Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, 31 March 2009

.:penang day 3rd:.

pagi tu bagun2 kitorang turun bawah breakfast.. kat tepi beach aku dah tak sabar nak pegi tgkp2 gmbr dah past tu aku nampak la org naik kuda aku pun sibuk2 nak tgkp gmbr ngan kuda tu ajak hubby turun pegi beach


ni gmbr tgh breakfast... nampak tak muka aku mcm tak mandi hahaha.. aku tersangat la malas nak mandi pagi2 buta tu (pagi buta bagi aku lar) so turun je tak mandi... bukan org tau pun..


walaupun panas terik tp org still ramai kat tepi beach tu tgkp2 gmbr dan mandi... aku pun tgkp2 gmbr ngan pose gedik (hubby aku kata)


and finally tercapai gak hasrat aku nak tgkp gmbr dan naik kuda ni... uncle tu pandai pancing kitorang tgkp gmbr dulu ngan kuda tu past tu soh aku tgkp gmbr kat atas kuda sudahnya dia ajak aku jln2 aku punya la takut masa tu yela first time kan mmg aku tak reti kuda tu plak besar giler takut aku rasa mcm nak jatuh je dah la pasir tu mcm tak rasa mmg ngeri... bila dah lama2 ok dah
aku pun dah rasa syok naik... dia siap ajar aku mcm mana nak stopkan dan nak soh kuda tu turn left, right best2 :-)










Past tu after check out kitorang pegi Toy museum kat area hotel gak.. aku slalu tgk org pegi mcm best so aku ajak hubby pegi masuk RM10 kira ok la takde pe sgt pun... just pegi tgkp2 gmbr je... toy museum ni baru kot aku rasa sbb dulu tak de location dia betul2 kat bawah hotel corpthorne orchid.. (betul ke aku eja ni) 



aku plan2 nak jumpa kwn2 baik aku kat Uitm siap dah plan2 awal sebulan tp sudahnya kwn aku sorang ni je aku jumpa tak pe la lagipun mmg dia ni yg aku paling nak jumpa pun sbb last jumpa masa aku kawin aritu dah dkt setaun dah dia pun dah siap ada 2 org anak dah... ni gmbr aku aisyah dan baby baru dia eesa... puas hati aku dpt jumpa dia.. :-)



.malam tu kitorang balik umah pakngah kat seberang jaya balik dan pakngah bawak kitorang makan kat nasi padang mutiara sari kat juru.. ni gmbr depan restaurant tu.. 





ni video yg uncle tu rakam tuk kitorang siap soh aku ngan hubby belakon lagi konon2 nya buat video klip la.. soh kitorang ckp2 tak kose aku nak ckp pe aku ni bukan nya reti belakon2 ni... apa pun enjoyyy...

.:penang 1st & 2nd day:.

aku cuti jumaat ngan isnin ari tu nak pegi penang...

ari khamis malam dah gerak pegi penang dari Nilai kul 9.30 lebih kurang kul 2.00 baru sampai penang nenek ngan atuk (in law) ikut skali sbb nak pegi umah pak ngan kat seberang jaya.. malam tu kitorang tido sbrg jaya, sbb sabtu pagi nak gerak ke alor star attend wedding exhouse mate aku merangkap ex junior aku masa Uitm...
ari first sampai tu tak pegi mana sgt pun just jln2 kat sunway carnival mall yg letaknya 10 minit dari umah pakngah pegi pun sbb nak beli hadiah bakal pengantin.. pastu malam nyer pakngah bawak kitorang pegi makan seafood kat Teluk Tempoyak sedap arr mkn kat situ aku biasa dengar tapi first time pegi gmbr aku tak ambik sgt sbb segan nak ambik ni la antara gmbr yang aku ambik



gmbr aku ni mcm innocent je rupanya... hehehe

ni atuk ngan nenek.. atuk kalau bawak mkan kat luar suka... sengeh je :-)


mcm biasa hubby jadi model tak berbayar aku

 
ni aku nak citer kat korang aku tak tau samade korang penah rasa tak... tapi aku sangat la pelik siput yg kita slalu kutip kat tepi pantai konon2 nya nak buat hiasa ni rupanya leh makan... dah rasa dia sedap rasa mcm kenyal2 aku snap gak gmbr siput ni sbb rasa cm pelik je.... saper yg tak penah makan u should try tis!!!
pagi esok nya kul 8.30 kitorang dah gerak pegi umah watie sbb takut lambat dia nikah kul 12.00 aku pikir plus ngan sesat lagi nanti berapa jam lak... alhamdullilah kitorang tak sesat sgt la just terlajak sekejap je pusing balik dah jumpa jalan... jauh gak la umah pengantin lagi berapa kilometer je dah nak sampai ke kangar dah
OTW gi Alor star
diorang nikah kat masjid dkt ngan rumah pengantin ... mcm biasa aku selalu menjadi mangsa bidan terjun pegi ke masjid masuk ni dah 2 kali.. aku pun dan2 sarung je selendang sib baik ada selendang panjang kat dalam kete kalau tak tak ikut ke masjid la jwbnya (moral of the story aku harus bawak selendang panjang bila pegi kenduri kawin kan... hahaha)

ni gmbr kitorang ngan pengantin...
balik dari alor star kitorang straight terus pegi masuk pulau check in kat tanjung bungah beach hotel.. aku dah lama giler tak pegi penang.. hubby lagi la tak penah tau jalan2 kat penang tu.. sib baik la aku still lagi ingat jalan2 kat sana so far tak bnyk berubah.. dan penang mmg banyak sgt signboard yg membantu kitorang mmg susah arr nak sesat even tak penah pegi pun..


ni pemandangan dari bilik hotel kitorang stay bukan seaview.. sampai2 je hari ujan aku baru plan nak ajak hubby tgkp2 gmbr kat beach tak dpt gak ujan sampai ke malam... 

 
malam tu hujan still lebat tak berenti... aku jadi frust aku baru nak makan kat gurney drive tp kedai bnyk yg tutup.. kedai laksa ayer hitam tu pun tutup.. kedai cina je bukak.. last2 kitorang pegi gurney plaza makan je kat nandos aku still tak dpt makan local food.. :-( 

 


masa tengah makan tu tetiba staff sume pasang lilin baru aku perasan owh rupanya diorang nak tutup lampu dari 8.30 ke 9.30 so aku ngan hubby pun candle light dinner la malam tu.. bnyk kedai2 yg switch off their light masa tu.. bagus2 semua participate.. :-) 
lepas makan, jalan2 kat gurney plaza tu sajer je nak tunggu hujan berenti kononnya sbb aku nak pegi night market kalau ujan tak best nak jalan.. tgk2 kuar still ujan lagi tp tetap gak aku nak pegi tak kira ujan tak ujan... hubby pun layankan je aku kitorang bejalan la dari ujung ke ujung dalam ujan bawak payung arr.. aku sajer je jln bukan beli pe pun sajer suka tgk 2 je :-) janji puas hati dapat pegi

Tuesday, 24 March 2009

.:thanks my dear fwen:.


Thanks sbb tag aku yer my dear fwen jaja :-) aku jawab tag ko ni haaaa
5 Things found in my wallet
1. of course la cash money kan....
2. IC, Driving Licence
3. 5 ATM kad (walaupun tak semua ada duit dalamnya :-) )
4. J-Kad, Padini Card
5. segala mcm resit-resit dan bank slip
5 Favourite things in my room
1. Katil aku
2. gambar kawin
3. Dressing table yg penuh ngan makeup,perfume etc
4. Bantal busyuk (hak milik hubby before kawen dan dah jadi hak milik kekal aku after kitorang engage :-))
5. magazine
5 Things I’ve always wanted to do
1. always wanted to stay at my own house (tp tak boleh... :( don't ask why)
2.Holiday, holiday, holiday...
3. Nak pegi spa, facial, massage.. (tp takde masa dan takde duit hehehe duit slalu habis ke lain sbnrnya)
4. Holiday wit friends (all gurls mesti best...)
5. nak bawak mak ngan abah aku gi holiday.. (nak bawak pg mekah diorang dah pegi :-))
5 Things I’m currently into
1. blogging..
2. working (makan gaji buta je aku tiap2 bulan bkn ada keje pun :) )
3. tgk2 & updating Facebook & friendster
4. gossiping
5. nak balik umah borink + ngantuk..
5 Person yang nak tag
tak nak tag saper2 arr aku memahami perasaan korang mesti malas nak jawab kan... :-)

Friday, 13 March 2009

.:apa yg aku dah nampak kat alamanda:.

tadi aku pegi alamanda.. weekly event mcm biasa karoke.. boring skit ari ni berdua je ngan fyda berdua pun jadi la janji dapat nyanyi balik dari karoke lalu kat area johnny tu tetiba aku ternampak restaurant baru bukak plak.. skrg ni bnyk je kedai2 makan baru bukak kat alamanda yg mengugat iman aku dan membuat perut aku yg buncit ni semakin buncit tak dapat dibendung lagi wakaka....
nak tau restaurant pe??
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni la restaurant yg aku kata tu... tp kat alamanda tak de la rupa dia mcm ni, ni kat tmpt lain aku tak tau kat mana.. kat alamanda tu aku pun tak perasan bila dia bukak tetiba je tgk dah ada mggu lepas pegi karoke rasa tak de lagi.. aku tak pegi makan lagi sbb tadi dah tak smpt nak pegi dah lmbt.. tp harus aku ajak kwn aku pegi minggu depan insyallah...
 
nak kata sedap sgt tu tak tau nak kata la tp aku suka first time aku makan kat ipoh kwn aku fiza yg belanja makan past tu ada la pegi few times tp sume kat jusco ipoh
bila tetiba nampak dah bukak kat alamanda tetiba tekak aku terasa nak makan kat situ...



kat sini mcm-mcm menu la ada nasi putih gak.. aku sajer je letak gmbr2 yg aku search kat internet ni kat sini bgi terliur sikit (terliur ke? hahaha) tp tomyam dia sedap ari tu aku makan ngan hubby aku, fettucini ngan tomyam.. tomyam dia sedap sbb tak silap aku black canyon ni asal dari thailand restaurant dia thailand kan famous ngan tomyam diorang

 


ni gmbr aku ngan hubby makan kat black canyon kat jusco ipoh..
kat alamanda tu blum smpt nak pegi rasa satu restaurant lagi dah bukak lagi yg baru skrg ni la pun nak bukak mcm2 kedai dulu boring tak de pape kat situ... skrg kira ok la dah mcm2 ada...aku pun boring2 je pegi alamanda sejam pun smpt pegi makan je pun...
dari comment2 yg aku tgk kat internet ttg restaurant ni semua comments yg bagus2 je dan excellent service...
so kita sama2 la try gi makan kat sini :)


bukan semua menu yg kat atas ni aku dah try.. aku just letak nak bg korang tgk je.. hahaha . sbb dah ada yg tnya kat aku.. aku pun tak tau sedap ke tak... korang rasa la sendiri ye.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...