Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday 26 May 2011

.:warna yg sesuai mengikut hari:.

rindu giler kat blog aku ni dah seminggu tak bukak... arini baru masuk opis lepas balik dari berkursus 3 hari kat masjid besi je pun tak jauh mana :-)

tetiba rasa nak share apa yang aku dapat kat sana, aku kursus tentang dokumen terperingkat kalau nak cerita memang takkan semua la paham kan... so tak payah citer pasal tu disamping belajar tu biasa la selit-selit la jugak dengan ilmu-ilmu lain 

just nak share ngan korang mungkin ramai yg dah tau kot.. so share utk sapa-sapa yg tak tau lagi..:-)




warna mengikut hari

ISNIN - PUTIH

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk 
-mencetuskan idea baru, 
-merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. 
-menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. 

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

-Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah...

 
SELASA - PINK / VIOLET

-Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, 
-meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. 
-Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini. 
-Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri.

-Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

RABU - BIRU

-Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). 
- hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

-Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperti goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.


KHAMIS - KUNING / OREN

-Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. 
-Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. 
-Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

-Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain. 


JUMAAT - HIJAU

-Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. 
-Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain. 
-Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

SABTU - MERAH

-Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

-Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

 
AHAD - HITAM

- Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. 
-Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

-Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. 

** lepas ni pegi opis leh la try ikut warna-warna ni...mana la tau kot2 leh change mood bekerja kan....:-)

9 comments:

aIEn said...

hari ni hari khmis..td sy dh mkan bnyk la..aduhh, mcm ne ehh?

Unknown said...

wowww...good info ni...akak pakai kuning ari ni sooooo kihkihkih (",)...

DaZzlingLilLy said...

menarik nih info kaler ikut hari..jom kita try tgk pasnih..

yatt said...

ain : haha muntah la balik

kak ima : soooo??? lepas ni naufal dapat adik la hahaha

lily : tu la kena try tgk btol ke tak.. hehe

Fyda Rahim said...

yatt: oren utk hari khmais... so lps ni tiap kali hari khmis aku kne pkai oren.. haha.. utk merangsang dpt zuriat tu.. sila pkai oren ye yatt.. haha =p

yatt said...

fydd : haha tu la lepas ko kawen nanti sila pakai oren hari2 ye..

WuMing said...

WuMing ada buat entri tentang Yatt... tengok laaa

ekin mahmud said...

hari ni xpakai pink pun,xpa don't emo2 arini yang penting pakai oren hari kamis nanti ok..hehehe..just kidding

yatt said...

kin : tu la kena cari baju batik oren bnyk2 ni kot.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...