front floating aku pegang sambil kaki dia kena kick air 










 after class mmg berpeluk je la sejukkk.. 

masa balik tu aku reward la bella dengan ice cream, sbb masa dalam pool dia tunjuk good effort :)





so far nampak la perkembangan bella sekarang

1st lesson - dia just ajar masuk dalam air jgn bagi takut air, bagi air lalu kat muka sambil bernafas, 

2nd lesson - bella dah boleh masukkan kepala dia dalam air, belajar front floating, back floating


Monday, 17 February 2014

.:Jalan-Jalan Melaka :.

holiday yang tak dirancang namanya ni masa cuti CNY aritu mmg tak plan nak kemana pun hari jumaat tu baru hubby ckp survey2 la hotel mana2 kita pegi melaka esok..... lorrr last minit dah la CNY mmg full la semua hotel kalau tak full pun mahal nak mamposss semua nya mmg tka booking pun sudahnya

sabtu kitorang gerak dlam kul 9 cam tu dari rumah ok jer jalan tak jam pun kitorang pun jln slow2 jer otw nak pegi tu baru la aku call hotel skit2 call A famosa bilik semalam 450 ngan 650 rasa cam tak berbaloi plakdah la jauh dari bandaraya melaka nak jalan2 melaka lagi kang kejap je dok bilik nya

call bayview la holiday inn la semua full last-last booked kat shah beach resort kat pantai klebang sampai2 tu dah tengahari dah kitorang pegi makan asam pedas kat area dataran pahlawan tu jer mmg aku pun tak survey pun kat mana sedap memandangkan kereta banyak kat pusat bandar jadi malas nak cari2 tempat jauh2, before tu nak pegi zoo tp tengok kereta yg Q nak masuk parking fuhhhh terus tak jadi ckp kat papa nanti balik perak kita pg zoo taiping jer la :)

sementara menunggu nak cek in tu kitorang sempat la naik menara taming sari, bawak bella naik beca, seronok sangat la skrg ni beca kat situ bertema hello kitty plak abes semua hias ngan hello kitty


jom layan gambar

*
*
*

posing-posing sblm pegi





 tengah tunggu turn kat menara taming sari





dalam menara, bella tak reti diam aku dah rasa gayat dah dia relaks jer diri kat depan cermin tu jerit2 nampak air dari atas



dah mcm polis pencen dah hubby muka serius cam tu :p







 turun dari menara, naik beca sbb bella mintak2 nak naik kitty jadi naik la kitorang dari menara sampai ke bazar depan kapal tu, RM25 boleh laaa



MIL pun ikut sama


kat bazar nenek shopping kitorang try2 spek :)



 sebelum cek in singgah dulu layan coconut shakeaku 1st time sampai sini actually punya la ramai beratur nak tapau kan dasyat sungguh





 

MIL ngan bella tak turun pun bella masa ni tido, MIL tunggukan dalam kereta so aku ngan hubby jer la melayan berdua 


sampai resort ni terus bella tak sabar nak terjun pool kalau biarkan kat situ gak nak bukak baju



masuk jer bilik papa ajak lepak kat bawah pokok tepi pantai, bella siap2 dah ngan swimsuit nya nak terjun pool





Papa & Bella



Mama & Bella




Malam tu kitorang pegi umbai makan seafood gambar tak ambik pun sibuk gigit ketam :) balik dari umbai terus balik bilik nak ajak pegi jonker walk mengenangkan town jam hubby malas.. 

next time nak pegi cari hotel kat town katanya ... ok baiklahh :p

sok pagi2 buta bella dah bangun dah sedar2 dia dah tak de rupanya lepak kat tepi pantai ngan nenek, pastu terus pegi breakfast, gambar tak ambik tp breakfast dia sedap semua berasa walaupun tak banyak choice tp puas makan



rambut pun kembang lagi pagi2 dah nak terjun pool




sebelum balik sempat la singgah beli ole2 untuk opis n family 

holiday kali ni mmg purposely untuk relaks2 kitorang pun tak jalan mana sangat bnyk lepak bilik bella pun ok la tak penat dia suka mandi pool jer ...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...