Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, 22 February 2013

.: bella demam :.

semalam aku terpaksa EL sbb bella demam, aku bangun menyusukan dia kul 3 lebih, dia pegang tangan aku sambil menyusu tetiba aku rasa tangan dia panas, aku rasa kepala dia, mmg sah dedar2 skit...


ubat bella... demam + antibiotic



at 4 am




dia pun mcm gelisah tak mau tido sbb badan panas aku dah pikir dah masa tu mesti jangkit budak yang kat rumah pengasuh tu sbb budak tu dah 2 hari demam, aku just pantau je la suhu dia pagi tu masa nak bangun pegi keje aku cek lagi sekali suhu dia makin naik


at 6.30 am



at 8.00  am


makin lama makin naik suhu dia, ingat malas nak bagi ubat, tp bila suhu dia naik aku bagi jer la ubat yang KK ada bekalkan masa dia injection 6 month aritu tak penah makan ubat pun dia sbb dia penah la demam tp dedar2  jer... 

ni la 1st time dia demam mcm ni, buatkan aku jadi kalut tak tentu hala dah.... bila bagi ubat ok la kejap suhu dia pastu naik balik aku jelom dgn air, air asam jawa, air bunga raya sume tak ok jugak, suhu makin naik 

senja smlm dah cecah 38.8 aku tak sure tinggi ke tak tp aku dah risau sangat masa tu dia pun dah tak nak menyusu, merengek jer, papa dia keje tak balik lagi aku nanges dah... aku ni penyedih skit benda kecik pun risau mcm hapa dah...

papa dia balik jer terus bawak pegi klinik

nasib baik masa dtg tu tak ramai org, tunggu satu nombor jer, masuk2 bilik doc soal siasat n tanya nak ambik darah tak? aku tanya kenapa doc, doc ckp tak de la suhu dia agak tinggi, pastu turun naik walaupun dah makan ubat takut demam virus or denggi, 

aku pandang hubby, hubby pandang aku, hubby tak bagi ambik sbb sian anak dia, then aku ckp ambik la biar puas hati.... nasib baik la hubby nak masuk sama dalam bilik ambik darah tu, hubby aku tu mabuk darah jugak tp dah imune kot lepas teman aku kat labor room dulu hehe :)




nurse baringkan bella atas katil n bedung dia.. so tak bergerak sangat la, aku pegangkan kaki dia nasib baik tak nanges, cuma merengek skit jer, alhamdullilah result darah normal... legaaa



 pagi ni still dedar lagi , tak hantar pengasuh pun, MIL jaga...harap-harap ok la dia :( pegi keje pun dok ingat anak jer bila demam-demam mcm ni :( ok la bye!!!

Thursday, 21 February 2013

.: solid food ~ mashed potato :.





 bila bangun pagi jer weekend mesti kepala otak ligat pikir nak buat breakfast apa untuk bella...punya la nak bagi bella suka makan macam-macam, mama pun gigih la google segala resepi nak sumbat dalam mulut si anak dara tu...

aritu buat mashed potato, aku pun tak pandai sangat hentam jer 
untuk mashed potato tu ok la mslhnya gravvy dia tu, untuk baby kan bnyk benda tak boleh, last-last aku guna jer sup sayur yang aku buat utk dia makan tgh tu sebagai gravvy dia...






mashed potato

stim potato sampai empuk, blend, masak atas dapur sekejap letak unsalted butter skit


gravvy

aku blend sayur (broccoli + carrot) tu letak sup (homemade chicken stock) skit jadi la pekat mcm tu then tuang jer atas mashed potato tu... siapp :)

bella tak de la suka sangat tapi makan la jugak... tak pe misi aku nak bagi bella cuba semua mana la tau nanti lama-lama dia leh terima

Wednesday, 20 February 2013

.: aktiviti di kg :.


ni cerita balik kg time raya cina aritu.....

si kecik tu pagi-pagi buta budak ni dah bangun, biasa la dia kat mana-mana pun bangun awal, terpaksa la aku pun membangunkan diri mengawal dia....

sume benda nak main  almaklumla jarang-jarang balik perak
ni aku masukkan dia dalam trolley barang opah... ha senyap.. tercengang dok dalam tu hehehe



pastu aku masukkan dia dalam buai ni plak.... budak tak biasa naik buai, cuak tarik2 buai tu nak bangun!! tak nak dok dalam tu haha 
mama nya keje membuli jer


sepupu sepapat seramai 12 orang tu memang riuh rendah la bergegar satu rumah, anak aku ni tak biasa bising-bising sangat, kat sini dia sorang je baby mana biasa suasana bising-bising cam tu dari pagi sampai petang tak tido-tido aku naik risau tgk dia, mata ngantuk tapi tak leh nak tido

last-last aku ajak hubby pegi ronda-ronda kat seri iskandar, sambil-sambil pegi isi minyak n beli kfc, nak bagi dia tido punya pasal masuk-masuk je kereta tak sampai 5 minit terus tido sepanjang jalan pegi dan balik dapat la tido sejam dalam kete 

kalau tak buat mcm tu jangan harap la nak tido, baru nak lena org ni jerit org tu jerit mmg tak la si telinga lintah ni nak tido... hehe





ni gambar kat pasar pagi, kat kg aku setiap isnin ada pasar ni, sib baik bella behave jer walaupun panas sekali je dia mintak nak susu, aku df jer dia sambil kendong pakai baby carrier tu n tutup pakai tudung n napkin dia hehe...




ni dah balik nilai... muka happy jer jumpa nenek dia .... cucu nenek sungguh!!!!



.: padi house @ galeria Putrajaya :.


semalam time lunch pegi makan kat padi house galeria putrajaya dengan opismate, tak pernah mkn kat sini pun baru nak rasa

tempat dia cantik dan selesa



menu pun banyak jugak n harga ok la tak de la mahal sangat ada western, ada nasi-nasi n segala jenis noodles




pilih punya pilih, aku decide untuk makan ni, grill cheesy chicken kot nama dia... sedapppp tak muak walaupun ada cheese kat atas tu, ayam dia garing, n makan skali dengan mashed potato kat bawah ayam tu... mmg sedap la bagi aku 

harga RM17.90
air ambik soft drink jer RM3.50


rasa berbaloi la jugak makan kat sini, tak mahal sangat, sesuai ngan tempat dia dan makanan pun sedap lain kali boleh pegi lagi :)

Tuesday, 19 February 2013

.: bella dengan pool baru :.

 aritu belikan bella pool, walaupun dia tak leh duduk betul2 lagi tapi dia suka main air sangat mama nya ni tak sabar la nak tengok dia mandi dalam pool ni ha beli yang kecik jer pun kat toys r us baru RM29.90





balik tu aku terus ngepam benda alah tu, boleh tahan jugak poneknya sakit tangan menekan pump tu...si kecik ni pun sibuk sama la nak tolong pump... mcm kuat sangat la nak tiup tu...mama pun tak larat tiup okehhhh




sampai tersembam-sembam muka dalam tu haaa tak sabar nak masuk ke hapa nihh?



 
 bila dah pump tak bawak keluar lagi bagi dia main-main dalam tu kemain baik punya tempat landing kaki tu....




 kononnya nak belikan swimming suit dulu baru nak bagi dia mandi, mama dia la plak tak sabar nak masukkan dia dalam tu, masuk la tak pakai pape lak tu hahaha belasah la gambar pun 18sx haaa.. hehe


pic from my instagram...
do follow me on instagram "reasalsabila" :)



sambil mandi pun leh temenung...  dia meniarap dalam tu pun dah penuh dah, nanti besar skit mama beli yang lagi besar ye... kot2 leh jadi atlete mcm pandalela rinong lepas ni haha :p






.: makan-makan kat Bumbu bali :.

jumaat lepas pegi makan-makan kat alamanda dgn officemate, tak tau dah nak makan kat mana last-last pilih makan kat bumbu desa, dah la 1st time makan sini terus blur tak tau nak pilih menu

aku penah la makan kat bumbu desa ni tp masa tu kat bandung, lain konsepnya dengan sini


antara menu yang ada di display kat kaunter ni... senang la kita nak tgk apa rupa paras makanan yang diorder maklumla nama nya kan pelik-pelik


 kitorang pegi bertiga so decide nak makan hidang ambik nasi n few lauk.... kitorang ambik talapia goreng, ayam cili ijo, daging dendeng ngan sayur cendawan, air aku ambik soda gembira

boleh tahan mahal gak makanan kat sini, total bil RM101 utk 3 org, boleh la nak rasa tapi bagi aku so so jer la tak de la sedap sangat aku rasa yang aku makan kat bandung lagi sedapp n sangat la murah mkn ngan hubby berdua tak sampai RM30 duit kita....



  ni gambar bumbu desa outlet bandung, sebelah rumah mode


  
 hubby pilih-pilih lauk

 

 siap ambik udang n cumi bakar lagi tu.... murah nak mamposss... 

ooo bila la nak pegi bandung lagi nihhh:)




Monday, 18 February 2013

.: weekend solid food :.


 macam biasa la during weekend baru mama ada masa nak main masak-masak untuk bella so weekend aritu buat teddy bear taufoo fa with kurma sauce for her breakfast
 
 sebelum makan tunjuk dulu teddy bear tu kat dia... excited plak tepuk2 walker dia nak makan hehe, kalau dah besar pandai la kan ni kecik lagi mama dia la sajer buat alang2 aritu beli mould ni mmg utk buat food dia so guna la utk tau foo fa ni

bella suka.. habis satu teddy bear ni dia makan agaknya sbb manis rasa kurma tu kot.. aku rasa pun sedap


senang jer buat benda alah ni, aku letak resepi kat sini eh :)

beli jer soft tofu ni kat supermarket aku beli jenama Anzen ni, potong skit,


pic : google



steam dalam 10-15minit, aku steam sementara mandikan bella lepas mandi dah boleh angkat dah 



pastu aku bentukkan guna mould teddy bear n, letak dalam bekas pastu tuang sos kurma (steam kurma blend, letak air skit masak atas dapur, jadi mcm air gula) siappp jadi mcm gmbr kat atas tu..:)


untuk lunch plak aku buat bubur salmon balik, dah tu yg bella suka aritu aku tukar buat bubur bilis, skit jer dia makan 

ni bahan-bahan buat bubur salmon, aku letak sayur carrot n broccoli, yg tu lemon utk basuh ikan n butter utk grill salmon 



ahad pagi tu untuk breakfast aku masak pasta untuk bella

guna pasta star ni



aku guna resepi dari internet, tapi aku ubah-ubah skit instead of cheese aku guna butter jer.. letak carrot + apple... bella tak suka sangat hehe susah nak bereksperiment ngan si bella ni, dia kalau pelik2 skit tak nak makan :)

aku tak berani lagi nak bagi dia cheese n tumis-tumis semua tu sbb tak sedap kot pasta ni



tp ok lar makan la jugak 5-6 sudu yang selebihnya mainn n sembur-sembur, nak plak aku biar dia buat sendiri, sudu kemana makanan ke mana yang banyaknya jatuh ke lantai :)
 


lunch mcm biasa masih sama salmon porridge, selagi dia tak jemu n boleh makan banyak aku biar je dia makan selang-selang, salmon, ikan cod or other fish nanti dah jemu kena pikir plak la nak bagi apa hopefully dia leh accept variety of food... aku cuba ajar dia slow-slow skrg ni :)

Wednesday, 13 February 2013

.: WW ~ ikut mama pegi work :.

arini pengasuh cuti lagi so mama bawak bella pegi work... boss cuti boleh la



haf day jer petang karang nak bawak dia pegi Checkup 8 months 



now...... Bella tengah sedap tido dalam bilik aku ni....
sian dia nasib baik behave jer


Thursday, 7 February 2013

.: homemade bubur campak-campak versi aku :.


ni bubur yang aku buat sebelum pegi berjimba ke sogo last weekend, aku terlupa langsung bubur bella dah abes, pastu mengedik nak kuar, dah siap-siap cantik-cantik bermakeup bagai, baru teringat bubur dia tak de dah... nasib baik teringat kalau tak tak mkn la anak aku.... 

hehe tak de la tak makan MIL la buatkan tp aku tak suka susah kan MIL, dah la aku ni ngan bella 24/7 kerja rumah pun tak tolong sangat masak apa tah lagi so kalau boleh segala keperluan bella aku cuba sediakan tanpa susahkan MIL lagipun kita mak-mak ni, puas hati tengok anak makan masakan dari air tangan kita sendiri kan

okeh berbalik kepada cerita bubur tadi, aku pun terus bersilat kat dapur sementara hubby tengah mandi tu sempat lagi buat, beras dah siap sangai n blend so sekejapan jer la dah kembang bila masak... sonang


wahh siap beresepi bagai kan padahal buat bubur jer pun haha.. belasah lar


White Cod Fish Porridge

beras putih + beras merah, yg dah disangai-blend
carrot
ikan
homemade chicken stock 



beras merah



alaskan white cod fish (beli kat cold storage)




baby carrot




cara-cara :

ambik beras putih + beras merah skit, potong baby carrot campak je dalam periuk ni....

 sementara tunggu bubur kembang basuh ikan, panaskan pan letak olive oil + unsalted butter skit pastu grill ikan

dah grill ikan tu campak la dalam bubur yang dah kembang tu dalam periuk ajaib ni... haha bkn pemanggang je ada ajaib tau (but i love this periuk, sangat banyak membantu)

pastu letak homemade chicken stock 1 atau 2 cube..... 

 tadaaaaa siap dalam masa tak sampai stgh jam... kan sonong tuhh so omak eh boleh berjimba lama skit :) hehe


aku beli white cod fish fillet, lepas abes salmon fillet aritu, sbb kat Cold Storage tengah ada promotion 100gram RM10++ kot, kalau tak lagi mahal, yang aku beli ni dapat la RM20 sepotong, ok la besar jugak

alhamdullilah bella suka makan seronok bila tengok dia makan banyak :)




Wednesday, 6 February 2013

.: wordless wednesday :.

  
vroom... vromm... :)









Tuesday, 5 February 2013

.: food testing @ equestrian park putrajaya :.

dah lama blog ni tak post pasal JJCM kan...

semalam aku ikut budak opis pegi lunch kat mangiamo cafe, equestrian park, ni kira food testing la n nak booking tempat sekali sbb arini ada officially makan-makan kat situ


sblm makan tangkap gambar dulu, kuda betul tak hado, hujan sume kuda masuk kandang so kita tangkap gambar kuda batu ni huhu






 mee kari yang marveles... segala mak nenek ada dalam tu, kerang, udang, sotong, fish ball fish cake

price : RM9.50



 mee gorang mamak yang banyak giler + sedapppp

price : RM9.50


 cantonese fried keoyteow

price :RM9.50

ni yang aku makan nasi goreng magiamo special kot nama dia, lupa + air d'island coconut

price : nasi = RM11.50
air = RM7.50
kerabu mango = RM3.50







semua sedap n portion sangat besar, harga berpatutan ngan rasa n kuantiti..... mmg puas hati la makan kat sini ngan suasana yang tenang dan nyaman....

kalau rasa-rasa tak de idea nak makan kat mana leh la melencong ke sini, harga pun tak la mahal sangat

utk government staff ada less 15% ... worth it :)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...