Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, 31 January 2011

.:makan-makan kat benjiana steakhouse cafe:.

ni citer makan-makan agak lama gak la....bila tengok2 balik gambar kat dalam PC baru teringat pasal makan-makan kat sini....

location cafe ni btul-btul sebelah ikan bakar sekinchan yang kat setiawangsa tu... kitorang ada la 2,3 kali gak makan kat sini aku rasa ok makanan dia hubby pun suka... kira western food dia memenuhi selera tekak melayu kitorang ni... owner dan semua pekerja2 dia pun melayu...






ni suasana dalam kedai dia... kedai dia open dan kecik je pun tp best suasana dia untuk santai2 sambil makan leh dengar life band dari kedai ikan bakar sekinchan tu... hehehee



 hubby aritu order ni salmon grilled ~ yg ni sedapppp


aku ambik rib eye steak 

harga aku tak berapa ingat sangat tp murah la belas-belas ringgit jer aku rasa.... hubby suka sangat salmon grilled tu sampaikan setiap kali makan sini mmg order tu jer...tp itu kira tekak dia la kan... tekak korang tak tau la mcm mana...boleh la cuba sendiri :-)


**gambar2 ni belas ihsan dari Mr. google..

Friday, 28 January 2011

.:yehaaa!! dapat hadiah dari my ex-boss:.

harini time lunch dah la keluar awal balik pulak lambat sekali office mate call ckp my ex boss datang... nak ambik surat2 dia... mengelabah aku dah la masa tu dok kat kenny rogers lagi tengah makan terus suruh member aku passkan surat.... masuk-masuk je opis member aku ckp my ex boss tinggalkan barang.... aku dah agak dah dia mesti nak balas balik hadiah yang aku bagi kat dia aritu.... aduiiii dia ni, aku tak mintak pun dia balas pape.... dia slalu mcm tu tau...
aritu raya pun aku bagi dia kek dia balas balik biskut... padahal aku bagi tu saje nak bagi dia... tak pe la dah mmg dia mcm tu kan... ok gak tak pasal2 dapat hadiah hehehe..... jom tgk apa dia bagi kat aku.....


*
 

*


*


*


*








gigih budak2 opis suruh aku bukak... aku pun apa lagi... gigih la suruh diorang tangkap gambar aku kan....


*


*


*





ni la hadiah nyer....Cristal D'Arques Vase.. cantek kan???? aku sookaaa :-)  

thanks a lot larr... aku bagi hadiah kat dia ayat kursi satu set ngan allah muhammad tu.... dia balas ni...tq tq

org berbudi kita berbahasa kan? org memberi aku yang merasa..:-p


Wednesday, 26 January 2011

.:Gedik nak tukar Header:.



gedik tau i nak tukar header jugak, lepas tgk tutorial dari blog neena sblm ni penah try nak tukar tak menjadi.. puncanya sbb aku tak tukar height part utk header tu... makanya header tu bertindih ngan content...lepas tgk blog neena terus buat hehe....

tak de mende nak citer sbnrnya sblm ni asyik pakai template yang FOC tu jer.... almaklumla agak2 buta IT sikit aku ni pun..... tetiba cm suka jer nak bukak blog bila dah tukar header ni... tah pape kan?? k lar bubye..

Tuesday, 25 January 2011

.:terjah ICE ROOM pulak walaupun dah kenyang:.

hari kejadian adalah hari yang sama dengan makan-makan kat Milwaukee kat enrty smlm....balik dari makan-makan kat Milwaukee tu sampai nilai dalam kepala otak teringat nak pegi mencari desert pulak kat Ice Room... tak kenyang2 la minah sorang ni.... pastu bising gemuk.. :-)







tgk org makan sedap jer kan... jom tgk apa yang sedap kat sini 






cafe ni speciality dia adalah menda ni... aku pun tak tau nak kata apa mende ni nak kata ice cream bukan tp budak-budak masuk2 je pintu cafe ni dah terlompat2 
"Nak aiskrim, Nak aiskrim " aiskrim ke???

nak kata ais kacang pun bukan.... tp yg pasti sejuk sampai ngilu2 gigi makan......








hubby order air ni lepas tgk aku minum menda ni kat ayam penyet... kat ayam penyet kan bnyk air yg ada menatang ni dalam dia.. apa tah benda bulat2 tu.... tak tau jugak.. snowball ke??? eh silap erkk??  tp kat ayam penyet sedap, rasa kenyal2 kat sini tak sedap pun....
biji-bijian tu lembik je....sila jgn order kalau dtg ice room hehe...harga RM5.00



disebabkan kenyang aku order yg ni jer nmpk cm menarik... ala2 pau...dalam dia inti keladi  kecik ni pun RM4.50 wei...




nak rasa gak kan benda yg special kat sini.... so order la satu mende ni RM9.90













gigih menangkap gmbr nak tunjuk yang serina redzuan penah dtg sini utk program JJCM




boleh la sedap jugak... sajer nak try jer...


Monday, 24 January 2011

.:Berbaloi-baloi makan kat Milwaukee:.


ooo hari ni citer2 pasal blogger kat hot fm....RED MUMMY live kat hot fm kan!!!
terus semangat nak update blog..... HAHAHA tak de kena mengena 

ni cerita thaipusam aritu.... plan nyer haritu nak jumpa member2 sekolah nak bincang pasal reunion pastu tak jadi last minit semua ada hal, yang aku ngan hubby dah halfway dah masa tu terus blur tak tau nak pegi mana.... kitorang mcm biasa la kalau keluar tak pegi makan-makan tak sah kan... tetiba teringat penah baca satu blog ni, tak ingat blog mana... pasal dia makan kat Milwaukee ni .... dgn bantuan en google aku terus la pakai handphone  google maps kedai ni kat mana...





 maps yg dibagi senang lar jugak kejap je kitorang dah jumpa restaurant ni...




first impression nmpk menarik dari luar.... restaurant ni 2 tingkat bahagian bawah mcm tak best sangat larr.. open sangat...



kitorang pilih utk dok kat belah atas




kalau malam kat sini ada live band tp tak sure pulak hari apa jer yg ada


 























 hubby order chicken grill... gravy dia sedapppp.... RM12.90



aku ambik seafood spagheti kot nama dia lupa... pun sedap, sampai hubby pun makan la... kalau aku mkn kat pizza tu dia tak suka... yg ni harga RM16.90






harga makanan dia ok la murah jugak bagi aku... standard la, tp tmpt dia best ingatkan cm mahal....memang berbaloi makan kat sini....


ni maps kot2 la ada sesapa teringin nak pegi plak lepas ni... dia ada cawangan lain jugak, kat subang, kat kepong...klik kat sini kalau nak tgk

k la bubye ~


Friday, 21 January 2011

.: aku dpt souvenir follower ke-100:.


last week aku terima key chain ni dari sorang blogger fairus mamat sbb aku jadi follower dia yg ke -100, aku pun sbnrnya tak perasan yg aku jadi follower ke 100 dia sampai la dia msg aku mintak alamat sbb dia nak bagi souvenir ni....









aku dpt ni.... key chain dari batam... dah gantung dah pun kat opis aku...mcm tau2 je aku ni key chain collector.... terima kasih daun keladi yer..Fairus... mudah2an murah rezeki awak dalam dunia blog ni... :-)





Thursday, 20 January 2011

.:KHURAFAT:.


smlm petang dari opis, pegi tgk citer khurafat ngan hubby.... ramai yg bagi feedback kata citer ni best aku pun cpt2 booking tak nak jadi mcm citer hantu kak limah tu, asyik penuh je sampai ke sudah aku tak dpt tgk....
so tgk la citer ni awal2 ....

aku ni penakut jugak risau je sbnrnya nak tgk bukan pe takut terbayang2 ke termimpi2 ke kang jenuh pulak hubby nak meneman ke dapur tgh2 malam... hehehe..pegi tgk wayang siap2 bayang blazer dari opis semata2 nak tutup muka kot2 seram ke heheh... citer ni bagi aku ok la gak... ada la gak aku terjerit-jerit dalam panggung tu...nak kata seram sangat tu tak jugak tp banyak aksi suspend....kita budget hantu tu keluar kat sini tp sbnrnya tak...sekali tetiba keluar kat belah lain yg kita tak expect... tu yg buat terkejut tu....tp yg aku respect diorang berani belakon mcm tu... sangat real la...kalau aku tak kot.. huhu

agak menarik la bagi aku, tak la rasa rugi duit beli tiket tp tak berbaloi kan?? citer ni lain sikit dari citer2 hantu melayu yg berlambak kat wayang  skrg ni...yg ni agak seram la tp ok tak sampai teringat2 kot.... aku bagi 3 setengah bintang hehehe..

Wednesday, 19 January 2011

.:[PTPTN]Helah Dalam Sistem Ujrah :.

super sensitif: baca atas risiko sendiri. Ini adalah pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi AFN


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuรฏ sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluรฏ sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluรฏ potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluรฏ potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaรฏ tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.


ุฃู„ุง ุชุฑูˆู† ูŠุง ู…ู† ูˆุงูู‚ ู„ู‡ุฐุง ุฃู†ู‡ ุฑุจุง ู…ุจูŠู†ุง ูˆุบุดุง ู…ุฎููŠุง؟

WaLlahu a`lam.

_________________
ad-diyari.com



sumber asal : ~ klik sini

.: kenapa mata aku berkedip?? tis is the reason:.

fuhh sungguh tak disangka2 baru je pagi semalam dok menaip entry pasal mata aku dok berkedip dari minggu lepas lagi kan?? semalam aku jumpa dua org kwn aku ni yg aku dah tak jumpa selama 14 tahun... last jumpa masa tingkatan 2..... aku berpindah dari sitiawan ke parit, Perak sbb abah aku dah pencen masa tu...


mmg tak sangka la kitorang jumpa balik dlm FB pastu lepas smbg2 apa sume, tiba2 kwn aku yg laki ni chat ptg semalam kata nak jumpa aku dan sanggup dtg ke Nilai dari KL lepas balik keje..

tau2 je la, last jumpa masa tu kira kecik la lagi... aku pun blum cukup umur lagi masa tu... hahaha...
smlm jumpa, masing2 dah jadi mak ngan bapak org dah dan aku isteri org hehehe...kecoh jgn ckp la kitorang mmg close sangat masa tgkt 2 tu...mlm tadi lepak2 kat Mc'd teringat kisah lama mcm nak pecah perut gelak... aduiiiaii tu baru bertiga... blom ramai2 lagi... punya la lama sampai tak tau nak rasa apa? excited.. happy.. sedih.. sume ada mcm2 cerita keluar...



aku dah dpt jawapan yg pasti...kenapa mata aku asyik berkedip jer.....

*
*
*



tis is the reason.. nak jumpa org jauh yg dah bertahun-tahun tak jumpa...

love it so mushhh.....

Tuesday, 18 January 2011

.:korang mcm aku tak?:.



aku tak tau nak describe mcm mana tp kan aku ni selalu ada rasa cm apa yang aku rasa tu selalunya akan jadi something.... tak la nmpk gambaran mcm citer final destination tu haaa...
contohnya aku rasa tak sedap hati kuat sangat 2, 3 hari pastu hubby accident.....naseb tak de pape... kete je la teruk

pastu aku ni setiap kali aku mimpi gigi aku patah.... mmg akan ada berita kematian yg aku akan dengar tak kira la ahli keluarga ke sapa ke tp akan ada org sampaikan kat aku.... org ni meninggal, org tu meninggal.....tu sbb setiap kali aku mimpi pagi tu aku ingat, aku akan call kampung.... tanya parents aku ok ke tak? ada sesapa meninggal ke kat kg jiran2 kat kg ke sapa ke.... mcm tu.....

pastu bila mata aku berkedip tp tak ingat la belah mana mmg aku selalu dengar nak jumpa org jauh or nak nanges..... tp penah sekali tu masa bujang lagi la....mata aku asyik berkedip seminggu mcm tu larr pastu tiba2 kwn baik aku masa sekolah call tiba2 ckp dia dtg KL dan nak jumpa aku.... lepas tu terus mata tak berkedip dah.... dan masa tu aku terpikir oooo dia rupanya org jauh yg aku nak jumpa.....

dan sekarang mata asyik berkedip dari minggu lepas... tengah taip ni pun mata belah kanan dok berkedip..... TAK SUKAAA.... kalau jumpa org jauh tak pe la..... kalau NANGES mcm mana??? 
hukhukhuk.....
*
*
KORANG MCM AKU TAK????????

Monday, 17 January 2011

.:mari buat homemade sushi part -2:.

okeh seperti yg dijanjikan ..
nak buat sushi ni first skali kena masak beras sushi tu, masak mcm biasa je, mcm kita masak nasi biasa, tapi masa nasi tu agak2 dah nak masak, masih panas2 lagi korang masukkan 2 sudu cuka makan yg dicampur dengan 1 sudu gula dan satu sudu garam (ni ganti sushi vinegar kalau tak de) korang gaul je campuran tu kacau2 lar kat nasi tu sampai rata...



ni dah get ready dah sume bahan2 yg nak diletak dalam, atas, kiri, kanan sushi tu...


telur rebus yg dihancur + mayonnaise


tuna yg dah dihancur + mayonnaise


crabstick yg dicincang + mayonnaise


crabstick seketoi-seketoi


timun jepun 



yg ni nak buat Golden ball kononnya.. mcm kat sushi king tu.. telur rebus yg disalut tepung tempura + bread crumb


sosej


udang tempura ready made (kitorang beli yg forzen tu... )


mula-mula korang letak seaweed tu atas bamboo mat nak bagi senang gulung nanti (tp guna plastik biasa lagi senang aku rasa.. heheh


letak nasi tadi, pastu korang letak la apa korang nak letak kat dalam dia... ikut kreativiti... kita buat dia kan... :-)


ni letak timun ngan crabstick


ni letak crabstick + mayo 


gulung mcm ni dan potong


jadi la mcm ni haa.... yg lain2 tu korang buat la ikut suka ... dah potong tu atas dia letak plak telur ikan ke letak cheese ke.... terpulang.....






mcm tu jer.. easy pitsy kan??



okey ready to eat.... yummm yummm.... :-) sampaikan hubby yg tak makan pun makan la yg homemade ni... huhu sukaa... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...