image : ikhsan dr mr.google
tengah baca-baca paper metro then i come across with this quiz... pastu tersenyum sorang-sorang...so nak share ngan korang semua
Jom Uji Tahap KETULENAN korang sebagai Rakyat Malaysia....
jawab soalan kat bawah ni - 1 markah untuk setiap jawapan "ya" dan 0 markah untuk jawapan "tidak"
- anda pernah campurkan minuman kopi dengan teh?
- anda pernah datang lewat ke Majlis?
- anda akhiri semua ayat anda dengan "LAH"?
- Pernahkah anda lapar dan teringin nasi lemak pukul 3 pagi?
- anda panggil seseorang dengan sapaan "BRO/BEB"?
- Bolehkah anda namakan jenis roti canai?
- anda percaya lebuh karak BERPUAKA?
- anda pernah menonton pelawanan bola sepak di restoran mamak?
- anda pernah minum "michael jackson"?
- anda pernah makan nasi goreng dengan sos cili/ tomato?
- anda tahu maksud "Lepak/Ngam/Gostan?
- Anda pernah memandu kereta buatan malaysia?
- anda berpandukan naluri sendiri berbanding tanda jalan semasa memandu?
- anda tahu bercakap beberapa perkataan dalam 3 bahasa?
- anda panggil pelayan restoran " bos"?
12-15 markah
RAKYAT MALAYSIA TULEN
8-11 markah
RAKYAT MALAYSIA BIASA
4-7 markah
RAKYAT MALAYSIA SEDANG-SEDANG SAJA
0-3 markah
RAKYAT MALAYSIA 'CELUP'
which one is you?? aku RAKYAT MALAYSIA TULEN ..... :)
and i'm proud to be MALAYSIAN.... wahhh gitewww... very the patriotik kan.... :)
3 comments:
Wuming dapat 11..
Soalan 6... WuMing memang bukan kali layan makanan india.. Roti Canai tu tau laa
Soalan 7: WuMing memang tak percaya tentang hantu atau puaka.
Soalan 8; Memang tak pernah lepak kedai mamak... Nanti bau kari lekat kat baju...Tak tahan.. (Memang tak suka makanan berkari atau masakan india...
Soalan 9: Memang tak tau..
Adek tulen kak....
wakakaka...tak baca tu pun mmg sah i tulen taw!
14! hehe...mujur tulen hihi
Post a Comment