Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, 31 March 2011

.:bubur jagung wit lurve:.

poyo betol tajuk tak leh blah...hehe

bubur jagung je punnnn.... nak ber 'wit lurve' la pulak... hahaha

balik keje semalam tengok jagung yang beli kat cameron tu dah nak kecut dah sayang pulak nak biarkan...mula2 ingat nak rebus je sekali teringin lak pulak nak buat bubur jagung hubby plak cakap nak lama tak makan... terus rebus 3 ketoi je... lagi 3 ketoi buat la bubur....





gambar yang langsung tidak mencapai tahap piawaian D90..

ada pulak la bayang-bayang apa tah disitu... sangat tak rajin nak menangkap balik... udah maghrib dah time ni komeee...

up resepi bubur jagung versi aku kat sini :-)

jagung 3 tonggkol
santan 3 cawan
full cream milk 2 cawan
gula 1 senduk kecik
garam sikit 
letak air sikit (kalau rasa manis sangat)


masukkan semua sekali dalam periuk tunggu la sampai masak... jgn lupa letak daun pandan tau... api kena kecik okeh...

macam la org tak reti buat bubur kan.... excited nihhh pes time buat.... 

hubby pi bawak lak kat rumah kawan dia sebelah rumah ni .. semua ckp sedappp, teruja i.... hahaha k la chow...



Wednesday, 30 March 2011

.:what shud i do:.





"Ramai yang menyangka berurut dapat membetulkan kedudukan rahim. Berurut pula langsung tidak dapat menjangkau rahim yang terletak jauh terlindung di dalam rangka pelvis, lebih-lebih lagi jika rahim retroverted.

Sungguhpun begitu, tiada halangan berurut bagi mana-mana wanita kerana ia dapat melegakan fizikal dan tekanan minda, asalkan tidak keterlaluan tekanannya kerana ia boleh menyebabkan komplikasi contohnya, pundi kencing pecah dan seumpamanya. Seeloknya wanita membuang air kencing terlebih dulu"


just read tis from google... membuatkan aku bertambah confius... what shud i do???

.:mengharap restu ayah bonda:.

Jumaat ni saya cuti... nak balik Perak... mengharap restu dari ayah bonda untuk meneruskan pembedahan seperti yang di suggestkan oleh Dr. Hamid Arshat...

Last week masa saya dah tekad dan bulatkan hati untuk menjalani pembedahan tiba-tiba mak call, cakap abah  dah 2, 3 hari diam je mungkin pikir tentang pembedahan saya, and finally after 3 days dia menyuarakan pada mak agar saya tak meneruskan pembedahan tersebut....mungkin dia risau... yes saya faham hati seorang ayah dan ibu....tapi.....

saya sangat dillema.... antara tekad, keinginan dan restu ibu bapa....

balik kampung jumaat ni antara agenda utama nya juga adalah untuk berbincang tentang hal tersebut... mudah-mudahan ayah dan bonda di kampung faham akan keinginan seorang anak untuk memiliki anak juga seperti mana orang lain....

wish me luck~

(tetiba ayat skema)

Tuesday, 29 March 2011

.:cameron highland -part 3:.

 ok mari kita sambung belek-belek gambar.... mcm yang aku kata ni baru pegi cameron kalau pegi obersea mau 25 hari tak abes-abes update entry yang penuh dengan gambar kan....layankan je la yerk


balik dari pasar brinchang tu jenuh mengangkat sayur2 hubby beli kobis sampai 5 dah la besar nak mampos kobis dia... kan bagus kalau diorang sediakan trolley ni takkk jenuh la angkut, aku tgk sume orang senget2 bahu angkat segala sayur mayur tu....


then naik bilik mandi-mandi tukar baju turun bawah je pun gi makan steamboat tak larat dah nak pegi cari kt tempat lain just makan kat hotel tu je.....








 okeh dah siap.... posing-posing dulu sebelum turun bawah....




 makan kat sini.....










 dah diet pun gemokkkss lagi... hehe












boleh tahan la sedap gak, tapi still tak leh lawan sos kat johnny's.. tapi best la sejuk-sejuk makan makanan panas cam ni kan.... tapi sebabkan dah kenyang kitorang tak abes pun makan..... sudahnya aku suruh hubby bagi segala benda yang tak usik lagi tu, kat meja belakang kitorang tu, diorang ramai..... sayang la tak abes daripada membazir baik bagi diorang



stoberi juice yang sangat sedap..... kat KL confirm susah nak cari yang sangat 
pure macam ni .....


after makan tu, jalan-jalan ambik angin sejuk kat luar dan terus balik bilik.... 


aktiviti disambung keesokkan hari ya..... bubye....

.:cameron highland -part 2:.

tujuan utama holiday kat cameron ni adalah untuk jalan-jalan cari makan je...dah boring makan kat KL hahahah...
lepas je check-in, letak-letak beg kitorang keluar balik, tak sempat dah nak rehat2 sbb sampai sini pun dah kul 5 macam tu...masa keluar tu naik kete tengok-tengok pasar malam brinchang tu dekat je ngan hotel sudahnya kitorang saja-saja ronda sampai ke kea farm tu, singgah gak kat gerai-gerai kat sini tapi banyak tutup, bila tanya diorang cakap sebab semua dah pegi meniaga kat pasar malam brinchang....

layan gambar aktiviti kitorang sepanjang kat sana yukkkk







antara aktiviti nyer biasa la 

~ cari keychain / fridge magnet



~ jalan-jalan beli stoberi 

stoberi yang aku tengok masa last aku pegi ni ada plak.... kat sini buah dia cantik-cantik besar dan masak ranum....susun pun cantik je... 2 bekas tu RM15



 balik tu park kete terus jalan kaki ke pasar brinchang




 ~jalan-jalan cari makan










 gigih memilih key chain








 keoy teow yang sedap giler





~ singgah-singgah makan durian



ni pemandangan dari luar hotel di waktu malam

next entry makan-makan lagi dan lagi.....

Monday, 28 March 2011

.:Teringin nak naik ETS:.

hahaha sengal kan... teringin sangat nak naik ETS ni.... tapi tak nak naik dekat-dekat nak naik sampai Ipoh jugak....tapi nanti sampai ipoh macam mana? nak buat pe? sapa nak ambik? kg saya bukan kat pekan ipoh or patah balik KL hahaha... buat keje giler... abes dah kata teringin kan.. kang meleleh lak air liur tak dapat naik ni... ngeeee~

ok fine saya macam budak-budak teringin naik naik keretapi....









haaa siap bagi schedule lagi....  

nak naikkkkkkk jugakkk....

.:percutian yg tak dirancang- part 1:.

laki bini punya la tak de keje, ari sabtu aritu dok pikir tak tau nak pg mana rasa cam nak pegi bercuti nak pegi PD boring, pegi Melaka, baru lagi pegi ajak pegi Johor hubby ckp jauh sangat, last-last aku ckp jomm pegi cameron larrr...

makanya sampai la kitorang laki bini ke cameron... memang tak pernah sampai pun berdua ngan hubby..

aku ni bukan nye tahan sangat last pegi kursus kat cameron aku dah muntah mongek dah.... risau je takot muntah kali ni... but alhamdullilah ok walaupun perut dah berhempas pulas dah menahan pening dan loya.... sampai je kat bharat plantation ni mmg dah tak tahan ajak hubby singgah minum dulu.....





 










 




milk tea for hubby, strawberry tea and scone for me.... yummehhh







cantik je pemandangan kat sini kan.... first time singgah ni... jakun hahaha






kitorang dok kat area brinchang... stay kat sini je RosaPasadena hotel....sib baik tak penuh hotel-hotel kat sini, dari sini jalan kaki je ke pasar malam brinchang 

nanti sambung lagi ye... busy tengah buat claim boss huhuhu... sempat lagi menyambil...

Thursday, 24 March 2011

.:shawls saya hari ni:.

pagi-pagi buta mengejar punch card masuk-masuk lif ada orang kata shalws saya macam pengantin...Apakah??? pengantin pakai macam ni ke?? bukan pengantin pakai veil ke?


pelik.....pengantin pun pengantin larrr hihihihi

.:Restoran Haji Shahrin Low:.

Restoran Haji shahrin Low dah bukak cawangan baru kat Sungai Merab, Bangi ni...
last week kitorang balik dari  JJ Cheras Selatan sajer lalu kat situ nak cari kedai makan, tengok-tengok restoran ni dah bukak dah pun, terus U turn balik dan berlenggang-lenggang kankung pg kedai tu.... 

tapi masa pegi tu dah kul 10.30 dengan penat nyer mmg tak de selera nak makan cuma nak isi perut je.... blur tak tau nak order apa kitorang just order a la carte dia.... aku ambik wantan kantonis kot nama dia 





hubby order apa tah nama dia tapi finally sampai sebijik mcm aku gak entah apa yang beza aku pun tak tau... nama lain, rupa sama.... rasa dia boleh la so so je.. maybe tak kena ngan tekak kot makan mee cam ni... 

setahu aku kat sini yang famous dia punya lauk-lauk, mcm itik panggang dia, egg salt crab, butter prawn, tapi malam tu memang kitorang berdua sangat tak larat nak menikmati makanan-makanan macam tu... nak makan pun kena ada feel gak korang... baru best dan tau rasa dia betul-betul sedap ke tak kan??

nanti kena pegi try plak masakan yang digembar gemburkan tu....kena simpan perut dulu betul-betul lapar baru pegi ....

Wednesday, 23 March 2011

.:Rawatan Dr. Hamid Arshat part 2:.

seperti yang dijanjikan...

setelah digoogle-google aku terjumpa blog ni..
problem yang nombor dua tu...
 cuba check sini (tuan blog mintak izin share ye:-) )
yang aku rasa mungkin sama ngan case aku sebab aku pun agak bengap jugak + rasa down giler masa tu, tak pi tanya kat doktor tu apa nama pembedahan atau kaedah rawatan yang aku perlukan...
so semalam doktor suggest aku buat operation, aku tanya tak de cara lain ke? doktor cakap tak de
aku ngan dah meleleh-meleleh airmata ni, doktor pun sadis je kot tengok terus dia kata tak pe awak balik pikir dulu, kalau nak buat just call 2 minggu lepas call boleh terus operate untuk betulkan kedudukan rahim aku yang terkebelakang tu dan letakkan kat depan balik.... lebih kurang mcm tu la kot....

operate kat klinik dia sendiri tak perlu pergi Pantai Medical, operation kat situ ada setiap rabu, sehari selepas operation boleh balik dan MC sebulan...kos untuk operation adalah RM6000



ni result scan tu,  rahim  sepatutnya berada dalam bulatan biru tu, tapi dalam kes aku rahim ada berada di dalam bulatan purple....

 

doktor jugak ada bekalkan kitorang ubat-ubatan dan supplement antaranya 


untuk hubby
*
*


acai berry



speman himalaya


vit E - hovid


Untuk aku
*
*


 obimin
 

folic asid



Fish oil


total bil semalam:-

consultation fee - RM120
scan - RM50
ubat-ubatan - 251
*
*
*


total RM421


doktor ni sangat best, sangat lembut dan sangat memahami kita pun macam tak segan nak share apa masalah kita dengan dia... 

so sekarang kitorang dalam proses untuk berfikir samada nak operate atau pun tak.:-(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...