Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, 25 March 2014

update on swimming class


tiap minggu ada cerita yang sama hihihi jangan boring ye...:) 

bukan pe..leh jugak jadi panduan untuk parents yang berniat nak antar anak pegi swimming class untuk baby kan

nak cerita pasal progress bella selepas class ke 6, 
so far ecah class mmg nampak perubahan dia, tak la mcm sama jer dengan class sebelum nya untuk class sabtu lepas bella dah boleh jadi contoh kat baby-baby lain...


masa kelas aritu cikgu bnyk tunjukkan contoh kat baby-baby yang lain masa tu ada 5 baby yang attend cikgu dia jadikan bella sebagai contoh untuk tunjuk kat parents yang lain yang mana Bella dah nampak bersedia totally untuk start swim...
 Alhamdullilah bella pun memberi kerjasama yang cukup baik last week... 

i'm a proud mama :) 
masa class tu ada 2, 3 parents yang tanya mcm mana bella cepat belajar? aku ada bawak slalu pegi swim ke selain dari class... jawapan aku 'NO'... aku mmg pegi class once a week jer kalau korang boleh bawak anak korang selain swimming class lagi bagusss.... tapi bella tak.. 


bagi aku antara tips yang aku share dengan parents adalah 

~"trust them" parents pun kena yakin yang anak kita boleh buat kena yakin kebolehan anak kita 
  sebagai contoh yakin yang anak korang mampu masukkan kepala dalam air as long as jangan korang biarkan dia lemas la kann... sbb aku pecaya baby ni mmg dah semula jadi suka air dalam kandungan pun duduk dalam air kannn.... aku perasan bila parents sendiri mcm takut-takut nak cuba nak biarkan anak cuba mesti akan jadi lambat belajar.... 


~ pujian... mmg kena puji selalu anak-anak ni, contoh : cikgu sendiri pun puji-puji Bella,  "anak sapa ni pandai sangat ni"... kita pun kalau anak boleh buat apa yang cikgu ajar kita puji la skit... kalau dia tak leh buat jangan marah n frust plakk baby ni pun susah nak duga mood dia kan

~ lastly reward them... bkn dengan benda-benda mahal pun, mcm bella, suka aiskrim so everytime bila dia good in class balik tu aku janji aku belikan dia aiskrim :) ni cara aku la terpulang masing-masing

ok dah abes bebel dah... tetiba ada plak tips-tips kat situ kan... hahahah belasahhh

jom layan ada a few gambar jer, n ada video yang sempat kawan aku rakam dari jauh kualiti gambar tak berapa memuaskan sangat tapi boleh la 


bella dengan cikgu dia



 thank you auntie Lieya tolong rakam video bella




 layan video bella swimming









Monday, 24 March 2014

JJCM Cibiuk Bangi

last week sempat jugak ber JJCM kat Cibiuk bangi, kitorang pegi ber 4..

 dah lama nak gi sini sebab dengar orang kata sedap aritu dengan hubby ada gak singgah tp time cuti  raya haji mmg tutup la

last week tu dalam plan2 nak pegi makan kat tempat lain last2 alang-alang dah opismate bawak kete, takan nak makan kat alamanda jer, kitorang kuar makan jauh skit ikut selera tuan punya kereta katanyaa!!

dengan aku rushing nak balik nilai ptg tu kena bawak si anak dara sorang tu cek-up 1 thn 9 bulan, gigih jugak nak mengekor diorang.... :) last2 suruh hubby ambik aku kat Cibiuk tu, dekat jer pun ngan tmpt keje dia

target nak gi situ nak makan pisang cheese tu.. aku mmg suka kalau tmpt ada dessert best2 skrg ni tekak mcm tak puas jer makan kalau tak de benda manis...


*
*

aku order ni nasi goreng kambing RM14.90

sbb officer aku ckp sedap... mmg sedap kambing dia lembut jer pastu bnyk giler isi dalam tu, nasi goreng dia pun sedap  



order teh botol ni RM5.50





ni kwn aku order nasi goreng ayam RM10.90

 pun dia kata sedap


 yang ni kwn aku order nasi timbel komplit ayam bakar RM14.90

ngan air es jeruk yang sedappp 3.90

lepas rindu makan kat bandung katanya




sorang lagi order bakso tak de dalam gambar meatball dia sedap gilllsss


nak lagi pedas???  dia ada sediakan satu kiosk untuk ulam-ulam n segala jenis sambal ada 10 jenis kot sambal semua sedap-sedap dan pedas serius puas hati bagi sapa yang makan pedas






utk dessert kitorang ambik pisang cheese RM10.90 

boleh share 4 org kot tp kitorang share 3 org 

portion sangat besar ni dalam pinggan makan yang besar tu, sblm tu kwn aku nak order 2 nasib baik tak ambik duit... tamak melampau tau!!! :p



bagi aku puas hati la makan kat sini sbb sedap2 makanan dia rocommended can beat wang solo plus ada dessert lagi dessert es durian dia pun nmpk menarik pavlova dia pun org ckp sedappp ehhh semua sedap la senang citer ;-)

total 75.30 tak silap utk 4 orang tak de tax....



Wednesday, 19 March 2014

wordless wednesday ~ 1 year 9 months


arini genap 1 year 9 months anak aku tu

Syukur Alhamdullilah Allah masih meminjamkan Sharifah Rea Salsabila untuk kami 

ni gambar latest tangkap malam tadi :) dah big gurl dah anak mama

Peace!!




peel biasa dia bila suruh bergambar 




 ok

" doakan bella jadi anak yang solehah, bijak berjaya dunia akhirat ye..."

Monday, 17 March 2014

jerebu please go away

Alhamdullilah akhirnya hujan lebat sepanjang hari membasahi bumi, especially kat nilai yang mmg susah sangat nak jumpa hujan.. semalam hujan sepanjang hari... 



Syukur padamu Ya Allah, berkat doa dari semua..

 bella pun dah back to her normal weekly routine, her swimming class... last week dengan keadaan berjerebu plus bella batuk aku batuk kitorang terpaksa stop kan kejap activity dia.. minggu ni haritu pun hubby ikutkan tak nak hantar bella sbb jerebu teruk kat putrajaya 


but Alhamdullilah, jumaat tu hujan turun n sabtu tu langit cerah siap sejuk lagi siap dengan angin kuat semua...  tanya bella dulu  "nak swim tak?" dia ckp nak



sblm pegi class posing dulu ngan swimsuit baru.. :)







 gediks sungguh tau... buat muka lelok skit bella oiii




 rambut tu,, sikat cam tu... nerd nya rupa hahha




kasi serabai-serabai skit la...  :)





selfie 





kat class... ni kelas ke 5

main banyak ini boodak... duck tu tak lepas dari tangan










 5th class ~ coach ajar breath control sambil pegang dada n belakang kepala... masukkan kepala baby fully dalam air  

so far bella enjoyed her class, ada la jugak kadang2 ckp "nanakkk" bila dia tak nak tu tak leh force la... baby ni susah nak jangka mood dia... mungkin ni pun antara faktor lambat untuk baby betul-betul pandai berenang, tu pun nasib baik bella bukan jenis tantrum tak tentu pasal if tak lagi naya kan 



Thursday, 13 March 2014

Dating on weekend

kisah dating ni actually berdua ngan bella... hihihi 


pagi sabtu tu papa dah dia keje, bella pun tak attend swimming class ptg tu..sebab aku ngan bella batuk, pagi tu dating la berdua ngan bella, pegi tesco jer pun beli barang-barang dapur skit, sajer bawak dia keluar kang boring plak papa dia keje tak de mana


"mama beli barang cepat skit ye"....:p 




masa nak pegi kat parking bella nampak KFC terus tunjuk n cakap "mamam" dia skrg kalau nampak kedai makan dah tau dah mintak nak mamam... nmpk sangat maknya suka bwk makan luar hihii weekend jer la tapi,  weekdays gigih masak lagi tauuuu!!

kesian plak dah mintak nak makan, aku pun masuk la kfc ingat nak bawak balik tnya dia nak bawak balik ke makan sini, laju jer jawap "ni " (sambil tunjuk meja)

 amboi kemain lagi...


so breakfast la 2 beranak kat KFC sabtu tu...




untuk dia aku belikan wedges jer, tu jer yang dia makan, abes dia sorang hadap






pegi tesco tu beli keledek nak buat kuih petang tu, sbb opismate dok sebut2 cek mek molek aku pun teringin nak makan, sib baik ada keledek oren cantik2 kt tesco pagi tu... 

maka petang tu terhasil la kuih nya aku buat dua jenis, cek mek molek ngan kuih keria versi ball-ball kecik mcm ni baru la bella nak makan dia dok cakap dia makan ball



gambar che mek molek nya tak sempat nak snap buat sikit jepun,  elok plak petang tu ramai datang rumah makcik hubby dtg satu family habis la licin kuih nya rezeki orang kannn 

Alhamdullilah..biasanya tak buat apa pun kat rumah..


Tuesday, 11 March 2014

Malaysia International Parenthood Fair SACC

weekend aritu sempat la jugak ajak hubby pegi Malaysia International Parenthood Fair SACC kat Shah Alam tu... dari jumaat dah ajak pegi nya hubby plak kene pegi kuala selangor ada keje sabtu pun kerja, ahad tu baru dapat pegi, aku aim kaunter mamy poko jer yang lain-lain tak tengok pun sbb bella pun dah besar tak de barang sangat nak beria membeli...
kitorang sampai situ kul 10.20 tengok orang dah ramai dah menungg depan pintu siap-siap cek kaunter mamypoko kat sebelah mana, kawasan dia pun kecik jer tak la besar mana...



pintu bukak jer zasss terus serbu, aku suruh hubby lari dulu sbb aku dukung bella, kang tersepit plak anak aku nak rebut masuk... tp orang paham bagi laluan untuk yang dukung baby


tengah tunggu turn nak membeli pampers... siap ngan sistem nombor lagi.. pekerja dia bagi no.1-300 

orang yang ramai-ramai kat luar tadi semua serbu sini dulu mana tak nya pampers RM15 je satu pek... giler murah ,mamy poko kotttt mana penah nak bagi less sampai 50% cam ni...







aku ni konon-kononnya nak beli banyak tu yang sanggup meredah sampai ke Shah alam tu, budget dapat 10 pek ok la... sekali masa beratur dia ckp sorang satu pek jer.... WHAT??? agak-agak la, kalau kat maternity expo kat midvalley aku penah beli boleh beli banyak tak la satu pek jer tapi price tak la semurah cam ni....



 nasib baik sampai awal la jugak kitorang dah beli then q balik lagi sekali untuk beli lagi.... patut la aku tengok ada cina tu angkut satu family datang 5 orang skali q dapat la 10 pek 2 kali q..... 

ok la Alhamdullilah dapat la 4 pek.. walaupun tak puas hati tak sempat nak q kali ke tiga dah cukup 300 customer... 20 minit jer licin semua 300pek... 

lepas tu kalau nak beli kena beli barang RM250 ke atas baru entitle untuk 1 pek lain dgn harga RM15 jugak...

sblm balik sempat grab botol susu pigeon RM20 jer normal price RM40 less 50% :)




"mama jangan sedih tau tak dapat beli pampers bella banyak-banyak... InshaAllah nanti ada rezeki lain tau mama " :)



"otey?? "


balik tu singgah makan kat equestrian park putrajaya, aku biasa la jugak makan sini ngan budak opis... tp rasanya mcm dah tak sedap mkn kat sini.... mula2 dulu makan sedap ntah la 





 "mama air niii mmm acammm"



" tapi cedappp"




 mcm biasa gaya dia bila suruh senyumm





 boodak ni takut kuda batu tu.... papa dia nak naikkan atas kuda tu mencicit lari takuttt hahahha 

okeh tak boleh jadi Quzandria Ambak ko ni.....:p



gambar makanan tak ambik pun sbb serius tak sedap dah la 1st time bawak hubby mkn sini terus dia reject, last time mkn tp tak order a la carte la order untuk farewell sedap plak.. mmm tah la ikut mood chef kot :P

**keep on praying for MH370 :(

Thursday, 6 March 2014

swimming class putrajaya - after a month


Alhamdullilah, pejam celik pejam celik dah sebulan dah bella join swimming class putrajaya ni

*
*

3rd class - belajar paddle tangan, kick kaki sampai boleh kicking sendiri


untuk 3rd class aritu bila teacher dia tgk bella dah boleh kick sendiri so teacher dia bagi dia pakai noodle ni sambil aku bantu











4th class - masih belajar benda yang sama, paddle tangan n kick kaki

ni gambar dari kelas ke-4 bella dah nmpk more confident pakai noodle ni kaki pun dah boleh straight dah sambil kicking tapi mata tuu manjang kelain mmg kepochi btol anak aku suka sangat tak fokus..

 sejak dah pandai menanya ni sibuk nak tengok org sambil tanya kat aku....abang? tatak? (kakak) means dia tanya diorang buat apa... normally aku akan jawap "haaa look abang/ kakak dah pandai dah swimming, bella nak swim mcm abang tak?" gitu la kena layan kang dia tak nak swim kang rugi plak :)









masa kelas ke 4 ni teacher dia ajar guna noodle tegakkan tangan, sambil kicking kaki aku risau skit nak buat takut terlepas, so teacher dia yang bawakkan







nampak la perkembangan bella untuk each class

next week continue dengan sesi baru untuk 4 class seterusnya mudah-mudahan bella cepat pandai berenang.. amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...